+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, June 5, 2009

Anak Rosak: Siapa Yang Bersalah?

Kenapa Kita Ke Sekolah?

Mungkin ada yang menjawab, kerana ingin menuntut ilmu. ada pula yang menjawab, bosan tinggal di rumah kena buat kerja rumah, jaga adik-adik dan mungkin ada yang menjawab, kerana seronok ingin bertemu kawan-kawan.

Kurangnya kesedaran dari dalam diri pelajar menyebabkan mereka tidak bersungguh2 dalam pelajaran. Pergi sekolah sekadar menjalankan rutin atau kerna di paksa. Mungkin akan di rotan jika berani ponteng? atau pergi ke sekolah kerana inginkan wang saku? Sampai separuh jalan, langkah di lencongkan ke arah pusat hiburan atau pusat membeli belah, ponteng dan melepak bersama kawan2. Seterusnya berisiko terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti merokok, vandalisme atau berzina.

Cabaran Menjadi Ibubapa.

Mentaliti remaja dewasa ini semakin sukar untuk di dalami, apatah lagi untuk di fahami. benar, ibubapa di sarankan dan di tegur, jangan mendidik anak2 sama dengan cara ibubapa kita dahulu mendidik kita, kerana zaman ibubapa kita dan zaman anak2 kita secara keseluruhannya tidak sama. Berbeza sama sekali.

Anak2 ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berhak mencoraknya. Ingin belang-belangkah atau ingin bertompok-tompok atau berwarna warni? Jawapan ada di tangan ibu dan bapa. malangnya, peredaran zaman dan kehendak semasa membataskan segala. kebanyakan ibubapa lebih berminat untuk menghabiskan masa dengan bekerja (demi anak2) dan selebihnya berehat di rumah dgn menonton tv atau tidur. bila masa untuk mendidik anak2? lantas, anak2 terabai dan terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. ibubapa tidak boleh menyerahkan tugas mendidik anak2 seratus peratus kpd guru kerana kuasa dan masa guru juga adalah terhad.

Kadang2 hairan juga melihat ibu bapa bersungguh2 merotan anak2 apabila anak2 mendapat keputusan yg tidak memberangsangkan dlm pelajaran, namun sebaliknya apabila anak2 tidak menunaikan solat, ibubapa seolah2 tiada sebarang tindakan. Sekadar melihat. Nah, didikan dan asas agama yang tidak kukuh ini akhirnya mendedahkan remaja kepada masalah2 sosial yang semakin menular.

Apa yang dimakan juga mempengaruhi sikap dan adab seseorang remaja. maka ibubapa perlu bertanggungjawab dan menitik beratkan soal halal haram rezeki yang ingin di suap ke mulut anak2. Soal halal haram bukan benda remeh. Keberkatan dlm rezeki itu perlu. Kadang2 dek dikejar masa yang selalu tidak mencukupi, ibu bapa lebih senang menyuap anak2 dengan makanan segera yang tidak di jamin khasiatnya dan di ragui status halalnya. Air tangan org yg memasak juga ada kesannya. Apa agaknya kesan sekiranya anak2 sering disuap dengan air tangan peniaga pasar mlm yang mengabaikan solat maghrib? wallahua'alam.

Cara mendidik anak2 zaman kini memerlukan tindakan yang bijak. Mereka tidak boleh terlalu di kasari dan juga tidak boleh terlalu di manjakan. Mereka hendaklah sentiasa di dekati dan cuba di fahami secara berhemah. Merekalah permata hati dan penyambung warisan.

Peranan Anak.

Sebagai remaja yang sudah baligh dan waras dalam pemikiran sepatutnya tahu membezakan mana yg baik dan mana yang buruk. Jangan menunding jari menyalahkan ibubapa sekiranya anda menjadi rosak kerana anda yang paling berkuasa terhadap diri anda. Anda adalah apa yang anda fikir dan apa yang anda mahu. Berfikir sebelum bertindak. jangan tergopoh gapah dalam melakukan tindakan.

