+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, May 21, 2009

Cerita Bola Sepak.

Bismillahirrahmanirrahim..

Awalan lagi saya mahu membuat pengakuan. ^_^.

Saya tak reti main bola..tak pernah main bola dan cuma beberapa kali menonton perlawanan bola dari mula hingga ke minit terakhir, kesimpulannya saya bukan kaki bola. Namun, saya sering tertanya-tanya, kerana pelik. Apa keistimewaan sukan bola sepak, rata-rata manusia tak kira di mana berada, pasti ada kelompok yang sangat meminati sukan bola sepak ini. Fanatik pula. Hurm..maka dengan itu, saya percaya, pasti ada sesuatu yang sangat istimewa di dalamnya, cuma saya sahaja yang tidak dapat melihatnya dari sudut pandangan mata saya.

Jujurs, saya tidak tahu apa-apa pasal bola sepak, cuma saya tahu, bola yang digunakan adalah bulat dan padang bola sepak pula adalah empat segi. Saya tahu ada dua gawang gol dan pasukan yang berjaya menjaringkan gol lebih banyak, pasukan itu lah yang memenangi perlawanan. Itu sahaja yang saya tahu, namun saya makin aneh, kenapa ramai diantara kita sangat menggilai sukan ini, hingga sanggup korbankan tidur, (mungkin solat) semata-mata untuk menyaksikannya. Ada yang sanggup berhabisan dari sudut material juga kerana kegilaan mereka ini. I'm wonder..

Saya juga pelik bagaimana seorang pemain bola sepak boleh di jual dengan harga berpuluh juta USD. Saya pelik kenapa sukan ini mempunyai peminat fanatik yang sangat ramai, ada apa dengan bola sepak? Ada apa dengan Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Barcelona, Real Madrid, Ac Milan etc etc? Ada apa dengan Beckham, Giggs, Henry, Ronaldo, Lampard, Gerrard, Messi, Ronaldinho etc etc? (Sorry lah kalu silap sbb saya mmg tak tau, lol)

Ada sesuatu yang istimewa..tapi apa?

Kerana sifat inkuiri yang tinggi, mendorong saya menyoal siasat seorang teman. Hasil 'soal siasat' saya bersama dia yang sangat menggilai sukan ini, saya dapat simpulkan, ada beberapa ciri untuk dipenuhi bagi menjadi seorang pemain bola sepak yang cemerlang serta pasukan yang gemilang.

Antaranya adalah kerjasama sesama ahli kumpulan, confident, composure, calm, cool, consistent. Smart, skillful, lot of stamina, semangat yang tinggi, bijak mengatur strategi, cepat bertindak, tidak panik, sihat tubuh badan, rajin, mematuhi arahan dan mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sukan ini.

Moral daripada sukan bola sepak.

Bola itu bulat, selalu bergolek-golek dan sukar di ramal. Begitu juga nasib kita, kadang di atas kadang di bawah. Setiap yang baik (bola) pasti di kejar dan diidamkan oleh semua orang. Dan bagi sesiapa yang memperolehi kebaikan itu (bola) pasti membuahkan hasil yang sangat lumayan (gol dan kemenangan).

Untuk mencapai kemenangan, semangat kerjasama itu perlu. Dalam bekerja berpasukan, sesama ahli pasukan hendaklah saling mempercayai dan tidak menaruh prasangka dan tiada perasaan pentingkan diri sendiri. Bila bola berada di kaki kita, kita kena cepat mengatur strategi, tidak boleh terlambat jika tidak bola itu pasti di rampas pihak lawan. Bila bola di kaki kita, kita kena tahu kepada siapa dan bila masa yang sesuai untuk pass bola tersebut kepada rakan sepasukan kita. Maka, kepercayaan sesama ahli pasukan itu ternyata sangat penting.

Tidak dinafikan, kadang-kadang, nasib memainkan peranan dalam menentukan kemenangan, namun, tanpa usaha dan nekad, adalah mustahil untuk nasib menyebelahi begitu sahaja. Maka, dalam kehidupan ini, belajarlah untuk menjadi pasukan yang terbaik, tidak kira dalam urusan apa sekalipun, cuba aplikasikan semangat mengejar bola sebiji ke arah yang lebih bermanfaat.

