+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, April 5, 2009

Erti Kedewasaan.

Saat berganti saat, minit berganti minit. Hari demi hari, minggu terus berlalu, bulan bersilih ganti, dari tahun ke tahun. Bermula sebagai bayi sebesar tapak tangan, saya meningkat menjadi kanak-kanak, masa berlalu pantas dan kini, saya sudah dewasa. Syukur pada Tuhan, saya masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah.

Masa terus berjalan samaada kita suka atau tidak, mahu atau tidak. Dan seiring dengan itu, kita juga kian dewasa. Pengalaman yang di lalui mengajar kita makna sebuah kehidupan. Ada masa kita ketawa dan ada masa kita menangis. Ini perencah sebuah kehidupan. Sepanjang perjalanan menuju kedewasaan, ada yang terpaksa kita tinggalkan, ada yang terpaksa kita lupakan, ada yang terpaksa kita abaikan. Dalam mengejar sesuatu, ada masanya kita kehilangan sesuatu yang lain pula. Price to pay. Setiap kejayaan hadir bersama pengorbanan.

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." [Al-Baqarah:212]

Bukan mudah untuk mudah. Bukan senang untuk senang. Kegemilangan Islam juga memerlukan pengorbanan yang sangat banyak. Telah banyak airmata, keringat dan darah yang tumpah demi menegakkan syiar Islam. Nabi Muhammad saw pernah dicaci di hina namun akhirnya Islam tersebar serata dunia. Alhamdulillah..

Ada masanya saya rindukan zaman kanak-kanak saya. Zaman saya hidup untuk bermain bersama adik-adik dan teman-teman. Saat di mana hidup ini dipenuhi dengan ketawa. Bahagia saja walaupun waktu itu hidup saya sekeluarga agak susah. Mungkin kerana waktu itu, akal masih tidak berapa bijak mentafsir, mungkin waktu itu cara melihat saya adalah berbeza. Dan mungkin juga kerana waktu itu saya belum kenal satu makna "masalah".

Adakah tiada wang sewaktu saya kecil berbeza dengan tiada wang sewaktu saya dewasa? Maka waktu itu walaupun miskin saya masih mampu ketawa? Tidak! Cuma yang berbeza adalah cara saya melihat dan menilai, 180 darjah, tidak lagi sama.


Apa yang kita fikir, apa yang otak kita tafsirkan, itulah yang akhirnya mempengaruhi hormon kita, mengerahkan saraf-saraf dalam tubuh kita. Mempengaruhi mood kita dan kebolehmampuan kita, seterusnya mampu mencetus kejayaan atau kegagalan. Mind set the limit. Ini kata Puan Pengetua saya sewaktu saya di MRSM, kata beliau lagi, dalam apa pun urusan atau tindakan kita " we must begin with the end in our mind". Tambah beliau pula, thousands step begin with one step. Waktu itu, saya terlopong mendengar butir bicara beliau, kagumnya.

Dan ya, jika kita fikirkan kita boleh, insyaAllah, kita memang boleh melakukanya. Just if you believe, there will be a miracle..

Kadang-kadang, dalam menuju alam kedewasaan, kita terlupa untuk ketawa. Dalam kesibukan mengejar impian, kita terlupa menikmati indahnya panorama alam, kita terlupa berhenti sejenak dan menghidu wanginya haruman bunga yang kembang mekar. Kita terlupa untuk bertanya khabar dan bermesra dengan teman-teman. Hasilnya, keceriaan dan kebahagiaan dalam diri kita akan beransur pergi dan hilang. Pupus. Jadilah kita manusia umpama robot, yang sekadar melakukan rutin harian tanpa iringan rasa bahagia dan gembira.

Jika sewaktu kecil, kita seronok bermain lumpur. Ketawa bersama teman-teman berlumuran lumpur demi mengejar sebiji bola. Seronoknya kita waktu itu. Bahagia. Dan bila dewasa, kadang-kadang terfikir, alangkah indahnya jika waktu dapat di undur semula. Benar, ia mustahil, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukanya dalam keadaan kita 'memakai sarung seorang dewasa?'. Mungkin bukan lumpur tapi sekali sekala melakukan sesuatu diluar kebiasaan, ternyata mampu mengembalikan gelak tawa itu. Contoh, ketika di universiti, selalunya besday girl menjadi mangsa di comotkan dengan kek, seronok juga.. sekali sekala, eheh..Dan kadang-kadang, ada juga curi-curi saya sengaja mandi hujan. Haha! Seronoknya~!! Tak perlu menari dan menyanyi. Cukup sekadar menikmatinya. Feel. Terimbas keseronokan zaman kanak-kanak. Cubalah...(Natijah demam tu tanggung la sendiri, hehe)