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang yang dilimpahkan oleh kedua ibu bapa kepada anda. kenanglah jasa ibu yang bertarung dengan maut semasa melahirkan kita. Ingatlah setiap titik susu yang pernah ibu berikan untuk hilangkan kehausan anda semasa bayi. Darah yang mengalir dalam tubuh anda juga darah mereka. Bukan sedikit jasa mereka terhadap anda jadi tergamakkah anda menghancurkan harapan mereka? Senangkanlah hati mereka dengan kejayaan. Biarlah mereka menangis kerana kegembiraan, bukan kerana kecewa.

Anda yang menetukan siapa teman baik anda. anda yang lebih tahu. Pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak, memberi pengaruh yang tidak baik. Maka, jauhi dan elakkan pergaulan yang tidak sihat. Teknologi yang semakin canggih juga tidak seharusnya di salah gunakan. Kepercayaan yang di berikan oleh ibubapa juga harus di manfaatkn dengan sebaiknya. perjalanan hidup bukan sebuah kisah ceritera yang boleh di edit atau di erase, sekali kita tersilap langkah, selama-lamanya kita akan menanggung kesannya. Sayangi diri anda dan masa depan anda.

Apa yang dilaporkan di sebuah akhbar baru2 ini suatu yang mengejutkan.

"Remaja Megah Tiada Dara"

Suatu berita yang tidak menyenangkan, malah menjengkelkan. remaja belasan tahun mengaku terlanjur dan melakukan seks luar nikah sejak di bangku sekolah rendah, malah ketagihan seks dan sanggup mengumpan sesiapa saja untuk memuaskan nafsu. Mengikut kenyataan mereka, dalam 20 org rakan mereka boleh dikatakan 17 org semuanya tidak mempunyai dara. Lebih menyedihkan, sesiapa yang masih dara di ejek dan di kutuk hingga akhirnya mereka terpengaruh untuk berzina. Naauzubillah. Suatu berita dan pendedahan yang menakutkan, apa peranan ibu bapa? Ttergamakkah mereka melihat anak2 gadis mereka terus merosakkan diri?

Zina itu haram. Ia haram kerana ada banyak kesan buruk . Antara kesan buruk akibat melakukan zina, kecelaruan dalam penentuan ayah si anak, penyebaran penyakit merbahaya dan sebagainya. Apabila Islam melarang perhubungan haram, tujuannya adalah untuk melindungi maruah dan keturunan manusia. Akibat dari zina, hubungan yang mengikat masyarakat luntur dan masyarakat dipenuhi dengan penyakit yang merebak melalui perhubungan seks, menandakan kemurkaan Allah terhadap mereka yang mencabuli sempadan suci Nya dan menghalalkan yang haram.

Bagaimana jika sudah terlanjur?

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2Nya. Terus berhenti melakukan maksiat dengan penuh tekad dan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mendekatinya atau mengulanginya, lakukan solat taubat dan bertaubatlah bersungguh-sungguh. Menangislah memohon keampunan dr Allah dan menangislah kerana takut kpd azab Allah. Elakkan dan jauhi pergaulan dengan rakan2 yang tidak berakhlak baik. Dekatkan diri kepada Allah dan luangkan banyak masa di rumah melakukan perkara2 yang bermanfaat.

Penutup.

Anak2 mutiara hati ibubapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini. syurga kita di tapak kaki mereka maka janganlah sekali-kali sakiti atau lukai mereka. Ibu bapa berkerja keras membesarkan kita, memberi kita makan dan tempat tinggal, menyekolahkan kita, dan peranan kita cuma sedikit, patuhi dan hormati mereka. Jika kini tugas kita adalah belajar menuntut ilmu, maka lakukanlah dengan bersungguh2. Jangan pula abaikan suruhan Allah dan jadilah anak yang soleh.

Semoga kita dapat membahagiakan ibu ayah dunia dan akhirat. kasihilah dan berbaktilah kpd mereka.tanpa mereka kita tidak akan lahir kedunia yang indah ini. Semoga kita dan mereka kembali bersama di syurga kelak. Amin..

Thursday, June 4, 2009

Akan Sampai Masanya.

Hidup ini sebenarnya singkat saja. Jasad dan nyawa serta segala yang kita miliki adalah pinjaman dariNya yang Maha Bijaksana. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan kita juga tidak terkecuali. Pasti akan mati. Bila masanya? Hanya Allah Yang Tahu..

