+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, February 18, 2009

[Review] Upin & Ipin


Malam sabtu yang lepas saya bersama kakak, abang ipar, emak dan dua anak saudara telah menonton cerita Geng: Pengembaraan Upin & Ipin. Menyokong industri tanah air dan lebih dari itu, menunaikan permintaan kedua anak buah saya tuh...Minat sangat dgn upin dan ipin sejak di siarkan di tv sepanjang ramdhan sejak dua tahun yg lepas.



Start movie pukul 11 malam, agak lewat tp kami tiada pilihan. Cerita bermula dengan kepulangan Badrol ke kampung halamannya bersama sahabatnya Lim. Datuk Badrol adalah Tok Dalang aka sekampung dgn upin n ipin..kebetulan semasa kepulangan mereka berdua, kampung tersebut dilanda misteri 'hantu durian' di mana banyak durian hilang tnpa di kesan..err..ada kesan, tapak kaki sejenis makhluk yg tk dpt dikenal pasti..

Hari kedua di kampung, badrol n lim ingin ke dusun utk mengutip durian, rajoo, upin dan ipin serta kak ros menyertai mereka secara kebetulan..semasa sedang menunggu durian runtuh..kejadian pelik di mana durian di curi dan tinggal cuma kulit bersepah telah terjadi..pada masa yg sama, upin dan ipin sedang bermain guli bersama raju..tiba2 mereka melihat sejenis binatang pelik lalu upin dan ipin bersungguh2 mengejarnya dengan penuh kecomelan..raju secara tak sengaja turut mengekor upin dan ipin dari belakang..huhu..aku suka kejar kejar nie..best jer..

Setelah kejar mengejar, akhirnya mereka dpt binatang tu...raju yg dpt berckp dgn binatang akhirnya menjadi perantara dn mereka berkenalan..nama nya OOPET..comel jer ckp..pasu..pasoo..pasu...huhu..comel...sma comel ngn upin dan ipin..kerana asyik mengejar, mereka bertiga akhirnya tersesat di tengah hutan lalu kak ros, badrol dan lim mula mencari kerana hari juga dah hampir malam...

Malam menjelma, mereka akhirnya tersesat dlm hutan dan melalui pengembaraan yg sgt mendebarkan..bertemu dgn makhluk yg besar dan juga ..ehem2..hantu durian...banyak peristiwa terjadi selama mereka sesat..dan kerana hari dah malam, mak uda aka opah ipin n upin, tok dalang aka atuk badrul dan muthu aka ayah raju turut ke hutan utk mencari mereka semua...

Bagaimanakah pengembaraan ini berlaku? siapakah OPET? Siapakah hantu durian?

Nak tahu? huh..g la tgk sendiri..apa yg saya leh ckp, kami puas hati..first time sayatgk cite mesia dan kuar dengan senyuman..lol..anak buah saya pn hepi dan fokus, walupun masuk kul 11 mlm, tp mereka segar selama cite berlangsung..nk compare ngn cite mr bean holiday, duyung, madagascar dan byk lg muvie yg kami tgk sma2, ini first time anak buah sayafokus dr awal hingga ke akhir..dan bila keluar panggung pn masih aktif bercerita..

Bercerita? huhu..saya, kakak, mak dan abg ipar yg byk bercerita...kami yg beria..puas hati! ye laa..selalu tgk kartun mana ada ayam, lembu, angsa..mana ada budak2 main guli, buli angsa, pistol kayu etc..mana ada org solat, dusun durian mende2 tu..so tgk 'kampung kita' in muvie and animasi mmg rasa takjub sekali..

Akhir kata, sokonglah industri tempatan..dr 5 star, saya kasi 4.5..haha!tinggi neh~agak2nya las corpaque bg royalti ke saya tlg promote nie? just kidding! jom tgk jgn tk tgk..^^

Ada Masanya.

Perumpamaan yang sering saya gunakan, hidup ini ibarat sebuah pengembaraan yang panjang, di mana destinasinya tidak kita ketahui. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kita hendaklah melengkapi diri dengan segala kelengkapan yang perlu, merancang perjalanan sebaik yang mungkin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Prepared for the best and expected for the worst.

