+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, November 6, 2009

Rintihan Ibu

Nak, ini ibu nak..

Kenapa kau tolehkan wajahmu, pandanglah ibu wahai anak..

Nak, ini ibumu..

Kenapa kau menjauh, datanglah dekat dengan ibu..

Nak, ini ibu yang mengandungkanmu,

9 bulan kau bersatu dengan jasad ibu..

Nak, ini ibumu nak..

Ibu yang melahirkan kamu, pertaruhkan nyawaku sendiri..

Nak, ini ibu yang menyusukanmu,

Menghilangkan haus laparmu nak..

Nak, ini ibu yang membesarkanmu,

Ibu yang menyapu airmatamu..

Nak, ini ibu yang memelukmu saat kau berduka..

Yang menangis bila kau menangis..

Nak, ini ibumu nak..

Pandanglah ibu.. apakah kau lupa pada ibu?

Anak..

Saat dia menjadi kekasihmu, ibu kian kau lupakan.

Saat kau bahagia bersama dia, ibu kau singkirkan.

Saat kau menyerahkan mahkotamu pada dia, ibu kau buang jauh.

Kau jadi lupa betapa selama ini ibu menjagamu dengan baik.

Kau tidak peduli betapa luluhnya perasaan ibumu ini.

Pecahnya hati ini melihat kehancuranmu..

Kau terlalu mementingkan dirimu sendiri duhai anak.

Kau lupa pada Pencipta-Mu.

Kau alpa dan hanyut dalam dunia ciptaanmu.

Pesan ibu kau lupa, nasihat ibu kau tak endah.


Anak, aku ini ibumu..

Aku yang melahirkanmu..

Aku menyayangimu sepenuh hatiku..

Doaku sentiasa ada buatmu..

Kembalilah wahai anak..

Pulanglah ke pangkal jalan..

Jadilah seperti dulu..

Anakku yang luhur lagi suci..

Moga kau menjadi anak yang solehah..

Mengheret tanganku dan ayahmu ke syurga.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, November 5, 2009

Pak Menteri!! Lagu Mende Ni????

Hilang kisah nak sambung cerita Bukan Siti Khadijah kerana mala mini ada kisah lain yang lebih hangat yang ingin saya kongsikan. Mungkin, lebih kepada luahan ketidakpuasan hati.

Kantoikan diri, pulang dari kerja kira-kira jam 6.45 petang tadi, sambil memandu saya on radio inggeris kegemaran saya, jika dalam mood ingin mendengar lagu inggeris yakni fly.fm. Dj bertugas petang itu sama seperti biasa.

Jarak dari rumah saya ke tempat kerja tidak lebih 3 km, jadi berapa lagulah sangat yang sempat saya dengar, sambil-sambil diselit dengan celoteh dj, iklan dan laporan trafik, untung-untung Cuma satu lagu.

Saya tidak pasti samada saya insan 'terpilih yang bertuah', kebetulan itu kali pertama lagu itu disiarkan, saya salah seorang pendengarnya. Atau mungkin lebih teruk sekiranya lagu itu sememangnya ‘hot’ dan sering diputarkan, saya juga tidak pasti kerana jarang dengar radio. Wallahua’alam.

Mendengar lagu itu, walaupun saya bukanlah hebat sangat berbahasa inggeris, sedikit sebanyak saya dapat menangkap bait-bait lagu yang dinyanyikan. What the hal? I’m shock! Mann..

Siapa mahu jawab?

Kenapa lagu ini boleh ‘lepas’ dan diputarkan di corong radio? Tiada pihak yang menapis ke? Kalau sekadar kat internet ia dimainkan, atau di download, itu cerita lain, tapi ini berbeza. Lagu ‘sedasyat’ itu disiarkan oleh stesen radio yang mempunyai ramai pendengar pelbagai lapisan umur. Susah untuk saya terima!

Pak menteri, siapa mahu jawab? Tiada peraturan atau undang-undang menapis lagukah di Malaysia ini?

Mana sensiviti kamu? Wahai DJ, wahai penerbit, wahai bos stesen radio, wahai semua yang terlibat, apa korang takleh fikir mende2 ‘remeh’ camni ke? Isk.. marahnya!