Sedarkah kita, malaikat maut sentiasa mengunjungi kita, setiap hari! Adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi mati? Mati. Ya..suatu keadaan yang pasti. Bila mati tiba, segala apa yang pernah kita miliki bukan lagi menjadi milik kita, harta, pangkat, kereta, rumah, anak2, suami, isteri atau segalanya tidak lagi menjadi milik kita..Kecuali anak-anak yang soleh, sedekah dan amal jariah serta ilmu yang bermanfaat, hanya ini yang tinggal, 'saham' kita di dunia, pelaburan kita ketika hidup dan di akhirat itulah tempat mengutip 'untungnya'. Bersediakah kita? Cukupkah amalan kita?

Akan sampai masanya, mulut ini terkunci, terdiam. Akan sampai masanya tangan ini, kaki ini, rambut ini, dan segala yang ada di jasad ini tidak lagi mengikut arahan kita. Isyarat yang dihantar oleh otak, tidak lagi bergerak melalui sel dan saraf seperti dulu kala. Mereka 'mengkhianati' kita dan cuma bercakap yang benar di hadapanNya. Apa yang telah kita lakukan semasa hidup? Apa yang telah kita makan semasa hidup? Apa yang telah kita ingkari semasa hidup? Tangan yang selama ini bisu kini berbicara. Kaki yang selama ini bisu kini berbicara. Semuanya berbicara menjawab setiap persoalan. Segalanya di hitung. Baikkah atau burukkah amalan kita?

Soalan demi soalan di tanya..siapa Tuhan kita? Siapa Penghulu kita? Siapa saudara kita? Mana kiblat kita? Apa panduan kita?

Bagaimanakah kita akan menjawabnya? terketar2 kah? tergagap-gagap kah? atau bagaimana? adakah kubur yang sempit itu akan terus menghimpit kita? mematahkan tulang2 rusuk kita? adakah ular dan jengking datang menghampiri kita? adakah kita akan di palu dan di cungkil berulang kali? astagfirullahalazim..astagfirullahalazim..astagfirullahalazim..

Akan sampai masanya, kita tidak lagi mampu berselindung. Segala kejahatan dan kebaikan kini terbongkar. Di suatu tempat kita di himpunkan. Tayangan demi tayangan, kisah demi kisah, dosa demi dosa, amal demi amal semuanya terbongkar..Rajakah kita semasa hidup? perdana menteri kah kita semasa hidup? atau siapa kita? tiada siapa yang peduli. tiada siapa yang ambil tahu. semuanya hamba yang hina..saat ini semua makhluk ketakutan. membayangkan nasib yang bakal di tanggung. Kitab mana yang di dahulukan, kanan atau kiri? Timbangan mana yang lebih berat, dosa atau pahala? Astagfirullahalazim..akankah Rasulullah mengaku aku sebagai umatnya? Maha Suci Allah, akan kah Baginda memberi syafaatnya kepadaku? Astagfirullahalazim...

Lailahaillah,Muhammadurrasulullah..Wahai Rasulku, terimalah aku sebagai ummatmu...

Pengembaraan di teruskan lagi..titian halus itu harus di redahi...kita ingin ke syurga, tiada yang ingin ke neraka..tetapi, titian itu begitu halus dan tajam..Astagfirullahalazim..bagaimana kita ingin melepasinya? adakah kita akan merangkak, atau mungkinkah kita berlari pantas, atau bagaimana? adakah kita akan terjatuh? naauzubillah..jatuh itu neraka...astagfirullahalazim..astagfirullahalazim..astagfirullahalazim..

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"


Epilog.

Aku hamba yang berdosa. Aku hamba yang hina. Aku hamba yang ingkar..Ampunkan dosa2 ku Tuhan, Makbulkan segala doaku..Jauhkan aku dari kemaksiatan, lindungi aku dari kecelakaan. Pandulah aku Tuhan, bimbinglah aku...Aku hambaMu yang lemah, mudah benar alpa dan leka..Kasihanilah aku..Kasihanilah dan ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dan seluruh saudaraku, hidup dan matikanlah kami dalam iman..

