+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 26, 2012

Tuhan, Satukanlah Kami Di Syurga

Tuhan.

Telah banyak Kau berbuat baik padaku.
Aku hamba-Mu yang hina.
Segala keperluanku Engkau penuhi.
Biarpun tanpa lafaz di bibir.
Biarpun cuma terbuku di dalam dada.
Biarpun tanpa pengetahuanku.
Tapi Engkau Maha Tahu.

Terlalu banyak nikmat yang Kau anugerahi.
Tanpa sedikit pun kekurangan.
Akulah insan yang paling bahagia.
Tatkala aku dekat dengan-Mu.
Berbicara hanya dengan-Mu.
Biarpun ku tahu Kau tahu segalanya.

Namun aku..
Tak pernah jemu merintih di hadapan-Mu.
Terlalu banyak ingin ku luahkan.
Terlalu banyak ingin ku pinta.
Bukan kerana aku tidak bersyukur.
Bukan kerana aku tidak redha.
Tapi kerana aku hamba-Mu.
Dan Kaulah Tuhanku.
Tempat bergantung semua pengharapan.
Hanya kepadaMu jualah aku berserah diri.

Tuhan..
Telah banyak nikmat yang Kau berikan padaku.
Tiada lagi alasan untukku tidak bersyukur pada-Mu.
Telah banyak doaku yang Kau makbulkan.
Tiada lagi alasan untukku menjauh dari-Mu.

Tapi Tuhan..
Aku akan terus merintih dan meminta.
Selagi hayatku ada.
Kerana masih ada yang aku perlukan.
Yang paling utama atas segalanya.
Yakni syurga-Mu.

Izinkan aku, Tuhan.
Menjadi penghuni syurga-Mu..

Izinkan aku, Tuhan.
Bertemu dengan kekasih-Mu.
Muhammad s.a.w.

Izinkan aku, Tuhan.
Bersama keluargaku di syurga-Mu.
Juga bersama mereka yang mencintaiku.
Juga bersama mereka yang aku cintai.
Satukanlah kami di syurga-Mu.

Permudahkanlah jalan bagi kami.
Menuju syurga-Mu.

Oh Tuhan.

Wednesday, July 25, 2012

Home Made Popiah =)

Bismillahrirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar iman kita hari ini? Moga sihat sejahtera hendaknya, ya.. Alhamdulillah, hidup lagi kita hingga ke saat ini. Di bulan penuh rahmat dan penuh keberkatan ini, syukur kerana Allah masih lagi pinjamkan jasad dan nyawa kita hingga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan Kareem. Alhamdulillah.

Baik. Mungkin ada di kalangan kita, merancang untuk mengajak teman-teman, jiran tetangga atau saudara mara berbuka puasa di rumah. Baguslah, besar ganjarannya menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa. Dan mungkin juga kalian terfikir-fikir, apa juadah yang ingin dihidangkan kepada para tetamu. Yang mudah, cepat, murah dan banyak. =)

Tuesday, July 24, 2012

Bismika Nahya : Dengan Nama-Mu Aku Hidup


Dengan nama-Mu ya Allah, kami hidup dan kami mati. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang menguasai hari pembalasan. Dari-Nya kita datang, hanya kepada-Nya jualah kita akan kembali.. Bila tiba masanya kelak.

Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadhan yang Dirindui


"Ya Allah, aku memohon cinta dari-Mu"
 
" Ya Allah, limpahkanlah diriku  dengan cinta-Mu, cinta
 orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta kepada perbuatan yang mendekatkan aku kepada cinta-Mu."

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya. Semoga kita berjaya memanfaatkan bulan tarbiyah ini sebaiknya agar dapat memperbaiki diri dan iman kita. InsyaAllah. Marilah kita memohon ampunan dari Allah swt dan semoga Allah menyucikan kita dari segala dosa. InsyaAllah, mudah-mudahan, apabila Syawal tiba, kita ibarat bayi yang dilahirkan..

Amin ya rabbal alamin..