Tiba di rumah, saya menggunakan khidmat pakcik google untuk dapatkan lirik penuh lagu tersebut, cuba kalian nilaikan sendiri.

Wallahua’alam.


Pitbull's "Room Service."

Seriously, he sounds like he didn't make it past 5th grade. I feel embarrassed everytime I hear this song.
It's a big stinky pile of doo-doo.
Here's the lyrics.
I want everybody to stop what they're doing. Now if you know you're with somebody you're gonna take the hotel room tonight, make some noise...
Meet me at the hotel room [x4]


Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room, you can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]
We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]

she like that freaky stuff
2 and the O, 1 in the eye,
that kinkee stuff, you nasty,
but I like your type
and like T.I. it's whatever you like.
Bring your girls,
it's whatever tonight,
your man just left,
i'm the plumber tonight,
let me check your pipes,
oh, you're the healthy type.
Well, here goes some egg whites.
Now gimme that sweet, that nasty gooshy stuff,
let me tell you what we gon' do.
2 + 2, i'm gonna undress you.
Then we're gonna go 3 and 3 you gon' undress me.
Then we're gon' go 4 and 4,
we gon' freak some more, but first!


Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room, you can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]
We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]

after party in hotel lobby,
then we off to the room like voom,
with them fingers in yo mouth or open up yo blouse,
and pull that g-sting down south (ouhh)
OK shawty, 1's company, 2's a crowd, and 3's a party.
if your girl ain't with it, I got somebody,
and by nature she's naughty.
Now gimme that sweet, that nasty gooshy stuff.
Ima tell you what we gon' do,
2 + 2, i'm gon' undress you.
Then we gon' go 3 and 3, you gon' undress me.
Then we gonna go 4 and 4, we gon' freak some more! But first...


Forget about your boyfriend and meet me at the hotel room, you can bring your girlfriends and meet me at the hotel room. [x2]
We at the hotel, motel, holiday inn. [x4]

Bukan Siti Khadijah

"Stop joking. Are you serious?" Maisarah mengulang soalannya untuk kali ke-tiga, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru aku lafazkan. Aku yang duduk di kerusi sebelah kirinya diam membatu, mulai ragu dengan pendirian aku sendiri.

"Hey, look my dear, this is not a game, not a tv film. U can't create any story as per your wish, add on any characters, choose the plot of drama then decide the ending, no such a thing in this real world, wake up my dear.. Please think!" Dia mula menyambung ceramahnya setelah melihat aku mendiamkan diri, bukan setahun dua dia mengenali aku, pastinya dia juga sudah dapat membaca gerak hati aku.

Benar, aku sendiri juga jadi kian tidak pasti dengan apa yang ingin aku lakukan, tidak mempunyai keyakinan diri dan kali ini Maisarah betul, aku terburu-buru dan tidak berfikir panjang. Fikiranku bercelaru, aku enggan menjawab soalan Maisarah, bimbang andai kataku yang dinaungi kecelaruan emosi bakal melukakan hati sahabat baikku itu.

Membisu, aku melontarkan pandanganku jauh ke luar tingkap kereta. Panndangan yang kosong. Melayani perasaanku sendirian. Kecamuk akal dan hati bertingkah bersilih ganti. Maisarah juga diam, bagaikan mengerti irama gelisah yang berlagu di jiwaku, dia mengunci bibir, fokus dengan pemanduannya, menekan pedal minyak lalu kereta memecut laju menghala ke destinasi yang ingin dituju.

------------------------------------

Lagu nasyid Siti Khadijah berulang kali aku mainkan tanpa jemu. Aku hayati liriknya satu persatu tanpa kenal erti jemu. Bait-bait lagu menyentuh hatiku.

"Pemergianmu, ditangisi nabi, sehingga kini, tiada pengganti.."

Benarkah tiada lagi pengganti? Siti Khadijah bukan calang-calang wanita. Besarnya jasamu wahai isteri nabi. Betapa mulianya pengorbananmu demi agama dan rasul. Betapa kau insan terpilih, ditakdirkan untuk mendampingi manusia mulia. Kau wanita istimewa , namamu terukir dalam sejarah Islam. Kau wanita hebat, menjadi teladan terbaik buat seluruh muslimah.