Kita cuma pelakon di pentas kehidupan, segala yang berlaku dan akan berlaku semuanya sudah di tentukan olehNya..Percaya kepada qada' dan qadar adalah salah satu rukun pelengkap keimanan seseorang muslim. Namun begitu, Allah tidak membiarkan kita terkontang kanting atau sebatang kara dalam meneruskan kehidupan. Allah sentiasa ada dan setia bersama kita, mendengar luahan dan rintihan kita. Kita disarankan berdoa dan memohon daripadaNya. Doa dan ibadah seharian kita adalah penghubung antara kita dengan Allah dan doa juga merupakan bukti keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah.

Tiada apa yang dapat mengubah takdir dan nasib kita umat manusia melainkan melalui usaha dan doa.. Maka, dalam melakukan walau apa jua tindakan dan keputusan, jangan sekali-kali abaikan usaha dan doa, setelah sempurna keduanya kemudian bertawakkallah..Percaya dan yakin kepada Allah, tiap apa yg berlaku tiada yang sia-sia dan pasti ada hikmah yg tersembunyi, insyaAllah.

Ada Masanya.

Ada masanya dalam perjalanan ini, kita bertemu di satu persimpangan yang sukar. Di mana kita tidak tahu membuat keputusan yang terbaik. Mahu ke kanan atau mahu ke kiri. Kita menjadi keliru. Di kiri kanan jalan yang menanti, kedua-duanya kabur dan tidak di ketahui bagaimana penamatnya. Kita serba salah.

Ada masanya dalam kehidupan ini kita berhadapan dengan situasi yang rumit. Keadaan di mana kita harus membuat keputusan yang sangat sukar. Bak kata pepatah, di luah mati emak, di telan mati ayah. Di lema. Jika di kemam, kita pula yang merana! Harus bagaimana langkah di susun? Harus bagaimana keputusan di ambil? Ada masanya kita dalam kekeliruan..serba salah dan tidak berdaya.

Mahu bertanya kepada emak, emak sekadar katakan "terserah, mak ok jer"..mahu bertanya kepada ayah, ayah katakan "yakinlah kepada diri", lalu kita bertanya pula kepada kakak dan abang..mereka menjawab "pilihlah yang terbaik".

Kita masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan, kemudian kita bertanya kepada sahabat karib, jawabnya.."kite tak tahu, hidup awak, masa depan awak, awak lg tahu". Lalu, kita menjadi keliru..persoalan yg di tanya masih tidak berjawab..masih tidak terungkai..lalu kita bertanya kepada saudari hati, saudari hati menjawab.."yang ni lagi best kot"..Kita masih termanggu tidak berganjak..Kemudian kita bertanya kepada puan naluri..puan naluri menjawab.."aku tak sedap hati laaa kalau kau pilih yang ini.."..

Kita kelu. kita masih tidak mendapat jawapan yang muktamad. Mahu bertanya kepada siapa lagi? Oh~!! kita teringat kepada encik akal..Jawapan encik akal.."kalau kau pilih yang ini, banyak faedahnya!", namun kita masih belum berpuas hati.. Mahu tanya kepada siapa lagi yer? Hurmm..tanya Ustaz Iman lah pulak...Ustaz Iman menjawab.."Tanya hati, tanya naluri, tanya akal, tanya ibu dan ayah, saudara dan sahabat handal, tapi jang lupakan Tuhan!Jangan lupakan dosa dan pahala. Jangan lupakan syurga dan neraka!" Huh!..kita terkedu...Jadi, bagaimana??

Jawapan.

Ada masanya kita tidak tahu membuat keputusan yang terbaik. Lalu inilah masanya untuk kita serahkan hidup kita kepada Tuhan. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, memohonlah dan mintalah petunjuk dariNya. DariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Senjata dan anugerah doa adalah milik kita, maka gunakan sebaik yang mungkin. Banyakkan berdoa dan mohonlah hanya dariNya. Lakukan istiqarah dan solat hajat..InsyaAllah jawapanyang terbaik akan kita perolehi..

Berusaha dan berdoa sebelum bertawakal. Jangan sekali-kali mengalah sebelum mencuba. dan jangan pula berserah sebelum berusaha lalu kemudiannya persalahkan Tuhan dan takdir bila kita tidak mendapat apa yang kita cita-citakan. Ini silap sama sekali! Berusaha ikut kemampuan dan setelah berusaha sebaik yang mampu, barulah bertawakal..Gantung harapan kepadaNya.