Wassalam.

Wednesday, May 20, 2009

Sangkar Emas Buat Bonda.

19 Mei 2009..
Ulang tahun kelahiran bonda,
Bonda makin berusia,
Meniti hari menghabiskan sisa-sia kehidupan,
Tanpa suami tercinta.

4 September 2006..
Tarikh keramat bonda kehilangan suami,
Anak-anak kehilangan ayah,
Sejak itu hidup bonda kian sepi,
Segala kepahitan terpaksa bonda lalui sendirian.

Arwah ayah sering ucapkan..
Biar ayah pergi dulu sebelum bonda..
Tanpa bonda ayah sengsara..
Tanpa bonda ayah susah..
Betapa bukti,
Bonda menjaga ayah sebaik yang mungkin..
Terima kasih bonda,
Kerana kasihmu yang suci..

Arwah ayah sempat berpesan pada bonda..
Bila aku tiada, ikutlah anak-anak kita..
Bonda akur..bila ayah tiada..
Rumah tercinta, kampung halaman..
Ditinggalkan jauh..
Dari desa ke kota..
Hidup bonda jauh berubah..

Bonda,
Kami anakmu mahu yang terbaik untukmu..
Biar di kota, bonda dekat dengan kami..
Susah sakit bonda, makan pakai bonda..
Mudah kami jagai..

Bonda..
Kami sayangkan bonda..
Walau kami tahu..
Di kota ini bonda terasing..
Tidak lagi sebebas burung berterbangan..
Di hutan batu ini bonda tersepit..
Tidak lagi seriang dulu..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Kerana belum mampu membahagiakanmu..
Sangkar emas ini cantik..
Tapi hatimu merintih..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Sangkar emas ini bukan yang kau impikan..
Namun anakmu belum mampu..
Membuka pintu sangkar emas..
Lalu membebaskan dikau..
Berterbangan bebas di langit biru..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Masih banyak jasamu belum terbalas..
Maafkan anakmu..
Kerana..
Hanya sangkar emas..
Yang mampu..
Kami persembahkan buatmu.

Salam kasih dan sayang..
Buatmu bondaku.
Hasnah Binti Yaakob.
Anakmu sayangkanmu.

Tuesday, May 19, 2009

Gula-Gula Hacks.

Pada suatu hari..

Saya: Mamak, semua berapa?

Mamak: Empat ringgit, sepuluh sen.

Saya: Nah, empat ringgit dan Dua bijik gula-gula hacks.

Mamak: Ayyo miss, mana boleh ini macam. Mana ada orang bayar pakai gula-gula.

Saya: Habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks boleh plak?


Saya blah. Mamak tu pening. Hahaha…(Bukan kisah sebenar..^_^ )


Assalamualaikum wbt...Agak-agak, jika anda adalah mamak berkenaan, dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda? hehehe..simpan jawapannya. You know yourself better than others..^_^

Sungguh, saya percaya, apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat kembali. “What u give, u get back”.Jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti, kita melenting, mengamuk dan marah-marah. Seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan samada kita sengaja ataupun tidak. Tambahan pula..Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di alam akhirat kelak, syurga dan pahala sedang bersedia menanti kita. Mahu ke neraka atau ke syurga? Tepuk dada, tanya iman..^_^

Dua jari menunding ke arah orang lain, sedangkan 3 jari lagi menunding ke arah kita, oleh itu, sebelum menuduh atau menyalahkan orang lain maka adalah lebih elok sekiranya kita bermuhasabah terlebih dahulu.

Semua orang mahu dihormati dan dihargai. Oleh itu, jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terlebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. Begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu. Ikhlas dalam bersahabat. Ikhlas dalam bantu membantu. Ikhlas dalam memberi. Ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu.