Tuhan, sebelum aku menjadi hambaMu yang derhaka, kau cabutlah nyawaku.

Robbana aatina fiddunya hasanah, wafil a hirati hasanah, wakina azaabannar..wasallahuala saidina muhammad, waala ali saidina muhammad.

Ameen ya rabbal alamin.

Wednesday, June 3, 2009

Sindrom 'Takpe.. Orang Lain Ada'

Berbicara mengenai amanah, saya sendiri sering menyoal diri, adakah saya mampu melaksanakan amanah yang sedang saya galas, adakah saya menunaikan amanah saya? Atau adakah saya alpa dan leka dalam melaksanakan amanah yang telah di amanahkan ke atas saya? Sebagai manusia biasa yang banyak kelemahan, saya akui, ada masanya, saya juga tidak terkecuali dari mensia-siakan amanah ke atas diri saya. Jadi, harus bagaimana saya perbaiki diri? Bagaimana saya perlu lakukan? Sungguh, saya sebagai hamba-Nya, takut siksa api neraka.

Soal amanah bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. Selagi kita masih hidup, pelbagai amanah harus kita pikul, samada kita sedar ataupun mungkin sering kita lupai. Amanah sebagai khalifah di bumi, amanah sebagai hamba Allah, amanah sebagai anak kepada ibubapa kita, amanah sebagai sahabat, amanah sebagai ahli komuniti, dan lain-lain lagi. Setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita adalah amanah. Kita diberikan biasiswa untuk belajar, maka belajar juga amanah.

Soal amanah ini antara kita dengan Tuhan, adakah kita melaksanakan amanah kita atau sebaliknya? Bagaimana sekiranya kita tidak tunaikan amanah tersebut? Siapa yang bakal menghitungnya? Tepuk dada tanya iman..

Entri kali ini mungkin sekadar perkongsian cetusan rasa yang bermain-main di benak dan jiwa saya. Pastinya dicampur dan diadun dengan perasaan yang pelbagai, aku wanita, akal ku satu, emosi aku sembilan.. 9 nisbah 1, haih..semoga akalku yang 1 dapat memimpin emosiku yang 9, amin..

Sindrom.

Bukan sekali dua saya mendengar luahan rasa sebegini, malah berkali-kali saya mendengarnya, hingga membuatkan saya tertanya-tanya dan sering memikirkan cara bagaimana sepatutnya yang harus saya lakukan? Kata mereka..

"Teammate dah ramai, semua buat kerja dengan baik dan saya rasa saya tidak diperlukan lagi maka saya ingin menarik diri."

Ya, benar! Teammate kian bertambah tapi kenapa ditambah? Pernahkah terfikir sebelum menarik tangan melepaskan tanggungan yang sedang terpikul? Ahli pasukan ditambah pastinya kerana tugasan yang perlu dilaksanakan juga sebenarnya kian bertambah! Bukan sekadar sengaja menambahkan koleksi ahli tanpa sebarang alasan. Tidak..Kerja yang perlu dilakukan kian bertambah jadi kita memerlukan ahli yang lebih ramai untuk sama-sama mengerjakannya. As easy as ABC.. ^_^

Memanglah rakan seperjuangan kita mampu melakukannya, tapi bayangkan, jika tugasan itu ada sepuluh dan hanya seorang yang melakukannya, terfikirkah betapa susahnya kawan kita melakukannya? Memang dia boleh tapi apalah salahnya andai kita mengambil lima dari sepuluh bebanan itu dan sekaligus dapat mengurangkan bebanan sahabat kita. Tolong menolong bantu membantu adalah sifat mulia yang sangat di tuntut.

Amanah kita adalah tertanggung dipundak kita, bahu kita jadi kenapa harus jadikan orang lain sebagai alasan untuk berasa tidak diperlukan? Kenapa memilih untuk terus berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa sedangkan kita ada pilihan lain yakni turut sama mengerah keringat membanting tulang, bersama-sama dengan sahabat sepejuangan melaksanakan amanah yang sudah terpikul di bahu.

Ingat...di akhirat kelajk kita akan di tanya, "adakah kita melaksanakan amanah kita sebaik yang mungkin?"