Untuk menjadi dewasa kita tidak semestinya harus melupakan secara total bagaimana menjadi seorang kanak-kanak. Untuk menjadi dewasa, ada masanya kita terpaksa korbankan sesuatu yang sangat kita sayangi. Untuk menjadi dewasa, kita harus sentiasa positif dan optimis. Bukan mudah untuk mudah tapi selagi kita yakin dengan kebolehan diri kita, insyaAllah kita mampu melakukannya.


Wish you all the best, moga Allah memimpin kita menuju jalan bahagia, dunia dan akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam usaha mencari sebuah destinasi-InsyaAllah.

Saturday, April 4, 2009

Tahniah PM~!!

Mata dah ngantuk. Otak agak beku. Mood sepoi-sepoi bahasa. Tapi saya masih tetap ingin mahu menulis, sempena 'meraikan' Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6. Tahniah dato' seri, impian kini jadi kenyataan, dan yer..teori RAHMAN ahkhirnya kini menjadi realiti. Sempurna sudah N yang terakhir.

Jujur, sudah lama saya tidak mahu ambil tahu, apatah lagi menulis mengenai politik. Kenapa? Kerana jauh di lubuk hati saya berpendapat, tindakan menulis atau bercakap mengenai politik adalah tak lebih sekadar seperti anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, tekak yang perit. Useless. Hopeless.

Bermula dengan kerajaan Perak bertukar tangan. Scenario politik tanah air kelihatan kembali rancak. Ada isu yang ingin diperkatakan. Kemudian bangkit pula isu Elizabeth Wong, perletakan jawatan dan kematian, agenda menjadi kian menarik. Pilihan raya kecil bakal berlangsung. Kerusi dibiar kosong begitu lama semata-mata menunggu tarikh keramat di bulan April. Taktik, strategi, mungkin.

Namun, kesan akibat tragedi di Perak, saya akhirnya berputus asa dengan politik di Malaysia. Hopeless, useless. Pembangkang sekadar mentimun dan pihak kerajaan ibarat durian. Di golek cedera, menggolek pun cedera. Tiada beza. Sama saja natijahnya. Kecewa. Gagal. Lama saya menyepi. Bersikap tidak mahu ambil tahu. Sedangkan pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh membangkang pun tidak mampu mencapai apa-apa kejayaan, apalah sangat yang boleh saya sumbangkan jika pun saya tahu atau ambil tahu atau bercakap mengenainya? Maaf, saya belum melihat tanda-tanda positif di dalamnya, ah..

Ditambah pula dengan media massa yang terlalu bias. Menonton berita umpama melihat kempen pilihanraya bagi satu pihak, sungguh mengecewakan. Ada masanya fakta di putar belitkan, aduh, sedih melihat media disalahgunakan hingga sedemikian rupa. Kenapa oh kenapa? Sekadar ingin menambah kebencian yang sedang bersarang dijiwa penduduk negara ini atau kenapa?

Tergelak melihat SPRM, gelihati melihat PDRM, FRU. Seronok melihat BPR dan SPR. aduh2...semuanya memang 'berkaliber'..penuh 'kesantunan'. Jadi, manakah keadilan?

PM sepatutnya dipilih oleh rakyat. Saya ingin begini, tapi sayangnya 'demokrasi' di Malaysia bukan begini. Peralihan kuasa PM suka suki di buat oleh Presiden UMNO, melepaskan kedudukan kepada pewaris takhta, tak ubah seperti sistem monarki. Dan siapa yang memilih PM? Oh, kuasa cuma di tangan ahli2 UMNO? demokrasikah? aduh...

Mimpi atau kenyataan, kenyataan! Tadi sebaik pulang dari kerja, sambil memandu telinga menangkap suara si pembaca berita radio IKIM.FM..pertama kali saya mendengar " Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato Sri Najib Tun Razak," terus saya ketawa seorang diri. Ah..konfem orang yang melihat pun hairan melihat saya tergelak sendirian. Kenapa? Entah..Rasa yang pelbagai, bagai tak percaya dengan apa yang didengari oleh organ bernama telinga. Entahlah...Apa-apa pun, sekalung tahniah untuk DS Najib..

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan, tapi malangnya mata terasa berat yang amat, saya ngantuk, maaf..Sampai sini saja, mohon izin untuk berundur. Wassalam.

