+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, January 30, 2011

Hujan dan Airmata

Mungkin benar kata orang, cuaca mampu mempengaruhi mood seseorang makhluk bergelar manusia. Dikatakan juga, rakyat Malaysia mudah naik marah, terutamanya ketika sedang memandu di atas jalan raya, kerana dipengaruhi faktor suhu dan cuaca yang panas di negara ini. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang tahu. Saya kata.

Wallahua'alam.

Tuesday, January 25, 2011

Daud, Kambing dan Harimau

Alkisah.

Daud tinggal di dalam sebuah kampung. Daud menternak beberapa ekor kambing. Orang-orang di kampung Daud seperti Mamat, Dolah, Taib, Bakar dan Sentul juga menternak kambing. Malah ramai lagi yang ikut sama menternak kambing.


Monday, January 24, 2011

Bangunan yang Kukuh

Aku berlindung dari syaitan yang direjam.

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". (As-Saff 61:4)


Saturday, January 22, 2011

Insan Ingatlah - Kubur

Mari kita renungkan, betapa tubuh manusia yang bersemadi di dalam tanah, tanpa teman, walaupun semasa hayatnya dia dikelilingi isteri dan anak-anak serta jiran tetangga dan sahabat handai. Biar setinggi mana penghargaan dan kasih sayang mereka, namun paling akrab mereka mendampingi sekadar menghantar ke tanah perkuburan. Sebaik sahaja mayat diturunkan ke dalam liang, tanah mulai menimbus jasad yang sudah tidak bernyawa itu, akhirnya semua yang meratapi kepergiannya akan melangkah pulang dan tinggallah dia seorang diri di dalam kubur itu.