+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, November 15, 2010

Coretan 15 November 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat pengunjung blog? Moga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, amin.. Mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini tidak berkesempatan untuk kemas kini blog ini. Bukan sengaja menjauhkan diri, cuma, ketidakmampuan diri ini mengekang dan menghalang saya untuk menulis sepatah dua kata, mencoret dan berceloteh di sini.

Saya baru berpindah rumah.

Alhamdulillah. Semalam, 14 November, saya selesai mengangkat barang-barang, berpindah rumah. Semuanya dengan izin Allah. Syukur kerana ibu dan adik-adik ringan tulang membantu. Alhamdulillah. Beban yang berat menjadi ringan dengan sokongan dan bantuan daripada mereka. Adik-adik juga membawa kawan-kawannya juga. Segala puji dan syukur kepada Ilahi kerana meringankan beban-beban kami.

Malam tadi adalah malam pertama saya bermastautin di sini. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian, moga dengan hijrah ini, saya menjadi lebih baik. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian, moga dengan hijrah ini, saya dapat perbaiki diri, peroleh ketenangan dan kebahagiaan, untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Izinkan saya berundur. Tiba masa untuk ke tempat kerja. Sekali lagi terima kasih dan mohon maaf untuk segalanya.

Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua.

Wassalam.

No comments: