+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, April 27, 2011

Izinkan

Kawan
andai takdirnya
nukilan ini
dariku yang terakhir
pintaku redhalah
izinkan daku pergi.

Kehidupan.

Pagi ini, keretapi itu meluncur lagi seperti biasanya. Tepat pada waktunya, tidak terlambat atau terawal walau sedetik. Bermula dari titik pemula, meluncur lagi menuju mencari sebuah destinasi yang panjang, letaknya entah di mana.

Keretapi itu masih sama seperti hari-hari yang sudah. Gerabaknya banyak, tubuhnya panjang. Di dalam perutnya ada pelbagai jenis manusia. Lelaki mahupun perempuan. Orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ada yang berbangsa Cina, Melayu, India dan lain-lain lagi. Juga tak ketinggalan, ada orang kurus dan ada juga orang yang berbadan gemuk. Semuanya ada. Banyak.

Friday, April 22, 2011

Rahsia Dia

Saya tak sedar masa berjalan begitu pantas, sehinggalah saya melihat permata hati yang kecil lagi comel, Amni Adrianna kini sudah boleh berjalan. Allahu. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau sebelum ini, Amni tiada di atas muka bumi ini, Amni tidak wujud dalam dunia ini, tapi kini, Amni sudah boleh berjalan sendiri. Pandai menari, pandai meniru, pandai mendaki tangga. Maha suci Allah. Yang menciptakan dan menghidupkan. Yang berkuasa atas segalanya.

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah . Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian Kami ciptakan air mani (menjadi) gumpalan darah, lalu Kami ciptakan gumpalan darah (menjadi ) segumpal daging, kemudian Kami ciptakan segumpal daging (menjadi) tulang, lalu Kami bungkus tulang (dengan) daging, kemudian Kami menjadikanya makhluk (yang berbentuk) lain, maka Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. "

Al-Mu’minuun : 12 – 14
 
Ini bukan Amni =)

Wednesday, April 20, 2011

Seperti Malam

Hari ini saya ke tempat kerja seperti biasa. Tiada yang luar biasa. Beginilah rutin hidup seharian saya semenjak bertugas di bidang perindustrian ini. Sedar atau tidak, 17 Mei nanti, genaplah setahun saya mencari rezeki di sini. Susah saya bekerja 5 hari setengah setiap minggu, susah lagi mereka yang lansung tidak mempunyai pekerjaan. Maka, dengan itu, saya terus memujuk hati supaya lebih banyak bersyukur.


Friday, April 15, 2011

Tips Tak Mahu Bersedih

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt... Apa khabar semuanya? Terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak buruk saya. Moga-moga kita sama-sama peroleh manfaat darinya. InsyaAllah.



Lama betul saya tidak berkongsi di sini. Hati gelisah tatkala melihat ketidakmampuan diri. Rasa kesal kerana terlalu sedikit dalam memberi. Hadis yang ke-40 ada menyebut, 

"Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu petang. Gunakan waktu kamu masih sihat dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit. Gunakan waktu kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan selepas kamu mati."