Jangan sekali-kali menyimpan hasrat yang tidak baik, kerana walaupun keikhlasan itu tidak mudah di lihat, umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, tetapi ingat, hati yang jernih dan bersih pasti dapat melihat dan merasainya. Dan ingat juga, Allah itu Maha Mengetahui. Tiada keikhlasan adalah umpama kita menipu diri sendiri, orang yang luka tapi kelak kita yang berdarah.

Lumrah kehidupan seorang remaja, selalunya ingin berteman dan punyai ramai sahabat. Biasanya, makin ramai sahabat, pelbagai masalah pula yang timbul. Banyak yang merungut dan mengadu tentang sahabat masing-masing, kecewa, marah, bengang, keliru, serba salah, sedih dan macam-macam lagi. Namun begitu, common sense kuat mengatakan, bukan sahabat mereka yang bermasalah tapi sebaliknya, dirinya sendiri yang bermasalah.

Kenapa begitu?

Bukan niat saya ingin menuduh atau berprasangka. Tapi logiknya, jika kita seorang sahabat yang baik, pemaaf, ikhlas dan sabar, pastinya masalah-masalah itu sedikitpun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada kita. Formula saya mudah dalam bersahabat..

"Jika mereka susah untuk memahami aku, maka aku hendaklah berusaha lebih sedikit untuk memahami mereka."

Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Kita harus tahu membawa diri dan sesuaikan diri kita dengan sikap kawan kita. Jangan sampai hipokrit. Cukup sekadar, bila kita tahu sahabat kita suka bercerita, maka pinjamlah telinga ini untuknya. Cukup sekadar, bila kawan kita suka bercakap kasar, maka persiapkan diri untuk tidak mudah terasa setiap kali berhadapan dengannya.

Fahamilah, untuk mengubah dunia bukanlah suatu kerja yang mudah. Bukan senang untuk kita mengubah sikap kawan kita yang suka cemburu, irihati, hipokrit, menunjuk-nunjuk, suka mengata, dan macam-macam lagi kerenah. Kadang-kadang, ianya mustahil. Mampukah setitik dakwat menghitamkan seluruh lautan? Tidak. Tapi, setitik dakwat itu pasti mencukupi untuk menghitamkan secawan air. Lautan itu adalah sahabat dan masyarakat di sekeliling kita. Dan cawan itu adalah diri kita sendiri. Sebelum kita menyimpan hasrat untuk mengubah insan lain, adalah lebih adfhal sekiranya kita mengubah diri kita terlebih dahulu, kerana ia lebih mudah di lakukan dan hasilnya nanti pastilah bermanfaat untuk diri kita sendiri, insyaAllah.

Namun begitu, itu tidak bermakna kita harus diamkan terus segala salah silap sahabat kita. Amar makruf mesti seiring, usahalah setakat termampu dan selebihnya bertawakkal dan pasrahlah kepada Allah. Jangan kecewa jika kita tidak mampu meruntuhkan bukit, sebaliknya bersyukurlah sekiranya kita sudah berjaya menarah busut.

Dalam bersahabat, keikhlasan dan kejujuran itu perlu. Dalam memberi jangan mengharapkan balasan. Sentiasalah bersiap sedia untuk membantu sahabat yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, adalah memadai dengan meminjamkan telinga untuk dia meluahkan segala masalah di hatinya. Satu lagi adab yang mesti dipegang dalam bersahabat adalah pandai menyimpan rahsia. Jangan sekali-kali membuka keaiban sahabat kita atau menjatuhkan maruah mereka. Menyimpan rahsia adalah amanah dan janganlah di khianati. Kelak, Tuhan juga akan memberi balasan kepada manusia yang gagal dalam memegang amanah.

Dalam bersahabat, kita hendaklah sentiasa saling memaafkan. Sebagai manusia yang normal, sesiapa sahaja pasti akan melakukan kesilapan oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan. Kerana mungkin suatu hari nanti, kita juga bakal melakukan kesilapan yang serupa. Jangan sekali-kali menyimpan dendam permusuhan. Maafkanlah dan lupakan kejahatan mereka terhadap kita.. Selalulah mengingati kebaikan mereka terhadap kita. Pasti, hati kita juga tidak akan sakit dan sentiasa berasa bahagia. Moga Allah izinkan.

