Kita
hidup sampai bila? Apakah kita akan hidup selama-lamanya? Tidak! Ini
kerana Allah telah berfirman, “Setiap yang hidup pasti akan merasai
mati.”
Seterusnya, ke manakah destinasi kita yang selanjutnya selepas mati?
Apakah selepas kita mati, kita akan selamanya di dalam kubur? Di makan cacing menjadi tanah?
Atau sekadar berehat, tidur di dalam tanah yang sempit lagi gelap itu?
Tentunya
tidak! Bila tiba masanya, kita akan dibangkitkan semula. Setiap amalan
kita samada baik atau buruk, semuanya akan dihitung.