+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, July 13, 2009

Puisi Cinta

Oh Tuhan..

Ibarat hujan dan pelangi.

Bersilih ganti datang dan pergi.

Begitulah rentak nurani ini.

Ada kala bahagia ada kala sepi.



Oh Tuhan,

Aku ingin menggapai bahagia..

Namun sering tewas diulit resah.

Aku takut terpaut di dahan nan rapuh.

Aku tidak ingin jatuh tersungkur..

Aku takut terpilih lorong yang salah.

Sungguh aku tidak ingin sesat.



Oh Tuhan,

Aku tak ingin terluka lagi.

Aku tak ingin berdarah lagi.

Aku tak ingin menangis lagi.



Ya Tuhan,

Seandainya Kau mentakdirkan aku jatuh cinta lagi.

Labuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana-Mu.

Aku juga ingin dicintai dan mencintai.

Kerana aku hamba-Mu yang lemah.

Ingin dilengkapi dan melengkapi.



Ya Tuhan,

Seandainya dia baik buatku, duniaku dan akhiratku.

Maka kau bimbinglah hati kami.

Kurniakanlah kami petunjuk.

Sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa.

Dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.



Ya Tuhan,

Jika benar dia terbaik untukku.

Dan aku terbaik untuknya.

Bukakanlah pintu hati kami.

Eratkanlah jalinan antara kami..

Permudahkanlah jalan buat kami.

Satukanlah kami dengan ikatan yang sah.



Ya Tuhan,

Jika aku bukan tercipta untuknya.

Dan dia pula bukan tercipta untukku.

Maka Kau tabahkanlah hati-hati kami.

Agar redha menerima ketentuan-Mu

Pasrah dengan segala suratan-Mu.



Sesungguhnya Tuhan,

Hati-hati ini mencintai-Mu melebihi segalanya.

Kau peliharailah Cinta Agong ini.

Cinta abadi hanya buat-MU Yang Maha Berhak.

Sungguh aku cinta pada-MU Tuhan.

Aku rindu pada-MU Tuhan.

Aku ingin kembali pada-MU Tuhan.




Amin ya rabbal alamin.



Nukilan: semut2comel@AsNiza@Puteri Ibrahim

Sunday, July 12, 2009

Berilmu Tapi Sesat

Astaghfirullahalazim..Sungguh saya terkejut melihat sebuah blog yang menarik, di susun kemas, kandungan yang mantap berserta kajian penuh teliti dan gambarajah yang penuh berinformasi namun malangnya, terdapat banyak keraguan di dalamnya. Sesat lagi menyesatkan. Astagfirullahalazim.. Bijak namun menyesatkan..T_T

Termenung saya seketika melihat isi kandungan blog tersebut. Kelu tidak terkata apa. Keraguan yang bukan sedikit, namun sungguh meruncing kerana ia melibatkan soal aqidah. Astagfirullahazim... Menyamakan Allah dengan makhluk lain atau syirik dan tergolong dalam dosa yang tidak terampun! Naauzubillah..

Mungkinkah dunia ini kian usang dan kian menghampiri kiamat, maka pelbagai sifat dan gelagat manusia mula berpeleseran di muka bumi ini. Naauzubillahiminzalik..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. ” ( QS An Nisa 48 )

Antara ideologi sesat yang terkandung dalam blog tersebut adalah:

Allah (sifat) seperti manusia yang membenarkan rasul-rasul serta penamat kehidupan alam dunia dan kebenaran kiamat.

Bagi manusia (Muhammad) adalah rasul iaitu pesuruh Allah

Bagi Allah (Muhammad) adalah pesuruh Allah iaitu malaikat

Bagi manusia (Muhammad) adalah rasul iaitu pesuruh Allah

Bagi Allah (Muhammad) adalah pesuruh Allah iaitu malaikat

Allah pula sifat manusia dan manusia pula sifat Allah. Apabila kehidupan dunia berakhir, manusia bertukar kepada sifat Allah malaikat. Bererti sama ada suka atau tidak, kita terpaksa taat dan akur dengan apa-apa balasan yang kita terima sewaktu di alam akhirat. Sekiranya kebaikan yang kita lakukan semasa di dunia serta menurut perintah ugama dan agama, tempat malaikat semestinya di syurga manakala yang ingkar, malaikat itu tempatnya di neraka bersesuaian dengan kejadian iblis dari api.