Sahabat datang dan pergi, namun, sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. Berjauhan tidak semestinya tidak diingati.. tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai. Ada dalam tiada. Tidak nampak tapi dapat merasai ketulusan seorang sahabat. Saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. Kerana saya tahu, saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. Indahnya ukhuwah kerana Allah, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, insyaAllah, semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.

Kepada semua sahabat saya, saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. Jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. Jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. Kerana saya juga hanyalah insan yang biasa.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita menempuhi hari-hari mendatang. Sayangi sahabat anda dan hargailah mereka. Walau di mana jua mereka berada, jangan sekali-kali memadamkan mereka terus dari kotak ingatan anda. Mereka yang pernah ketawa bersama kita. Mereka yang pernah menangis bersama kita. Lupakan sengketa dan hubungkan persaudaraan. Bila berkesempatan, hubungi sahabat anda sebagai tanda, mereka sentiasa di hati. Wassalam.

Saya sayang semua sahabat saya, thanx for being there..Moga Allah sentiasa merahmati ukhuwah yang terbina..InsyaAllah.

Monday, May 18, 2009

Bercinta Tu 'Standard'.

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana mempunyai 2 org shbat lelaki. Masing2 menaruh perasaan yg sama pd ana, ana ingin mengatakan pd mereka bhwa ana hnya mnyanyngi mereka berdua sbgai seorg kwn, tp mereka tersalah sngka.

Dlm pada mase yg sama ana secara tidak sngaja 'terjatuh' cinta kpd guru ana sndiri. Guru ana seorg yg beriman dan baik hati. Stiap kali bertembung dgn guru ana pasti dia akn menegur n snyum pd ana.

Die pernah memberitahu pd teman ana bhwa die suke ana apabila ditnya teman ana. Jika waktunya mengajar, die akn mmbhgikan kmpuln utk berbincang. Bile ditnya teman ana mngapa guru ana slalu dtg ke kmpln ana..guru ana akn berkata yg die ingin melihat ana. Dalam diam perasaan itu dtg secara tiba2.

Guru ana sudah berkhwin dan ana rasa berslh kerana 'terjth' cnta kpdnya. Ana cuba ilangkan perasaan itu, tp ana tidak mampu. Ana mnjd keliru...ana mohon sgt, bntu la ana...help


Tersebut adalah luahan seorang remaja yang sedang dalam kebingungan dan dilema. Bak kata pepatah, di luah mati emak, di telan mati bapa...Dan tahukah anda, si dia yang bertanya baru sahaja berumur 14 tahun, seorang gadis sunti yang baru akil baligh dan sedang meningkat remaja. Saya percaya, kes ini bukan kes terpencil kerana sebelum ini juga, saya sering mendapat PM dari user yang bertanyakan mengenai masalah cinta, bukan seorang dua tapi sangat ramai. User yang paling muda meminta pendapat daripada saya tentang dilema cinta adalah gadis berusia 10 tahun. Saya tak silap, dia benar-benar berusia 10 tahun.

Entri saya kali ini cuba mengungkai persoalan terhadap permasalahan tersebut. Apa yang harus dilakukan bila si gadis berusia 14 tahun terjebak dalam penyakit cinta. Bagaimana penyelesaian yang terbaik?

Saya juga seorang wanita. Saya juga kaum hawa, pernah melalui zaman-zaman peralihan dari seorang kanak-kanak kepada seorang remaja. Pertambahan hormon 'pelik' di dalam diri mungkin menjadi antara faktor pendorong untuk lebih mendekati dan didekati kaum bergelar adam.