Tegak Rumah Kerana Sendi.

Jangan pelik kenapa entri kali ni begini. Jangan ditanya kenapa. Kerana saya pun tak tahu. Tapi sungguh, saat saya menulis kali ini, saya benar-benar di landa rasa yang seribu satu. Ah~!! Celaru pulak jadinya. Maaf, awal-awal saya memohon maaf andai entri kali ini buruk dan hodoh. Maaf. Entri ini mungkin entri yang paling tidak bermanfaat.

Kita yang merancang, Tuhan jua yang menentukan, saya cuma manusia biasa, tiada apa yang istimewa..maka sering juga angan-angan saya hancur berkecai. Gagal~!! lagi dan lagi. Seriously i feel sick~!! Why now? why? and why? ah...Aku kuciwa..Apa-apa pun, life must goes on, apa yang sepatutnya saya ucapkan, sudah diluahkan, selebihnya terserah kepada dia yang membuat keputusan. Mana yang dia rasakan terbaik untuk dirinya, insyaAllah saya akan menyokong, walau dengan hati yang tidak rela, eheh..

Dua tiga hari ni, pakcik demam pulak sibuk ngendeng..aduyai..sibuk la pakcik demam nih, jenuh nak halau suh pi main jauh-jauh tapi degil...sakit tekak, tidur malam asyik terjaga sebab lemas tak boleh bernafas, sakit sendi sakit segala pun kena keja...demi mencari sesuap nasi, heheh

Semalam blog AsNiza@iLuvislam 'selamat' saya kerjakan, nazak dah tak tau apa nak buat..aduss..itu la nk memandai-mandai, lagi merosakkan terus tak boleh log in. Oh lagi satu, hari ini DS Najib dilantik jadi PM ke 6..Hahahahaa~ tadi masa drive, dengar berita jam 6, pertama kali dengar perkataan DS Najib sebagai perdana menteri ke-6, selamba saya tangkap gelak sorang-sorang, isk3..macam tak percaya, cita-cita beliau menjadi kenyataan, siyes rasa macam mimpi,hmmm..

Apa lg nk ckp? tegak rumah kerana sendi, tegak ummah kerana? lupa...

Btw, saya doakan pasukan yang saya sayangi ni maintain cool, kekal bahagia..takde pecah belah atau terkeluar list. Saya harap semuanya kekal sengal macam nie, takde kurang walau satu pun. Semuanya sentiasa bersatu padu, bantu membantu. ah...saya sebenarnya mati akal dan tiada idea.. =(

Akhir kalam, jom nak kongsi lagu nasyid Raihan-Bersatu, eheh..pernah buat persembahan nasyid dengan lagu nie, kenangan..^___^

Raihan-Bersatu

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Thursday, April 2, 2009

Pisau itu Tajam.

Al-kisah Zaman Tok Kadok.

Biasalah, saya anak 80'an, di lahirkan di awal 80'an. Permainan saya sewaktu kecil-kecil dulu tak sama dengan kanak-kanak zaman sekarang. Dulu, saya bermain lompat getah, bermain teng-teng, bola beracun, bola kaki tiga, panjat pokok, mandi sungai, bermain guli, laga getah dan seangkatan dengannya.

Mula-mula dikenalkan dengan komputer ketika saya di tingkatan 4 sewaktu menuntut di MRSM, kena pulak waktu tu cikgu tengah mengandung anak sulung, haish~ garang semacam. Masuk kelas komputer memang kecut perut segala, seram sejuk jadinya. Kalau tak menengking, memang tak sah. Waktu itu, saya betul-betul merasakan komputer adalah menyusahkan dan suatu bebanan yang sangat hebat. huhu. Takut-takut saja guna PC, sampaikan cikgu komputer selalu marah.." JANGAN RISAU LA, IA TAKKAN MELETUP!" haha..agaknya cikgu tu pun tension melihat kami sekelas yang majoriti adalah buta PC.

Zaman Sudah Berubah.

Saya pun tak sedar bagaimana, atau mungkin lupa. Masuk saja universiti, saya seolah-olah sudah 'terror' menggunakan komputer. Alhamdulillah. Saya mula-mula diperkenalkan dengan permainan komputer dan semasa cuti selepas SPM, kakak saya buka akaun hotmail dan yahoo untuk saya (Alhamdulillah masih guna hingga kini). Kakak saya juga ajarkan saya cara-cara menggunakan Yahoo Messenger.