Ada Masanya.

Ada masanya apa yang kita inginkan tidak kita perolehi. Ada masanya lain yang kita mahu, lain yg kita dapat. Ada masanya apa yang kita inginkan datang pada masa yang tidak sesuai. Ada masanya apa yang ada dalam genggaman kita terlepas dari genggaman. Ada masanya kita mencari sesuatu yang sebenarnya sudah menjadi milik kita. Ada masanya kita lupa apa yang sedang menjadi milik kita. Ada masanya kita berasa penat dan lelah mencari. Ada masanya kita ingin berehat dan bersandar menghitung bintang. Ada masanya kita terjatuh semasa mencari. Ada masanya kita di khianati ketika mencari. Ada masanya kita di permudahkan urusan dan ada masanya terasa sangat sukar sekali..

Kehidupan ibarat roda, tidak selamanya kita akan berada di atas. Kita mahukan bunga tapi Tuhan berikan kaktus yang berduri. Kita terluka tercucuk duri dan kita bersedih, tp di sebalik duri yang tajam itu, wujud sekuntum bunga yang sangat cantik menawan.


Bunga Kaktus


Kita cintakan rama-rama yang cantik, tapi Tuhan hadirkan ulat yang menggelikan, puas kita mencemuh dan mengeluh, tapi rupa-rupanya ulat yang menjijikkan itu akhirnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik dan menawan. Yakinlah kepada Tuhan, Dia Maha Adil. Jika niat kita baik, usaha kita baik, insyaAllah balasa dariNya juga baik. Jangan terlalu lama bersedih dan berdukacita sekiranya kita gagal memiliki apa yang kita inginkan..Yakinlah, di sebalik kejadian, pasti ada hikmahnya, bangkitlah dari kesedihan dan mulakan hidup baru dengan penuh semangat..Tuhan sentiasa ada bersama kita.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]

Wallahua'alam.


Tuesday, February 17, 2009

Wahai Mimpi Ngeri

Semalam,
Aku bermimpi lagi..
Mimpi yang sama,
Watak yang sama,
Lalu aku menangis..
Resah, gelisah, sedih dan pedih.

Wahai mimpi yang ngeri,
Berhentilah menghantuiku,
Jangan kau lemahkan semangatku,
Jangan kau patahkan kudratku.

Wahai mimpi yang ngeri,
Cukuplah mengejarku,
Langkahku masih jauh,
Anganku masih banyak,
Cita-citaku masih tidak kesampaian.

Wahai mimpi yang ngeri,
Janganlah kau ikat kakiku,
Aku ingin berlari mengejar impian,
Usahlah kau menghalang!

Wahai mimpi yang ngeri..
Pergilah pergi jauh..
Jangan kau datang lagi..
Usah kau jelma lagi..

Wahai mimpi yang ngeri..
Aku kini membina hidup baru..
Menjadi insan baru tanpamu..
Pergilah kau pergi jauh..
Aku ingin bebas tanpa kau!
Bebas tanpa bayanganmu..

Aku adalah aku..
Hidupku milikku dan Dia..
Akan ku kemudikan bahtera kehidupanku..
Terbaik yang aku mampu..
Dengan izin Tuhan..
Aku teruskan langkah..
Mengutip sisa-sisa kekuatan..
Mencari sebuah destinasi..

Dengan izin Tuhan..
Aku teruskan langkah..
Membina sebuah kehidupan..
Bebas tanpa mimpi ngeri.

Nukilan: Aku Sendiri @ Princess Ibrahim

Saturday, February 14, 2009

Kita Ada Kerana Mereka

Bismillah..

Entri kali ini adalah response saya kepada seorang sahabat yg telah sudi menghantar PM kpd saya, dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah dri, saya mencuba untuk memberi sepatah dua kata, mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat memujuk hati beliau dan juga anda yang sudi membaca. Kerana pada pendapat saya, kita semua ada 'mereka' dalam hidup ini dan sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula manusia yg berbeza akal dan hati..semoga sama2 dapat mengambil iktibar mana yg baik dan menjadikan yg buruk sebagai sempadan..insyaAllah..

Berikut adalah copy paste PM saya kpd beliau, bacalah dengan hati dan akal..saya sedang bercerita..