Antara masalah kanak-kanak yang sedang meningkat remaja adalah mudah perasan. Maaf jika saya menggunakan bahasa yang agak kasar tapi itulah istilah yang terbaik. Peringkat ini adalah peringkat di mana mereka terlalu naif dan tidak tahu menilai dengan baik antara kesungguhan, main-main atau sekadar suka-suka. Apa yang mereka nampak itulah yang mereka percaya. Bila ada insan yang bermanis mulut dan mengungkapkan kata-kata yang bagi mereka 'luar biasa', maka mulalah 'hormon ingin bercinta' meningkat lalu tercetuslah perasaan suka, minat kemudian lama kelamaan mencapai suatu perasaan yang 'maha aneh' yang mereka percaya ia adalah cinta.

Lalu jadilah kes tersenyum sendirian. Bersemangat ke sekolah kerana ingin bertemu si dia. Sebelum ke sekolah mengadap cermin berjam lamanya, melawa. Sekolah bukan lagi tempat untuk menimba ilmu kerana niat sudah beralih arah. Mula berasa kecewa bila si dia bermesra dengan gadis lain. Hilang fokus terhadap pelajaran bila si dia menolak cinta yang di hulur. Dan ada yang sanggup bergaduh dengan rakan sekelas semata-mata berebut si jejaka sedangkan si jejaka apa pun tak tahu. Sedih.

Peringkat ini juga peringkat di mana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Jika selama ini mereka melihat sahaja di kaca tv, membaca novel tentang hebatnya kuasa cinta. Lalu mereka tertanya-tanya dan ingin tahu, bagaimana indahnya perasaan bercinta?

Maka, bila ada peluang yang datang, mereka tidak mensia-siakannya. Terima lamaran cinta dari si dia kerana ingin di cintai dan mencintai. Ingin mencuba keseronokan bercinta dan merancang untuk berpisah sekiranya kelak perhubungan tiada kesefahaman. Malangnya, tak semua yang dirancang itu yang terjadi.

Ada yang hilang dara setelah beberapa minggu bergelar kekasih si dia. Ada yang terus langsung tidak mahu belajar kerana tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran setelah dikecewakan oleh si dia. Ada yang terjebak dengan gejala sosial lain yang tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah. Jadi bagaimana? Adakah mereka boleh berpatah balik bila bila masa sahaja? Adakah masa depan mereka sedikit pun tidak terjejas? Sayang, mereka generasi muda bakal pewaris masa hadapan..Jika mereka rosak, jadi siapa yang bakal mentadbir kelak?

Bolehkah Bercinta?

Rujuk post terdahulu, bagaimana ingin bercinta.. Jika anda benar-benar sudah bersedia untuk bernikah, maka, bercintalah...Tetapi, bagi anda yang kini sedang menuntut ilmu, tambahan pula masih di bangku sekolah, nasihat saya, lupakanlah dahulu soal cinta. Tolak tepi dahulu.

Janji dan kata-kata manis boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja. Tapi apa yang tersirat di hati bukan semudah ABC untuk di nilai. Dan ketahuilah, hati manusia ini juga sentiasa beruba-ubah. Mungkin hari ini hati itu memilih kita, tetapi esok lusa, hati itu mungkin berubah dan beralih arah lalu memilih insan lain pula.

Memandangkan jalan hidup masih jauh nun di hadapan, perlbagai kemungkinan juga mungkin berlaku. Kita manusia cuma mampu merancang, selebihnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin hari ini dia berjanji untuk sehidup semati dengan kita, esok lusa siapa tahu dia yang berubah arah lalu pergi meninggalkan kita terkongtang kanting sendirian.

Jangan sia-siakan usia remaja untuk aktiviti dan kegiatan yang tidak bermanfaat. Waktu muda adalah waktu yang paling sesuai untuk belajar dan mengejar cita-cita. Jangan kerana cinta, cita-cita menjadi korban. Sayangi diri dan sayangi masa depan, fokus kepada pengajian dan lupakan sahaja lamaran mereka untuk menjadi kekasih hati. Bukan prasangka, tetapi berjaga-jaga itu adalah yang paling selamat.