Hulurkan tangan, ringankan beban, insyaAllah Tuhan pula permudahkan jalan buatmu..

Jom bantu-membantu. Bak kata orang tua-tua, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Ayuh, bersatulah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah, amin..



Tuesday, June 2, 2009

Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem


Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak berjaya khatam apa-apa bahan bacaan,akhirnya hari ini saya berjaya melakukannya. Buku yang baru selesai saya baca adalah Salahudin Ayubi, hasil penulisan Abdul Latip Talip dan diterbitkan oleh PTS. Buku ini dibeli semasa pesta buku antarabangsa di PWTC beberapa bulan yang lepas. Saya mula membaca buku ini pada hari Sabtu lepas ketika menunggu ketibaan sahabat dari Kajang di Stesen Komuter Batu Tiga. Dalam masa lebih kurang setengah jam penantian, saya hanya sempat menghabiskan beberapa bab. Kemudian sehari suntuk saya sibuk beraktiviti lantas tidak memberi sebarang ruang untuk saya membuka buku ini. Syukur kerana hari Ahad (semalam) saya tiada sebarang aktiviti dan sekadar menghabiskan masa di rumah, maka saya berkesempatan menyambung bacaan. Semangat saya berkobar-kobar ingin menamatkan bacaan.

Saya tertarik dengan buku ini kerana cara pengolahannya yang santai dalam bentuk novel sejarah Islam. Ketika membaca ada kalanya saya mengalirkan air mata kerana kagum dengan semangat jihad pejuang waktu itu terutamanya Sultan Salahudin Ayubi. Betapa baginda bersungguh-sungguh berjuang demi Islam kerana Allah. Bagaimana baginda mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Adakalanya juga saya ketawa sendirian, seronok membayangkan bagaimana musuh Islam terpedaya dengan helah Salahudin dan seterusnya tewas berulang kali dalam peperangan menentang tentera di bawah pimpinan Salahudin.

"Ketika di medan perang, Salahudin ibarat ibu yang kehilangan anak tunggal"

Banyak pengajaran yang dapat saya ambil dari kisah ini namun saya lebih tertarik untuk berkongsi mengenai strategi perang yang dilakukan oleh baginda. Kebanyakkan strategi yang digunakan oleh baginda adalah mencontohi strategi Rasulullah. Tentera di bahagi kepada pasukan memanah, pasukan berkuda dan pasukan berjalan kaki. Mereka juga ada pasukan perisik. Perisik ditugaskan untuk mengintip pergerakan musuh dan keadaan geografi musuh sebelum mereka memulakan penaklukan. Ketika berperang pula, pasukan memanah akan berada di barisan hadapan, memanah dari jarak jauh, di ikuti pasukan berkuda kemudian menjatuhkan musuh dari kuda dan seterusnya perjuangan disahut pula oleh pasukan berjalan kaki.

Salahudin selalunya mengetuai pasukan berkuda dan baginda seorang pejuang berkuda yang sangat handal.

Ada kalanya Salahudin menggunakan taktik yang tidak pernah terfikir oleh musuh, 'expected unexpected', contohnya, ketika menyerang mereka melalui jalan sukar berbukit bukau atau lembah yang tidak disangka-sangka oleh pihak lawan. Musuh bersiap sedia menanti kedatangan tentera Islam di jalan rata namun tentera Islam meredah bukit bukau dan menyerang dari arah yang tidak di jangkakan. Pertahanan musuh lemah di bahagian itu dan mereka dapat dikalahkan dengan mudah. Kebijaksanaan baginda mengatur strategi ketika di medan perang sangat mengagumkan.

Pernah juga Salahudin menggunakan helah untuk mengelirukan musuh. Mereka ingin menyerang kota A, namun setelah tiba di pertengahan jalan, mereka menukar haluan kononnya ingin menyerang kota B dan akhirnya berjaya memperdayakan musuh, setelah musuh masuk ke dalam perangkap, tentera Salahudin kembali menyerang pada waktu malam dalam keadaan musuh yang tidak bersedia dan kelam kabut. Pergerakan keluar masuk juga selalu dilakukan pada waktu malam untuk mengelak di kesan musuh.

