+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 2, 2009

Membaca Vs Menulis

Untuk mengisi masa lapang saya mengambil keputusan untuk menelefon seorang sahabat. Saya tergelak kecil mendengar usikan beliau." Ko mestila busy, dah jadi penulis sekarang"..dalam hati mengaminkan sahaja doa yang baik, kerana salah satu cita-cita saya yang belum berkesampaian adalah menjadi seorang penulis..InsyaAllah, moga Tuhan permudahkan urusan dan bantu saya mencapai cita-cita ini. Harap masinlah mulut beliau, dapat la saya jadi penulis, lol..


Kenapa Menulis?



Sejak kecil lagi saya seorang ulat buku. Saya suka membaca. Terutamanya di peringkat menengah rendah, saya sentiasa membaca. Hingga kadang-kadang di marahi kakak dan di tegur ibu kerana asyik mengadap buku..mereka takut nanti saya akan bosan jika sentiasa berdamping dengan buku sepanjang masa. Tapi saya tetap tidak berubah, buku adalah teman paling akrab saya. Dan pada masa yang sama, saya juga suka menulis.

Saya mula menulis novel (versi seorang kanak-kanak) ketika saya selesai menduduki ujian UPSR. dan saya terus menulis hingga ke tingkatan tiga. Sejak memasuki sekolah berasrama, saya tidak lagi punyai masa lapang untuk menulis. Saya lebih fokus kepada SPM semata-mata. Minat membaca saya cuma tertumpu kepada buku-buku rujukan SPM. Menulis jauh sekali.

Penulisan saya waktu itu kebanyakannya lebih kepada sains fiksyen dan cerita seram-mungkin saya suka berangan. dan 'novel' tulisan saya juga sebenarnya kisah cintan cintun, walhal waktu itu saya baru sahaja berumur bawah 15 tahun. haha..pengaruh bahan bacaan agaknya.Waktu itu saya tak pernah ketinggalan membaca buku Antalogi Cerpen Utusan-setiap tahun saya tak pernah ketinggalan. dan walaupun sudah berusia 15 tahun, saya sangat suka membaca buku Enid Blyton dan Nancy Drew.

Kenapa Saya Suka Menulis?

Antara sebabnya adalah kerana saya sering tidak mendapat apa yang saya idamkan di dunia nyata. Di dunia nyata saya banyak bersedih dan banyak menangis. Jadi, untuk 'mendapat' apa yang saya inginkan, saya mencipta 'dunia' baru di alam penulisan. Saya menulis seolah-olah watak dan keinginan saya wujud di dalamnya. Saya sedar saya tidak dapat mengubah kenyataan, tak mungkin dapat mengubah sejarah, tapi dalam tulisan saya, saya 'berkuasa' menentukan segalanya. Jadi, boleh saya simpulkan, saya menulis untuk meluahkan hasrat hati dengan cara saya yang tersendiri.

Saya juga suka menulis kerana ia adalah hobi saya sejak kanak-kanak. Dulu saya suka menulis, kisah bertemu makhluk menyeramkan kemudian berakhir dengan ayat "rupanya saya bermimpi"...ada juga penulisan di mana bumi di serang makhluk asing, lalu saya berhijrah bersama penduduk bumi yang lain dengan menaiki kapal angkasa..benar-benar berimaginasi..dan dulu saya juga suka menulis puisi.. saya ada buku khas untuk menulis dan mengumpul sajak tersebut, kelakar juga..

Namun sekarang, penulisan saya lebih kepada kehidupan realiti. Lebih kepada pengalaman hidup dan juga persekitaran.. Mungkin saya sudah bertambah matang, agaknya..

Membaca dan Menulis.

Saya suka buku. malangnya saya tidak punyai masa untuk membaca kerana jika pun ada masa lapang, saya lebih suka untuk menulis berbanding dengan membaca. Adakah kecintaan saya terhadap buku akan terus bertambah? Adakah kecintaan saya terhadap buku boleh kekal cuma dengan sekadar saya membeli dan mengumpul buku2 itu di rak? Tidak..untuk menjadi penulis yang baik, tiada jalan singkat, anda mesti rajin membaca!

Buku adalah sahabat yang paling baik..i do appreciate my precious friend. Semoga cita-cita saya untuk menjadi penulis dapat di capai...ameen.

Pertahankan Diri

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Anak saudara saya Alya Afreena sudah siap berpakaian serba putih (uniform karate) sedang tidak sabar menanti di ruang tamu.

"Ayah cepatla, dah lambat nie" suara kecil Alya memanggil. Latihan sepatutnya bermula jam 11 pagi. Perjalanan dari rumah ke sekolah cuma mengambil masa kira-kira 10 minit. Tapi Alya benar-benar bersemangat untuk menjalani latihan seni pertahankan diri. Minggu ini adalah kali ke 4 dia mengikuti latihan itu. Adiknya Ammar Ashraf yang berusia 5 tahun juga ikut serta. Pantang tengok kakaknya berbuat apa, semuanya ingin di tiru. Maka ibu mereka berkeputusan mendaftarkan namanya sekali. Beberapa minit kemudian, Alya dan Ashraf bersama ayah mereka keluar menaiki kereta menuju ke sekolah.

