+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, November 5, 2015

Jangan Mudah Rasa Cukup

Penat ODOJ (one day ine juzuk)  ni,  seriously penat. Mana idopnyer,  sehari kena baca kira-kira 20 muka surat Al Quran,  setiap hari. Bukan sikit tuh, banyakk.. Udahlah bukan benda wajib,  tak buat tak dosa pun.. 

Memang penat.  Memang rasa tak cukup masa.  Rasa taknak lagi dah,  surrender.. 

Wednesday, November 4, 2015

Tips Apabila Putus Cinta



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt. Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi..... Izinkan saya berkongsi di sini, sedikit pandangan peribadi, tentang cara-cara menangani masalah akibat putus cinta. InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Dengan izin Allah swt.

Masih berkisar kepada permasalahan cinta. Melengkapkan trilogi cintan-cintun, kali ini saya ingin bincangkan pula perihal putus cinta.

Dalam Islam, perceraian dibenarkan andaikata sebuah perkahwinan itu sudah tiada jalan lain untuk diselamatkan, andaikata meneruskan perkahwinan mendatangkan lebih banyak mudarat. Penceraian dibenarkan, bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak samada suami atau isteri untuk memulakan hidup baru dengan cara yang tersendiri.

Mulakan hidup baru. Bekas suami dengan jalannya sendiri dan bekas isteri pula dengan hidupnya sendiri, di samping beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi.

Jika pernikahan yakni ikatan yang sah juga boleh diputuskan, apatah lagi dengan 'couple'.

Seandainya salah seorang dari pasangan menyedari, dengan bercouple, makin menjauhkan diri dari Allah, makin membuatkan diri lupa kepada Allah, menambahkan lagi dosa dan maksiat, membuat hidup makin tidak keruan, membuat jiwa dan perasaan makin terseksa, mengakibatkan prestasi dalam pekerjaan atau pelajaran kian merosot, maka jalan terbaik adalah berpisah. Putuskan hubungan dengan si dia.

Seandainya si dia tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tidak menghargai dan tidak mempunyai perancangan untuk melansungkan pernikahan. Andainya saban malam melakukan istikharah, masih juga tidak mendapat sebarang petunjuk atau tanda, maka bulatkan tekad, putuskanlah hubungan dengan si dia.

Bina hidup baru, mulakan hidup baru. Andainya si dia pergi meninggalkan kita, mengkhianati cinta kita, lepaskanlah dia pergi dengan berlapang dada. Ingat, dunia masih belum berakhir andai hidup tanpa dia.

Putus Cinta.