Manusia hanya sifat, yang kuasa Allah pula diberi nama. Semua sifat Allah manusia akan dibangkitkan untuk dipertangungjawabkan di atas perbuatan semasa bergelar manusia

Sungguh menyesatkan! Untuk rujukan selanjutnya boleh baca blog tersebut (maaf saya hilangkan link atas alasan-alasan tertentu). Terserah kepada anda bagaimana ingin menilai dan bagaimana caranya untuk menangani permasalahan sebegini. InsyaAllah, niat yang baik akan mendapat balasan yang baik, mudah-mudahan.

Semoga Allah memelihara dan memimpin hati kita semua agar tidak terpedaya dengan golongan 'bijak' namun menyesatkan itu. Hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui, apa agenda disebalik tindakan mereka itu. Wallahua'alam. Apa-apa pun, ayuh kita bersatu, selamatkan akidah kita dan saudara seagama kita.

Kepada sesiapa yang tahu bagaimana ingin menyekat penyebaran fahaman salah itu (ban blog itu), please do something... Semoga kita dapat membendung penyebaran ideologi sesat ini dan menyekat penyebarannya demi generasi kita pada masa akan datang dan juga demi kehidupan selepas mati.

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
[Surah Al-Anbiyak(21):87]

P/S: Memandangkan saya menulis terlalu ringkas, saya menjemput sahabat sekalian untuk menziarah blog sahabat-sahabat saya yang berikut:

1) Ijja

2) Wann


Saturday, July 11, 2009

Job Satisfaction & Brain Drain

Mengikut kefahaman saya, brain drain adalah kejadian dimana pemindahan tenaga kerja pakar dan profesional ke negara lain demi mendapatkan kepuasan kerja yg di inginkan dan mungkin juga kerana faktor ekonomi yg tidak baik, politik yg tidak stabil dan keadaan negara yg tidak memuaskan.

Fenomena brain drain yg paling ketara pernah melanda negara Afrika, India dan Taiwan..antara kesan buruk nya adalah merugikan kepakaran yg sepatutnya di gunakan di negara sendiri, pengaliran wang (aku x berapa fhm sngt, tp mungkin sbb bila kita kerja kt negara org, so kita spend duit kat sana sekaligus menjana sumber ekonomi di sana..sedangkan pengaliran dan pencairan wang dlm negara sendiri beku...

Brain drain ini seolah2 menghalang kemajuan dlm negara sendiri sebaliknya kita memacu kemajuan di negara tempat kita bertugas itu..

Antara profesion yg banyak terbabit dgn brain drain adalah kerjaya profesional seperti doktor dan engineer. Ada sesetengah pihak berpendapat, brain drain ini baik dr segi kewangan utk pekerja itu di mana dia mungkin mendapat gaji dan kepuasann kerja yg dia inginkan..dan mungkin dpt meningkatkan pengalaman dan kepakarannya dengan mempelajari teknologi dan kemahiran baru di tempat lain..tetapi sebaliknya mendatangkan keburukan kpd negara tanah airnya..

Whatever it is..apa pula kata anda? sanggupkah anda berhijrah ke negara org, sedangkn ia seolah2 suatu sikap yg mementingkan poket sendiri dan masa depan sendiri..sedangkan kepentingan negara di abaikan.

Kepada sesiapa yg berkenaan...pulanglah berbakti kpd negara anda..jgn semata2 kerana sasaran job satisfaction yg anda harap2kan..negara kita kekurangan tenaga kerja pakar dan ekonomi negara kita terbantut di takuk lama.

Akhir kalam, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kutiplah emas itu dan majukanlah negeri sendiri.

Ok..sekian wassalam.

Friday, July 10, 2009

Luka Sang Pungguk

Angin malam bertiup.
Bintang masih berkerlipan.
Bulan memancar cahaya.
Gah nun di sana.

Sang Pungguk masih mengintai.
Memendam rindu dari kejauhan.
Memberi cinta tanpa jemu.

Tingginya bulan.
Tak mungkin tercapai.
Sedarlah wahai Sang Pungguk.

Wahai Sang Pungguk.
Pejamkan matamu.
Tidurlah.
Tidurlah.
Tidurlah.

Usah dikenang bulan yang jauh.
Kelak hatimu akan berdarah.
Usah dirindu bulan yang tinggi.
Kelak hatimu pecah berderai.

Selamat tidur Sang Pungguk.
Moga esok menjadi milikmu.