Latihan sepatutnya berjalan selama kira-kira satu jam. Ayah mereka aka abang ipar saya merancang untuk ke klinik gigi. Jadi kakak saya aka ibu alya dan ashraf di tugaskan mengambil mereka di tempat latihan. Dengan menggunakan kereta kecil berwarna merah, saya, kakak dan emak ke luar menuju ke sekolah Alya. Kami sampai 30 minit lebih awal, jadi saya pertama kali sempat melihat anak buah saya berlatih. mungkin kerana fizikalnya yang agak rendah, walaupun sudah darjah dua (7 tahun 3 bulan) dia di barisan paling hadapan. Dan dia di barisan paling hadapan mungkin juga kerana dia yang bersemangat, bersungguh-sungguh dia belajar. cepat pula dia tangkap apa yang diajar. Kagum pula saya melihat si kecit itu. huhu~!!dan Ashraf, masih tidak serius. mungkin kerana ibu dan ayahnya ada bersama, dia mengelat tak nak prektis..haih~ashraf oo ashraf..

Kenapa Perlu Pertahankan Diri?



Idea ini timbul kerana abang ipar saya berpendapat, anak perempuannya perlu ada 'ilmu' untuk melindungi diri. Memandangkan kebelakangan ini isu jenayah melibatkan kanak-kanak perempuan kian menjadi-jadi. Setidak-tidaknya anak perempuannya itu dapat pendedahan awal ilmu mempertahankan diri.

Tambahan pula Alya ni suka makan banyak, silap-silap bleh jadi gemuk, jadi untuk memastikan kesihatannya sentiasa di tahap optimum, kelas pertahankan diri ini perlu. Ia juga perlu untuk memastikan masanya terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Selain itu, tujuan lain adalah kerana Alya sukar untuk untuk fokus dalam sesuatu kerja yang di lakukan. Jadi, latihan karate ini perlu untuk melatih si kecit supaya belajar menerima dan mendengar arahan serta berdisiplin dalam apa yang di lakukannya.

Dan juga kelas itu perlu kerana Alya sendiri yang berminat dengan seni mempertahankan diri itu sendiri. So, good for her lah..She really enjoy it..

Pertahankan.

Lupakan Alya dan karate. Sebagai muslim, jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu. Bagaimana kita ingin mempertahankan diri kita dari serangan nafsu jahat? Bagaimana mempertahankan diri kita dari godaan syaitan yang di rejam? Bagaimana mempertahankan diri dari ajakan teman-teman yang suka melihat kita melakukan maksiat? Bagaimana mempertahankan diri dari rasa kecewa dan duka? Bagaimana mempertahankan diri dari di sakiti insan lain? Bagaimana mempertahankan diri dari perkara-perkara munkar? Bagaimana mempertahankan diri dari bisikan-bisikan yang melalaikan.

Sungguh, dunia ini penjara bg orang yg beriman, maka pastinya di dunia ini akan ada saja dugaan yang datang menguji. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya dan Tuhan juga memberi dugaan kepada hambaNya yang mampu sahaja.

Jadi, walau apa pun ujian yang datang..tabahkan hati dan bersangka baik kepada Allah. Banyakkan doa dan dekatkan diri kepadaNya, insyaAllah, penyelesaian terbaik akan di perolehi. dengan izin Allah. Pertahankan diri kita. Pertahankan maruah kita. Pertahankan prinsip kita. Pertahankan IMAN kita. InsyaAllah..

~"Aku berlindung dari syaitan yang di rejam"~

Saturday, February 28, 2009

Cinta Padang Bola

Segalanya sudah selesai, Aina menarik nafas lega. Langkah kaki di atur menuju ke tempat menunggu bas. Faizah dan Marina tiada bersama kerana keduanya merancang untuk bertemu dengan Penasihat Akedemik setelah selesai peperiksaan pada petang itu. Aina ingin segera pulang ke asrama, lantas mengambil keputusan untuk pulang sendirian.

Aina masih mengatur langkah. Dari jauh dia melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul. Bunyinya agak riuh. Dalam kumpulan itu, ada susuk tubuh seseorang yang berjaya mencuri perhatiannya. Hakimi juga ada dalam kelompok itu. Hakimi segak berbaju kemeja biru, sedang leka bersembang bersama teman-teman. Sekali sekala kelihatan dia ketawa riang. Aina tersentak. Ada getar di dadanya namun dengan cepat Aina menangkis perasaan itu supaya segera pergi jauh. Pelbagai gelagat mereka. Kadang mencuit hati membuatkan Aina tersenyum sendirian.

"Mungkin mereka juga meraikan berakhirnya sebuah 'penyeksaan'" . Bisik Aina sendirian..Ya, bagi pelajar seperti kami, ujian dan peperiksaan, assingment dan kuiz yang sentiasa bertali arus, ada kalanya ibarat sebuah penyeksaan dan hari ini, kami sudah bebas. Lima tahun menuntut di universiti yang gah, lima tahun mengutip ilmu di fakulti yang megah di atas bukit, hari ini semuanya sudah tamat. Aina senyum namun ada masanya sebak. Bebas ini tanda sebuah kehidupan lama akan di tinggalkan. Bebas ini bermakna kehidupan di sini hanya cuma tinggal kenangan. Bebas ini juga bermakna, kehidupan baru yang lebih mencabar sedang bersedia menanti di hadapan. Ada resah, ada gelisah, ada suka, ada gembira. Semuanya bercampur baur..