Sebelum membuat sebarang keputusan, Salahudin pasti membuat perbincangan dengan pasukannya. Mereka sering melakukan solat hajat dan sentiasa menggantungkan harapan kepada Allah swt kerana yakin bahawa mereka di jalan yang benar. Salahudin sentiasa mengambil berat akan kebajikan tenteranya dan sering memberi ucapan yang mampu menaikkan semangat jihad tenteranya. Berjuanglah kerana Allah. Baginda sentiasa mengingatkan pejuangnya agar ikhlaskan niat jihad kerana Allah, kerana Islam dan bukan kerana kemegahan, nafsu marah, atau kerana ingin mendapatkan harta kekayaan.

Pernah ketika terkepung dan tiada tempat bersembunyi, Salahudin memerintahkan tenteranya menggali parit untuk dijadikan kubu dan menempatkan tentera memanah di dalamnya. Setelah musuh menghampiri, musuh dihujani anak panah yang tidak di sangka-sangka dan kejutan ini berjaya membuat mereka kelam kabut lalu berpecah. Ini lebih memudahkan lagi mereka ditewaskan kerana tidak bersatu dan kacau bilau.

Ketika mengepung pihak musuh yang bersembunyi di dalam kota, Salahudin tidak pernah berdiam diri, sentiasa mencari penyelesaian dan sering mengelilingi kota tersebut agar mencapai penyelesaian bagaimana menembusi tembok yang kuat itu, pernah mereka menangkap tentera salib dan meminta tentera itu mengajar cara mengetuk pintu agar pintu itu di buka dari dalam. Pernah juga tentera Salahudin menekan musuh di dalam tembok dengan mengalih arah aliran sungai dan menghalang sungai mengalir masuk ke dalam kota yang dikelilingi tembok itu.

Ada kalanya tentera salahudin menggali lubang untuk menyusup masuk ke dalam kota dan ada juga masuk menggunakan tali pada waktu malam untuk menyelinap masuk ke dalam kubu musuh. Setiap langkah yang di ambil di fikir sebaiknya dengan tenang tanpa sifat melulu dan diputuskan setelah di bincangkan dengan pasukannya. Baginda juga selalu memohon petunjuk dari Allah dan kusyuk dalam melakukan ibadat.

Untuk menakluk Jerusalem, Salahudin memasang strategi dengan penuh teliti. Antaranya adalah menyerang dan menakluk negeri disekitar Jerusalem agar mereka berpihak kepadanya. Salahudin memastikan negara Islam bersatu dan baginda memerlukan sokongan daripada negeri-negeri Islam dan Alhamdulillah, setelah kejayaan demi kejayaan di capai oleh Salahudin, akhirnya baginda menjadi masyhur dan menjadi kebanggaan Muslim. Baginda menjadi pembakar semangat Muslim untuk bersatu dan bangkit menentang tentera salib yang telah menzalimi orang Islam sejak dari dulu. Ramai juga orang Islam yang sukarela ingin menyertainya berjuang menakluk Jerusalem.

Tekad Salahudin bulat untuk menakluk Jerusalem yang sudah 80 tahun di takluki tentera salib. Cita-citanya untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa. Baginda bersungguh-sungguh menewaskan tentera salib kerana tentera salib sudah lama melakukan kezaliman terhadap orang Islam. Ketika berperang, tentera salib menzalimi kesemua Muslim termasuk wanita dan kanak-kanak. Wanita di perkosa dan kanak-kanak dibunuh. Bayi-bayi di jadikan bahan mainan, di lambung ke udara kemudian di tusuk pedang atau tombak sehingga tubuh bayi berkecai. Penempatan dimusnahkan dan semuanya di bunuh dengan kejam.

Tentera salib di bawah pimpinan Birnis sangat kejam dan Birnis adalah seorang yang angkuh dan sering menghina Rasulullah saw. Birnis sering mengganggu rombongan muslim tidak bersenjata yang ingin menunaikan haji di Mekah. Birnis juga bernah bercita-cita menawan Mekah dan Madinah. Hal ini benar-benar membangkitkan kemarahan Salahudin Ayubi dan baginda bersumpah tiga kali untuk membunuh Birnis dengan tangannya sendiri. Permusuhan antara Salahudin dan tentera salib berlansung agak lama kerana tentera salib sering mendapat bantuan daripada Eropah. Pihak Jerman dan Perancis sering menghantar bantuan ketenteraan, makanan, dan kewangan untuk membantu tentera salib mengalahkan tentera Islam, namun ternyata, Allah lebih mengetahui. Kesudahanya, Birnis berjaya ditumpaskan oleh Salahudin ketika pertempuran satu lawan satu.