Wednesday, July 8, 2009

Tidak Percaya Tuhan Bukti Kebodohan

Memanfaatkan cuti yang telah diluluskan pada Jumaat yang lepas, saya telah membuat servis kereta di Alam Megah, sec 27 Shah Alam. Sejak pertama kali service kereta hingga kini, situlah tempat saya, selain drp pemiliknya adalah melayu (insyaAllah Islam),l ayanan dan ruang menunggu juga memuaskan hati saya.

Salah satu sebab saya suka ruang menunggu, selain drp tv flat screen yg besar,kopi servis etc,di situ ada byk bahan bacaan. Seperti kelaziman, saya membawa buku sendiri, namun, melihat banyak lagi bahan bacaan lain di situ, buku milik saya terabai. Ketika membelek-belek buku dan majalah di rak buku, saya ternampak majalah Mastika.

Tajuk yang tertera pada kulit majalah berjaya menarik minat saya untuk terus membaca. Isu yang dibincangkan adalah mengenai pengakuan sepasang kekasih yang mengaku diri mereka sebagai atheis.. Ya, mereka tidak percaya kepada mana-mana Tuhan! Naauzubillah..

Merujuk kepada isu yang di tulis oleh wartawan, si gadis adalah gadis kacukan India - Cina manakala si lelaki adalah anak melayu yang membesar di luar Negara. Katanya, ibubapa mengikut cara hidup barat dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak solat, minum arak adalah perkara biasa. Wallahua'alam.

Bila di Tanya kenapa tidak percaya kpd Tuhan, sambil ketawa mereka menjawab, "saya tidak nampak Tuhan, jadi kenapa harus saya percaya kpd sesuatu yg saya tidak nampak? Kalau betul Tuhan ada, tunjukkan dan buktikan kpd saya!" Demikianlah lebih kurang antara bait kata yang terlafaz dari bibir mereka (tercatit di helaian kertas). Astagfirullahalazim...

Kata mereka lagi, "kenapa harus menyusahkan diri dan terikat dengan segala peraturan yang ada dalam Islam? Banyak sangat larangan!"

Astagirullahalazim.. itu jawapan dari seorang manusia yang lupa diri dan mungkin ramai lagi yang berfikiran yang serupa. Naazubillah, minta dijauhkan seluruh sahabat dan saudara kita, keluarga dan keturanan kita daripada terjebak dalam permasalahan yang seberat ini. Sesungguhnya masalah akidah adalah diantara dosa yang tidak diampunkan Allah. Naauzubillah.

Mereka tidak percaya Tuhan kerana mereka tidak dapat melihat Tuhan. Bodohnya manusia yang berfikiran bahawa melihat hanya boleh dilakukan oleh mata. Bodohnya manusia kerana tidak tahu bahawa hati juga mampu melihat!

Mereka tidak percaya kerana mata mereka tidak nampak? Betapa jahilnya manusia, betapa dangkalnya pemikiran. Atau sengaja mencari alasan ? Ah!

Saya tertanya-tanya..

Adakah mereka nampak akal? Tidak! Yang nampak Cuma otak. Binatang pun punyai otak! Tapi adakah binatang boleh berfikir? Tidak.. kerana binatang tidak mempunyai akal! Maka, apa yang hendak dihairankan? Tidak nampak tidak semestinya tidak wujud!

Adakah mereka nampak angin? Tidak! Tapi, angin yang kencang mampu membinasakan sebuah negeri dalam sekelip mata. Hancur musnah. Angin tidak dapat disentuh dipegang, dilihat atau dirasai, tapi ternyata, angin benar-benar wujud!

Adakah mereka nampak udara dan oksigen? Tidak! Tapi, tanpa oksigen dan udara, mereka pasti mati! Hembusan nafas akan terhenti. Mereka pasti mati!

Jadi, apa yang hendak dihairankan dengan apa yang kita tidak nampak? Ia ada, ia wujud! Walaupun mata kita tidak dapat melihatnya dengan jelas. Ia benar-benar ada.

Kenapa mereka percaya kepada udara dan oksigen, akal dan naluri sedangkan mereka menolak mentah-mentah untuk percaya kpd Tuhan? Betapa angkuhnya makhluk bernama manusia. Lupa diri dan tidak mengenang budi. Naauzubillah..

"Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)."
[Al-Furqan ayat 61-62]

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."
[Al-Dukhaan ayat 38-39]

Semoga kita terpelihara dan tidak tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur dan menzalimi diri sendiri. Dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui..

Sekian, Wallahua'alam.