Friday, February 13, 2009

Februari Datang Lagi.

Bismillah..

Minggu ini, saya cuma berkerja selama 3 hari kerana hari isnin adalah hari cuti sempena perayaan Thaipussam. Hari selasa saya kembali ke tempat kerja dengan keadaan kesihatan yang masih tidak memuaskan. Sudah lebih dua minggu tahap kesihatan ini tidak memuaskan dan kembali teruk setelah balik bercuti di Langkawi selama tiga hari. Mungkin kerana aktiviti yang sangat padat di Langkawi menyebabkan batuk dan selsema ini kembali ingin berdamping, apa-apa pun, segala puji bagi ALLAH yang Maha Berhak.

Dan minggu ini, hampir setiap hari bos saya bertanya khabar..

"U ok As?"

Saya seperti biasa, senyum kemudian anggukan kepala..

"Ok.." jawapan seorang yang berlagak tabah.

Namun bak kata mat salleh, mana boleh sembunyikan batuk? Selang beberapa minit pasti bunyi irama tidak menyenangkan menghiasi ruang opis. Batuk..batuk dan batuk seolah2 tidak mahu berhenti..Rasa bersalah juga kerana menganggu ketenteraman teman2 sekerja. Dengan sweater tebal dan berstoking, sekejap2 lalok dan tidak fokus dengan apa yang sedang di lakukan, sesiapa saja bleh lihat keadaan kesihatan saya yang tidak memuaskan itu. Dan kemuncaknya hari ini, setelah dua kali bos bertanya keadaan saya dan jawapan saya masih tetap sama, akhirnya beliau menyarankan saya supaya ambil cuti sakit. Dan hasilnya, esok Jumaat, saya sekali lagi bercuti.

Esok 13 February 2009, baru bulan dua tapi esok merupakan hari kedua saya mengambil cuti tahunan untuk tahun ini. dan sehingga kini, saya sudah mengambil cuti sakit selama sehari setengah..Baru bulan Februari. Bagaimana agaknya bulan-bulan yang akan datang? Walau apa pun, saya doakan semoga kesihatan saya bertambah baik dan semoga, saya tidak lagi mensia-siakan cuti tahunan saya untuk perkara yang tidak urgent. Peluang yang diberikan harus di manfaatkan sebaik mungkin.

Ada Apa Dengan Februari?

Sedar atau tidak, bulan february selalunya di nanti-nantikan oleh pasangan kekasih, bulan berkasih sayang, kerana di dalamnya ada 14 Februari iaitu hari Valentine. Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang larangan meraikan hari Valentine ini, mungkin ramai yang sudah tahu tentang sejarah mengapa Hari Valentine ini di raikan? Tapi saya hairan, kenapa tv2 dan media di negara kita yang kononnya negara Islam, masih lagi beria meraikannya? Lihat saja iklan dan siaran2 di televisyen dan radio, tidak ketinggalan ingin memeriahkan hari valentine ini.

14 Februari-ramai remaja di tangkap berkhalwat.
14 Februari-harga sekuntum bunga mawar mencecah puluhan ringgit.
14 Februari-pasangan bertukar2 hadiah, meluahkan kata2 cinta.

Apa maknanya sambutan ini terhadap kita? Meraikan hari pembunuhan umat Islam beramai2? atau meraikan kebebasan bersosial? berpelukan bercumbu tanpa segan silu, pesta seks, minum arak beramai2 sempena meraikan hari kekasih? Ikutan siapa yang di agung-agungkan? mana perginya hukum halal dan haram? mana perginya adab dan tata susila? semunya tolak tepi. Siapa yang salah? Guru kerana tak mengajar? atau ibubapa yang tidak melarang? atau televisyen yang membangkitkan rasa ghairah? atau siapa yang bersalah? Tunding jari dan saling menyalahkan tidak mungkin akan dapat menyelesaikan masalah.

Oleh itu, jom sama2 muhasabah diri, amar makruf nahi munkar setakat yg mampu, jika tidak mampu dengan perbuatan dan perkataan, maka gunalah senjata terakhir kita iaitu doa..semoga doa kita di makbulkan dan semoga kita sentiasa dilindungi dr hasutan syaitan durjana.

InsyaAllah.