Ketika tahun satu di universiti, saya kemudian berjinak-jinak dengan dunia chatting. Waktu itu 'MIRC' sangatlah popular. Sesiapa saja pasti ada pengalaman berchatting di MIRC. Pelbagai gelagat manusia ada di dalamnya. Setahun juga lah saya kemaruk berchatting. eheh..nasib baik cepat-cepat tersedar.

Selain daripada internet, salah satu lambang kemajuan teknologi adalah dengan berkemabngnya permainan komputer. Saya juga tak terlepas dari 'auranya'. Salah satu hobi saya di zaman 'kegemilangan' adalah bermain permainan komputer. Antara game favourite saya adalah Magic Lines dan Freecell. Sempoi dan tak susah-susah kusutkan kepala. Sekali main terus dapat keputusan, menang atau kalah. Untuk kedua-dua game ini, saya suka mencabar diri sendiri, mesti menang untuk dapatkan markah atau statistik yang paling tinggi. Siapa yang nak kalah, iya kan? ^_~

Pisau itu Tajam.


Pisau

Teknologi kian canggih seiring dengan peredaran masa. Terserah kepada kita bagaimana ingin mengadaptasi kemudahan yang ada, samada ingin menjadikannya positif atau sebaliknya. Salah satu hasil perkembangan teknologi adalah permainan komputer dan internet. Saya tak berapa pasti apa kebaikan permainan komputer selain melegakan tekanan. Berdasarkan pengalaman sendiri, permainan komputer lebih banyak mendatangkan keburukan.

Antara keburukan permainan komputer adalah membuang masa, tidak sedar masa berlalu dengan sia-sia. Buku entah ke mana, silap-silap solat pun terabai. Kesihatan kian terjejas kerana tidak berlaku pergerakan fizikal. Penyakit seperti obesiti mudah menyerang. Kesihatan mata senang merosot.

Hubungan dengan sahabat dan keluarga juga boleh terjejas kerana kurangnya pergaulan dan komunikasi kerana masa lebih banyak dihabiskan untuk bermain. Jika dulu, ramai yang suka menghabiskan masa lapang dengan membaca buku, menambahkan ilmu pengetahuan, sebaliknya pula yang terjadi kini. Membaca jambatan ilmu, permainan komputer pula jambatan apa? Entahla..

Di tangan Saya Ada Pisau.

Di tangan saya ada pisau. Pisau ini boleh digunakan untuk memotong sayuran dan daging-daging di dapur. Pisau ini juga boleh menghiris jari saya, malah mampu membunuh. Apa yang harus saya lakukan dengan pisau ini? Haruskah saya menggunakannya atau sekadar menggantungnya di ruangan dapur, biarkan ia berkarat dan tumpul? Atau bolehkah sekiranya saya gunakan pisau ini, untuk tajamkan 10 batang kayu, kemudian kayu yang tajam itu boleh digunakan sebagai lembing, untuk melindungi saya di kemudian hari sekiranya kelak saya sudah tumpul dan tidak bermaya?

Begitu juga dengan kemajuan teknologi, ia umpama pisau yang tajam. Jika kita menggunakannya dengan baik, Alhamdulillah banyak manfaat yang bakal kita perolehi, sebaliknya jika kita tidak menggunakannya dengan baik, ia mampu membinasakan kita dan memudaratkan masa hadapan kita.

Kalian juga punyai 'pisau' itu, terserah kepada diri kita sendiri, bagaimana ingin mengatur langkah. Wallahua'alam.



Wednesday, April 1, 2009

Mengumpat Sekilo~!! Corat Coret Moderator

Sekejap saja. Sekarang sudah masuk bulan April. Pejam celik, kita kian tua rupanya. Sedar atau tidak. Terima atau tidak. Tapi itulah kenyataan.

Beberapa minggu yang lepas, sedang leka menilik kalendar "Baby of the month" Krew iLuvislam. Terklik tarikh 1 Julai.. saya seorang saja. Dan terpapar usia di situ. Aduh. Besar bezanya dengan sahabat krew yang lain. Muhasabah diri seketika. Sedetik dua detik saya terfikir.."Tempatku bukan di sini."

Kali Kedua.

Ini kali kedua saya terfikir untuk letak jawatan sebagai moderator di iluvislam. Belajar dari pengalaman pertama, Moderator oh Moderator, kali ini saya menyatakan hasrat secara berkias. "Memohon cuti sehingga infiniti". Pun begitu, ada jugak yang perasan, Alhamdulillah, semuanya prihatin, care each other. Masih juga mendapat tentangan.