Buku Bilik-bilik Cinta Muhammad yang sedang aku baca aku letakkan ke riba. Buku luar biasa yang diterjemah ke bahasa Indonesia, hadiah dari seorang teman yang sedang menuntut di Ukrida. Aku sendiri tidak pasti samada buku ini sememangnya luar biasa atau jiwaku sendiri yang rapuh. Sejak membacanya dari helaian pertama, kolam mataku sentiasa basah bergenang airmata. Perasaanku bercampur baur.

Membaca kisah seorang utusan Allah sejak dari dalam kandungan hingga meniti dewasa dengan olahan dan perincian yang menarik, mampu membuat emosiku terusik. Penulis buku ini sememangnya mempunyai sentuhan yang berbisa. Hingga aku juga percaya, sesiapa jua yang menyintai baginda nabi pasti merasai hebatnya permainan perasaan ini tatkala meniti baris ayat yang tercatit di dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad.

Aku sempat membaca buku itu belum sampai 1/4 . Aku berhenti seketika. Kisahnya terhenti sehingga perjalanan hidup nabi ketika meniti usia remaja, saat baginda mula berdagang, dan ketika ini, watak baru bernama Siti Khadijah sudah tertulis dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad.

Aku membuang pandanganku jauh ke luar tingkap. Cuba menikmati keindahan panorama alam yang terbentang di hadapan mata namun fikiranku jauh melayang melepasi dimensi masa. Kisah Muhammad kecil bermain-main dibenakku bagai sebuah tayangan filem. Dan pembacaanku terhenti seketika apabila Siti Khadijah muncul dalam hidup Muhammad. Hebatnya Siti Khadijah, mampukah aku menjadi sepertinya? Aku bermonolog sendirian melayani sepi.

Soalan demi soalan datang bersilih ganti menerjah benakku, persoalan yang tidak mampu aku rungkai. Tergantung tanpa jawapan.

Wednesday, November 4, 2009

Pergilah Duka!

Allahu Allah.. Beratnya kaki ini untuk terus melangkah. Kiri dan kanan bagaikan menghimpit, menyesakkan nafas di dada. Barat atau selatan bagaikan berliku beronak duri, penuh ranjau yang menyakitkan. Harus ke mana lagi langkah kaki ini diatur?

Allahu Allah.. Sungguh terasa diri ini begitu kerdil, tidak punyai kuasa atau kudrat, lemah lagi hina, tidak berdaya untuk terus mengatur langkah ke hadapan. Segalanya bagaikan tersimpul kusut, mustahil untuk diuraikan. Kanan atau kiri bagaikan tiada beza. Di hadapan menanti jalan mati. Buntu.

Allah ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui. Dunia ini cuma persinggahan sementara, dunia ini bagaikan penjara, di dunia ini sudah banyak airmata yang gugur. Allah ya Allah, moga kasih sayang-Mu sentiasa ada buatku. Moga redha dan rahmat-Mu sentiasa memayungi aku.

Allah ya Allah.. Hanya pada-Mu tempat aku bermohon. Aku tidak mungkin setabah Muhammad saw, tapi setidaknya, jangan Kau biar aku mengalah sebelum aku mencuba. Jangan Kau biar aku berundur sebelum melangkah. Jangan Kau biar aku gagal tanpa berusaha. Jangan Kau biar aku tewas sebelum aku berjuang Ya Allah.

Allah ya Allah.. Jangan Kau jadikan aku hamba-Mu yang tidak bersyukur, yang cuma tahu mengadu domba, merayu dan memohon. Terimalah aduanku ini sebagai bukti kasihku pada-Mu, sebagai tanda aku yakin dan percaya pada-Mu, sebagai pengabdianku sebagai seorang hamba yang menjadi milik Sang Penguasa, sebagai pendorong untuk aku supaya terus tabah, sebagai penguat semangat agar jiwa ini lebih kental, kerana aku yakin, aku tidak sendirian, Kau sentiasa ada bersamaku.

Allah ya Allah.. Mungkin aku tidak sekental Musa yang sering dimusuhi Firaun, atau tidak setabah Ayub yang ditimpa musibah penyakit, tidak setulus Ibrahim yang sanggup korbankan Ismail atau semulia Muhammad yang hidup demi perjuangkan agama-Mu. Tapi aku juga hamba-Mu seperti mereka, makhluk ciptaan-Mu seperti mereka. Maka kasihanilah aku Ya Allah, semoga mereka yang terpilih, mereka Kau cintai menjadi inspirasi buatku agar aku terus tabah menyusun langkah.