Ketahuilah, becinta 10 tahun belum tentu dapat dijadikan penjamin dan pengukur kebahagiaan. Ramai yang putus di tengah jalan. Jadi, apa guna bercinta jika matlamatnya kabur? Sepanjang masa 10 tahun itu juga, cuba bayangkan berapa banyak masa dan wang yang sudah tergunakan untuk mengubati buah hati? Tiba-tiba perhubungan terkandas pertengahan jalan. Dan berkemungkinan juga anda tiba2 termenaruh hati kepada sesorang. Lalu putuslah cinta di tengah jalan. Jadi, adakah ia berbaloi?

Cinta itu suci tapi manusia selalu menjadikannya jijik dan kotor. Agama kita sudah menetapkan segalanya untuk kita jadi seharusnya kita bersyukur dan memanfaatkan waktu remaja dengan sebaik mungkin dan hendaklah menghargai setiap detik masa di agar tidak terbuang begitu sahaja. Usah dibazirkan masa remaja untuk bercinta dan menyintai yang hanya mampu mendorong ke arah kemaksiatan. Ia bukanlah masa yang sangat sesuai.

Pastinya akan tiba, suatu hari nanti, anda pasti layak dicintai dan mencintai, jadi..sehingga belum tiba saat itu, bersabarlah wahai anak muda.

Wassalam.






Sunday, May 17, 2009

Mengapa Arah Ini?

Teringat kata-kata seorang sahabat dan sering saya ulangi untuk memujuk diri:

"Memikir hakikat diri, 'Aku bukanlah sepatutnya diletakkan di tempat ini'. Tetapi mengapa ALlah tetap juga menunjuk arah seperti ini."

Jujur, kadang-kadang ada juga terbit dari diri ini. Perasaan di mana saya terasa kaki ini sudah penat melangkah, ada juga terdetik, bahu ini tidak lagi berdaya memikul, belakang ini pula tidak lagi kuat menggalas. Sungguh, jika boleh, saya juga ingin mengalah, mengangkat bendera putih tanda saya mengalah, memusingkan jentera kereta kebal saya berpatah balik dari tempat saya bermula tanda saya menarik diri. Namun, demi memikirkan perjuangan yang masih belum selesai dan tidak diketahui bila akan selesai, sering sahaja saya memujuk diri. Sabarlah...Allah menunjukkan arah ini buat aku kerana Allah juga ada perancanganNya. Sabarlah Hasniza.

Sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan, sering juga saya membuat kesilapan. Saya pasti mahu yang terbaik tapi sering saja saya mendapat yang terburuk. Tidak semua yang saya impikan atau rancangkan berjaya menjadi realiti. Saya cuma mampu merancang dan mampu bercita-cita, selebihnya Allah jualah yang menentukan.

Salah satu persoalan yang serong bermain di fikiran saya, sejauh mana saya dapat menyumbang kepada ummah melalui iluvislam.com? Mampukah saya memikul amanah dan tanggungjawab yang sudah tergalas di pundak saya ini? Mampukah saya melakukan yang terbaik, untuk semua? Berjayakah saya atau gagalkah saya?

6 Mei 2009, genap setahun saya berdaftar di iLuvislam.com sebagai ahli. Alhamdulillah, bukan sedikit manfaat yang saya perolehi. Malah tidak terhitung oleh saya sendiri. Alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi kerana menggerakkan hati ini untuk berdamping bersama web ini menggantikan Friendster dan Myspace. Hanya Allah yang mampu.

Belum sampai dua bulan berdaftar, saya antara top post di forum. Saya juga tidak menyangka. Ghairah dan terlebih teruja, mungkin! 3 julai 2008, akhirnya saya mendapat PM dari presiden iluvislam, tawaran untuk menjadi moderator. Sungguh bagai tak percaya. Saya dah bekerja, berforum untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, sekali sekala masuk forum dan setiap kali log in saya tak ketinggalan untuk membuat reply post. Tak terfikir pula untuk menjadi moderator, tambahan pula, saya bukanlah seorang yang suka terikat dengan komitmen. Dan lagi, saya juga bukanlah tergolong dalam orang yang banyak ilmu agama, sekadar tahu yang wajib sahaja. Serba salah juga jadinya.