Akhirnya, perletakan jawatan ditolak oleh Presiden iluvislam. Dan sebagai menolak, beliau menawarkan satu jawatan. Katanya, memandangkan akak busy, saya nak promote akak ke satu tugas yang lebih mudah. Akak nanti tak perlu buat kerja teknikal, cuma memantau moderator, memberi semangat dan inspirasi kepada mereka serta membuat sedikit kerja pengurusan. Terkesima. Pulak dah. Bijak sungguh beliau...

Memang semua yang disuruh tu saya suka melakukannya dan sedang sentiasa melakukannya. Kebelakangan ini juga saya lebih banyak bergerak 'di belakang tabir", bersoal jawab dengan moderator baru dalam usaha membantu mereka menyesuaikan diri dengan tugasan. Tapi untuk memegang amanah saya tak yakin akan kebolehan sendiri. Lantas, saya meminta sedikit masa. Dan big boss menjawab.."Please take your time, together we make history for ummah!"

Kagum.

Sungguh, saya benar-benar kagum dengan anak muda ini. Ketika sebaya mereka, saya dulu berpoya-poya, hidup tanpa matlamat dan haluan. Cuma fikirkan diri sendiri. Tiada sedikit pun niat bantu membantu sesama ummah. Sungguh, saya rasa bertuah kerana berkesempatan mengenali iluvislam.com. Better late than never, aite? hehe..

Semoga impian dan cita-cita mereka berjaya. InsyaAllah, selagi termampu, saya akan terus menyokong iluvislam.com. By time goes on, iluvislam kian berkembang, dengan pertambahan krew, pertambahan subdomain dan macam-macam agenda, saya optimis iluvislam mampu pergi lebih jauh, dengan izin Tuhan.

Polis Forum.

Dan syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang bekerja bersama adik-adik yang comel.
Krew yang paling sengal, maybe, haha! Masing-masing dengan karektor masing-masing. Best~!! Meriah dan mesra, Alhamdulillah, indahnya ukhuwah yang terjalin. Di forum, kami di chop, garang, tapi hakikatnya, hanya kami yang tahu..sabar neh~ Seronok usik mengusik, tegur menegur antara satu sama lain. Bantu membantu bila diperlukan. Senang bekerjasama dengan semuanya. Semoga ikatan yang terjalin ini sentiasa utuh dan kembang mewangi, ^__^

Kerana mereka, jujur saya katakan, hidup saya kian bererti. Jika dulu YM tiada siapa nak tegur, sekarang ni Alhamdulillah, ramai yang selalu 'tersenyum'. Jika dulu henfon saya memang malas nak layan, alhamdulillah kini jarang sunyi. Sebelum tidur dan bangkit tidur, ada saja SMS pengubat hati dari adik-adik tersayang, Alhamdulillah, indahnya ukhuwah yang terjalin kerana Allah. Sungguh, akak sayang semuanya..=)

Pengunjung Tersayang.

Jangan tak tau, ada user yang letak rangking, mod paling garang dimenangi oleh AsNiza. Haha..tergelak juga masa dapat tahu, eheh..tapi tak salahkan mereka, sebabnya saya ngaku, semasa menjalankan tugas di forum, saya memang selalu tegas, asyik lock thread je kerja..Cuma sekarang syukur amat kerana moderator kian bertambah, tugasan boleh di bahagi-bahagi so bebanan terasa ringan, kepada sesape yang saya pernah lock thread tu, saya minta maaf yer. Kepada sesape yang saya pernah tegur, pun jutaan maaf dari saya, saya sekadar menjalankan tugas, demi kebaikan semua adanya..sebab saya sayang semuanya..sayang kalian dan juga iluvislam..^__~

Pun begitu, ada juga user yang gelarkan saya ibu iluvislam, sungguh tergelak guling-guling ketika membaca. Pun menjadi bahan usikan dek rakan-rakan seperjuangan. Lawak juga lah dan ada juga perasaan perasan tuh. haha~!! Apa yang diklasifikasikan sebagai ibu pun saya tak tahu, tapi saya menerimanya sebagai pujian pembakar semangat. Dan semoga saya terus dapat memperbaiki diri dan dapat menyumbang sedikit sebanyak ilmu dan perkongsian dengan adik-adik iluvislam.

Penutup.

Saya sayang iluvislam. Semoga lebih ramai ummat Islam juga seperti saya. Semoga iluvislam terus maju jaya. Dengan izin Allah. Ameen.

'iluvislam'