Tentera salib berjuang kerana ingin hidup tetapi tentera Islam berjuang kerana ingin mati syahid. Ingin mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran syurga. Tentera salib melakukan kezaliman terhadap musuhnya namun tentera Islam di bawah pimpinan Salahudin sering melayan musuh dengan baik. Tawanan perang di tawarkan sama ada untuk memeluk Islam atau membayar wang tebusan sebelum dibebaskan. Wanita dan kanak-kanak juga dilayan dengan baik. Ternyata, iman membezakan tentera salib dan tentera Islam.

Setelah sekian lama berjuang, akhirnya tentera Salahudin berjaya menawan Jerusalem tanpa pertempuran darah. Baginda lebih mengutamakan rundingan, perbincangan secara aman dan mengelakkan peperangan walaupun ketika itu, kekuatan berpihak kepada tentera Islam. Musuh dibenarkan keluar dari Jerusalem dengan aman setelah membayar wang tebusan. Mereka keluar dengan membawa harta tanpa dizalimi tentera Islam. Fakir miskin dan hamba pula dibebaskan tanpa apa-apa bayaran. Alhamdulillah, dengan izin Allah, mereka dapat menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Demikian sedikit sebanyak kisah yang dapat saya sunting dan kongsikan bersama, untuk mengetahui lebih lanjut, eloklah kiranya anda membaca buku itu sendiri, insyaAllah, buku ini benar-benar bermanfaat. Namun, hanya seperkara yang saya tidak gemar tentang buku ini adalah penutupnya yang tidak berapa indah, terasa ada kekurangan dimana saya berpendapat, penulisnya sekadar ingin menyiapkan buku ini dengan kadar yang cepat dan gagal menarik perasaan pembaca untuk terus berada di dalam cerita itu, eheh..gagal menghayati dengan baik..

Walau apapun, ia tidaklah mencacatkan buku ini, tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis dengan baik.

Semoga buku ini bermanfaat dan mampu menaikkan semangat pembaca agar lebih cintakan Allah dan rindukan syahid. Yakinlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Semoga Salahudin tetap terus 'hidup' dalam jiwa kita orang Islam.

Wallahua'alam


Monday, June 1, 2009

God's Pharmacy: Subhanallah~!!

Allah is the creator, He knows everything. Allah first separated the salt water from the fresh, made dry land, planted a garden, made animals and fish.. All before making a human. He made and provided what we'd need before we were born. These are best & more powerful when eaten raw. We're such slow learners...Subhanallah

Allah left us a great clue as to what foods help what part of our body!

God's Pharmacy! Amazing!

Carrot

A sliced Carrot looks like the human eye. The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye... And YES, science now shows carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.

Onions

Onions look like the body's cells. Today's research shows onions help clear waste materials from all of the body cells. They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes. A working companion, Garlic, also helps eliminate waste materials and dangerous free radicals from the body.
Citrus Fruits

Oranges, Grapefruits, and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Olive

Olives assist the health and function of the ovaries

Sweet Potatoes

Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.


Figs

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the mobility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.


Avocadoes

Avocadoes, Eggplant and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats one avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight, and prevents cervical cancers. And how profound is this? It takes exactly nine (9) months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemical constituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Celery

Celery, Bok Choy, Rhubarb and many more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet, the body pulls it from the bones, thus making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.


Bean

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Walnut

A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds on the nut are just like the neo-cortex. We now know walnuts help develop more than three (3) dozen neuron-transmitters for brain function.


Grapes

Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

Tomato

A Tomato has four chambers and is red. The heart has four chambers and is red. All of the research shows tomatoes are loaded with lycopine and are indeed pure heart and blood food.


Note: Source from forwarded email. ^_^