Tanpa sebarang keperluan yang mendesak, Islam menuntut agar para muslimah meluangkan masa di rumah. Tidak keluar rumah jika tanpa mahram atau tanpa teman atau sekadar kerana suka-suka. Namun. Kadang-kadang, tidak dapat tidak, keadaan tetap memaksa kita keluar rumah sendirian tanpa teman. Pun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Bagi seorang perempuan terutamanya anak gadis. Adalah suatu yang merimaskan, apabila kita diganggu oleh orang lelaki ketika sedang bersendirian. Samada dengan usikan nakal, bersiul, jelingan mata dan sebagainya, bagi muslimah yang ingin menjaga diri, perkara sebegitu pastinya ingin dielakkan.
Baik, bagaimana caranya untuk mengelakkan diri kita terus diganggu oleh lelaki-lelaki gatal di luar sana? Sebaik-baiknya adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Kali ini, suka saya berkongsi sedikit sebanyak tips yang boleh kita guna pakai.. Moga bermanfaat, InsyaAllah..