Saya meminta sedikit tempoh untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. Berfikir sejenak, 1 Julai adalah hari ulang tahun saya, mungkin tawaran ini 'hadiah' dari Allah supaya saya dapat memanfaatkan peluang ini agar lebih mendekati dan mendalami Agama suci ini. Keesokannya saya memberi jawapan dan kesanggupan untuk memegang amanah baru sebagai moderator foum. Lalu, 4 Julai 2008, saya sah bergelar moderator umum di forum iluvislam.com.

Masa berlalu, iluvislam juga kian pesat membangun, kadang-kadang saya sendiri juga tidak terkejar. Ada-ada sahaja 'update'. Seiring dengan masa, user dan pengunjung web ini juga kian bertambah, makin banyak orang, makinlah banyak gelagat, sehinggakan ada masanya saya berasa muak, aduh~~ Namun, amanah tetap amanah, saya tidak mungkin akan lari dari tangunggjawab itu. Semampu boleh, saya melakukan apa yang termampu.

Syukur juga dengan bertambahnya moderator baru, sedikit sebanyak kerja2 menguruskan forum menjadi kian ringan, yang berat sama di pikul. Lalu saya tergerak hati untuk mencadangkan sistem mentor mentee kepada saudara Presiden dan Alhamdulillah, dari situ banyak manfaatnya. Selain membantu moderator baru belajar kerja kerja teknikal, program ini juga dapat merapatkan ukhuwah sesama moderator dan sekaligus dapat mengenal pasti moderator yang benar-benar komited ingin berbakti kepada ummah ataupun sekadar retorik semata-mata.

Lain padang lain belalang, begitu juga manusia, rambut pun dah macam2 kaler, apetah lagi hati yang susah nak lihat? Pelbagai. Namun saya optimis dan positif, selagi niat dan matlamat kami sama, membantu demi ummah dan mengharapkan ganjaran hanya dariNya, insyaAllah, walau aral melintang bagaimana sekalipun, kami tetap bersatu dan terus kuat melangkah. Ynag senget sama diluruskan, yang salah sama diperbetulkan dan yang lemah sama diperkukuhkan. Moga Allah izinkan.

Saya benar-benar berharap, agar ukhuwah yang terbina antara kami terus utuh dan tidak goyah. Hati saya sedih dan pedih, bila ada diantara kami yang mahu menarik diri dan berundur, susah untuk saya menerima kenyataan sebegini. Saya mahukan semuanya tetap dan teguh bersatu bersama selagi boleh. Tembikar yang retak masih boleh dicantumkan walaupun tidak sesempurna dulu tapi itu lebih baik dari di buang ke tempat perlupusan sampah. Masih ada nilainya dan masih diperlukan.

Kalau kita berasa lelah, orang lain juga lelah...jadi, sama2lah kita memberi dan menerima agar lelah itu dapat diminimakan..

Kalau kita berasa tidak berdaya, orang lain juga tidak berdaya...jadi, sama2 lah memimpin dan di pimpin agar saling bergantung dan tidak jatuh..

Kepada semua sahabat moderator, please say no to resign, no turning back, unless reasonnya adalah wajib yang sangat wajib.

Maaf juga sebab kebelakangan ini sangat malas untuk menaip atau mendail menggunakan henfon, jangan kecik ati kalau sms lambat direply atau tak direply kerana saya selalu lupa untuk menatap henpon apatah lagi menggunakannya.

Kepada semua sahabat pengunjung, teruskan bersama iluvislam dan sekiranya moderator manusia biasa melakukan kesilapan, jangan segan untuk menegur (Report pada saya pun takpe, hehehehe). Maaf juga kerana tidak ada banyak masa untuk YM sehinggakan saya tidak pernah berkongsi yahoo id dengan kalian, sorry...saya sayang semuanya cuma masa saya sangat terhad..jika ada sebarang aduan, luahan, boleh hubungi emel saya yer..skyredbutterfly@gmail.com.

Moga ukhuwah yang terjalin terus mendapat berkat dari Ilahi. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, wassalam.