Bumi mana tidak ditimpa hujan? Pipi mana tidak pernah dibasahi airmata? Aku tidak menangis sendirian. Tidak masuk syurga seorang itu sebelum diuji Allah, dan sesungguhnya aku percaya, dugaan itu tarbiyah dari Allah.

La tahzan, jangan bersedih wahai hati. Dunia ini tidak mungkin dapat diubah dengan kesedihan. Kesedihan hanya mampu mematahkan sendi-sendi kekuatan, merosakkan jiwa-jiwa yang kental, membinasakan azam dan impian yang menggunung. La tahzan, usirlah segala duka, senyumlah dan teruskan kehidupan. Allah ada bersama kamu. Optimis! ^_^

Indahnya awan biru dihiasi burung-burung yang berterbangan riang. Damainya malam dihiasi bintang-bintang yang bergemerlapan. Siang dan malam bersilih ganti bukti kebesaran-Mu. Maha suci Allah. Aku sujud dan tunduk pada keagungan-Mu.

Tuesday, November 3, 2009

Apa yang Sensasi?

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semuanya, semoga baik-baik belaka, sihat jasad, sihat iman, insyaAllah.

Pertama sekali saya memohon jutaan maaf kerana kebelakangan ini tidak mempunyai kesempatan waktu untuk diluangkan di blog ini. Mohon maaf atas kelemahan saya ini. ^_^

Dalam masa seminggu kebelakangan ini, pelbagai perkara sudah terjadi. Sedar atau tidak, kita sudah mencecah masuk ke bulan November, bermakna, lebih kurang dua bulan saja lagi kita akan menginjak ke tahun baru, tahun 2010, insyaAllah jika usia kita dan bumi ini masih ada.

Jika minggu lepas negara kita dihebohkan dengan isu 'pertelingkahan' antara pemimpin-pemimpin PAS, perselisihan faham dan campur tangan pihak-pihak tertentu, kemudian timbul pula isu perlantikan DR MAZA sebagai YDP YADIM dan semalam, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita sensasi, yakni DR MAZA di tangkap oleh JAIS kemudian dilepaskan semula selepas beberapa jam berikutnya.

Saya bukan ahli yang layak untuk berbicara mengenai TGNA atau DR MAZA, maka saya memilih untuk tidak membincangkan isu tersebut. Maaf.

Cuma pendapat saya, wartawan atau orang media, memang memerlukan isu yang hangat untuk dijadikan bahan cerita, tanpa 'isu hangat', hambarlah akhbar/berita yang ingin dilaporkan, jadi, tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan. Yang secara terang mendapat 'untung' dan dalam diam mendapat 'hasil'. Tahniah.

Sempitkan skop, kenapa saya jarang meluang masa di 'alam maya'.

Alhamdulillah, Ahad yang lepas kami selamat berpindah ke rumah baru. Masih di kawasan yang sama cuma berbeza apartment. Mengangkut barang, turun naik dari tingkat 5 rumah lama kemudian masukkan ke lori, seterusnya ke rumah baru 3 tingkat, Allah hu Allah, sakit juga lah segala urat dan sendi.. Walau apapun, syukur kerana semuanya selamat dan syukur kerana ada yang sudi membantu, alhamdulillah. ^_^

Malam sebelumnya, kami mengadakan majlis solat hajat di rumah baru. Jemputan beberapa orang sahaja kerana kekangan-kekangan tertentu, apa pun, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan baik, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi datang. Moga Allah merahmati kita semua. Amin.

Satu lagi 'berita gembira', rumah baru saya tiada liputan wimax. Khilaf saya sendiri kerana tidak periksa terlebih dahulu. Apa pun saya percaya, pasti ada hikmah yang tersembunyi, saya positif dan optimis.

Sementara waktu saya tidak mampu online sewenangnya, insyaAllah, saya akan mencari ikhtiar agar dapat kembali melayari internet ketika berada di rumah, doakan saya ya. ^__^

Jazakallah.

Jaga diri dan iman baik-baik.

Wassalam.