Suatu hari, ketika saya sedang makan. Seekor kucing gemok datang
mengendeng. Duduk atas kerusi jenguk kepala atas meja minta makanan. Saya
bagi makanan. Selamba saja dia makan atas kerusi itu dah habis minta lagi
dan lagi.
+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Pages
Wednesday, December 26, 2012
Thursday, December 6, 2012
Surah Kahfi vs 4 Kisah vs Fitnah Dajjal
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, Jumaat datang lagi. Seiring dengan kehadirannya, kita biasanya digalakkan untuk membaca Surah Kahfi. Mungkin sudah ramai antara kita yang tahu tentang manfaatnya.. Alhamdulillah. Pun begitu, suka saya kongsikan sekali lagi, sekadar peringatan buat diri saya sendiri dan moga-moga, sahabat pengunjung juga dapat mengutip manfaat darinya, amin...
Bak kata atuk dan nenek kita, tak kenal maka tak cinta. Betul kan? Hehe.. Baik, sebelum pergi lebih lanjut, suka saya berceloteh sedikit sebanyak tentang pengenalan surah ini.
Monday, December 3, 2012
Dekat Terasa Jauh
Kemajuan teknologi yang bergerak terlalu pantas andai tidak ditangani dengan baik, mungkin saja boleh membunuh 'fitrah kemanusiaan'.
Fitrah manusia normal, ingin hidup bermasyarakat. Berhubung dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Manusia normal suka bersosial dan membina jaringan. Berkongsi cerita dan pandangan. Memberi dan menerima. Malah, dalam Islam juga menyifatkan bahawa seluruh umat Islam itu adalah bersaudara.
Islam juga menggalakkan 'aktiviti' secara berkumpulan contohnya solat berjemaah, jauh lebih baik daripada solat sendirian. Dalam Al-Quran juga sering di sebut 'kami' - contohnya di dalam surah Al-Fatihah, berbunyi, "Tunjukkan KAMI jalan yang lurus."
Sunday, November 18, 2012
Palestin. Semoga Kau Pun Tahu
Palestin. Semoga Kau Pun Tahu.
--------------------------
Airmatamu mengalir bagai tiada sebarang nilai..
Darah yang membasahi bumi tiada siapa peduli..
Kau menjerit memekik kesakitan..
Kau merintih merayu simpati.
Telah lama kau menderita,
Telah banyak nyawa menjadi korban,
Telah banyak rumah kediaman musnah,
Telah banyak duka yang kau tanggung.
Angkuh benar musuh durjana!
Melontar peluru sembunyi tangan,
Nyawa umpama sampah tidak bernilai,
Kejam dan rakus membedil dan menembak.
Ah!
Sungguh aku benci musuhmu,
Merekalah manusia jahil tiada pedoman!
Aku idamkan buatmu..
Burung Ababil datang membantu..
Melontar batu panas memusnahkan mereka..
Biar hancur ibarat daun di gigit ulat.
Aku mendoakan,
Dunia ini kembali sejahtera..
Kau juga bebas di negaramu..
Kembali membina tamadun..
Bangkit dari penderitaan..
Semoga kau pun tahu..
Apa erti keamanan.
Aku mendoakan,
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi pencabulan,
Tiada lagi penyeksaan.
Bantuan Allah pasti tiba!
Kemenangan kan pasti jadi milikmu.
Keamanan akan jadi milikmu.
Dan semoga kau tahu.
Aku saudara yang mencintaimu.
[Di olah semula pada 18 November 2012. Karya asal pernah disiarkan DI SINI, pada 4 Januari, 2009. Dejavu lagi.]
Surat Umar Kepada Sungai Nil
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al Khattab sebagai Khalifah yang Ke-dua selepas Abu Bakar As-Siddiq, Amru Al-As telah dilantik untuk mengetuai pasukan tentera Islam menakluk Mesir. Setelah berhasil menakluk Mesir, Amru al-As membangunkan sebuah kota di tepi Sungai Nil. Di situ juga didirikan sebuah masjid besar berhampiran dengan Kota Fusfat.
Ketika itu, para petani di Mesir biasa mengadakan upacara korban sebagai tanda kesyukuran kepada dewa Sungai Nil. Mereka memilih seorang gadis yang paling cantik untuk dijadikan korban. Amru al-As tidak senang hati dengan upacara korban itu lalu merujuk kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Saidina Umar al-Khattab lalu mengeluarkan perintah supaya upacara itu dihentikan dan tidak boleh diadakan lagi.
Pada tahun berikutnya, penduduk Sungai Nil tidak berani mengadakan upacara korban itu lagi kerana takut dihukum. Dengan takdir Allah, tahun itu juga kemarau panjang melanda Mesir, air Sungai Nil mulai surut. Tanah pertanian jadi kering kontang.
Ketika itu, para petani di Mesir biasa mengadakan upacara korban sebagai tanda kesyukuran kepada dewa Sungai Nil. Mereka memilih seorang gadis yang paling cantik untuk dijadikan korban. Amru al-As tidak senang hati dengan upacara korban itu lalu merujuk kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Saidina Umar al-Khattab lalu mengeluarkan perintah supaya upacara itu dihentikan dan tidak boleh diadakan lagi.
Pada tahun berikutnya, penduduk Sungai Nil tidak berani mengadakan upacara korban itu lagi kerana takut dihukum. Dengan takdir Allah, tahun itu juga kemarau panjang melanda Mesir, air Sungai Nil mulai surut. Tanah pertanian jadi kering kontang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