"Aina~!!" Panggilan itu berjaya mengejutkan lamunan Aina. Aina segera menoleh ke belakang. Langkahnya di matikan. Qistina berlari-lari anak mengejarnya. Aina sekadar tersenyum. Menunggu temannya itu menghampirinya.

"Malam ni ada perlawanan bola sepak kat Stadium Larkin, awak jom ikut kita.." suara Qistina kedengaran termengah-mengah. Mungkin penat berlari. Aina menggelengkan kepalanya, tanda tidak setuju dengan perlawaan. Masakan dia yang 'sebegitu' ingin masuk stadium? Lagipun seumur hidupnya, sekalipun dia tidak pernah menyaksikan perlawanan bola sepak habis sejak dari awal hingga ke minit terakhir. Walaupun di kaca tv. Tak pernah. Dia memang tidak berminat dengan bola. Apatah lagi mahu bersesak-sesak dengan orang ramai di stadium. Ah..tak mungkin..

"Maaf la Qis, awak pun tahu kan, kita tak suka bola. Dan kita tak suka la tempat ramai orang.."Aina menolak ajakan Qistina. Wajah Qistina berubah riak, muram.

"Tapi Aina, sayanglaa, nanti membazir..kita ada dua tiket, mulanya Sarah nak ikut sekali, tapi dia tak dapat ikut sebab mak ayah dia dah sampai untuk menjemputnya pulang...kita dah tak de teman, awak temankan kita yer, kali ni jer...please.." Qistina meminta penuh harapan. Hati Aina terusik. Tidak sanggup pula rasanya mengecewakan sahabat baiknya itu lalu akhirnya menerima ajakan sahabatnya itu. Seperti yang di janjikan, malam itu mereka keluar berdua menuju ke stadium. Untung Qistina mempunyai kereta sendiri, jadi tidak sukar untuk mereka ke sana.

Selesai meletakkan kereta. Mereka berjalan beriringan. Pintu masuk stadium agak jauh. Namun demi sahabat yang tersayang, Aina gagahkan langkah. "Aina, Qistina..korang pun tengok bola ke?" tiba-tiba suatu suara garau menegur mereka. Aina mengalihkan pandangan menuju tepat ke arah empunya suara. Tiba-tiba jantung Aina berdegup kencang. Berdiri dekat dengan mereka adalah Hakimi dan beberapa orang rakannya. Aina segera menundukkan wajahnya. Seperti biasa. Setelah berbual sepatah dua, mereka akhirnya berjalan beriringan masuk ke stadium larkin.

Pertama kali menjejakkan kaki ke stadium yang sesak dengan pelbagai gelagat manusia. Aina berasa tidak selesa. Macam-macam keletah dan gelagat. Di tambah pula bau asap rokok. Cukup menyesakkan dada. Ada masanya Aina menggelengkan kepala melihat anak muda yang langsung tidak kelihatan seperti seorang muslim. Pergaulan lelaki dan perempuan bebas sekali. Berpelukkan di khalayak ramai. Sayangnya, mereka kelihatan masih muda, mungkin belasan tahun. Berkali-kali Aina menggelengkan kepala, ada rasa tidak senang di hatinya. Mungkin juga kecewa. Bercampur baur.

Perlawanan akan bermula tidak lama lagi. Paluan gendang mula bergema. Pemain mula masuk padang. Penonton bersemangat menyanyikan lagu "Barisan Kita". Bergema. Malam ini pasukan Malaysia akan berlawan dengan pasukan dari Singapura. Perlawanan persahabatan namun sambutan penonton tidak mengecewakan. tak banyak kerusi yang kosong. Malahan ada juga penonton yang sanggup berdiri dari awal perlawanan hingga ke akhir.

Qistina dan Aina duduk bersebelahan. Hakimi duduk di sebelah Qistina. Kedua-duanya penuh bersemangat. Kadang-kadang kedua-duanya berdiri kegembiraan serentak setelah bola berjaya membolos pintu gol pihak lawan, kadang-kadang mereka turut sama menyanyi dan kadang-kadang keduanya menepuk dahi dan menggeleng-gelengkan kepala. Aina sekadar memerhati. Dan perhatiannya lebih kerap tertumpu kepada Hakimi, Aina tidak dapat mengelak dan mencuri pandang Hakimi dan kadang-kadang pandangan mereka bertaut. Pantas Aina mengalihkan pandangan kembali ke padang. Namun, apa yang berlaku di gelanggang bola langsung tidak berjaya menarik perhatiannya. Kosong.

Perlawanan berhenti seketika. Hakimi meminta diri untuk ke tandas. Qistina cuma angguk. Aina membisu. Beberapa minit kemudian Hakimi kembali ke tempat duduknya. Di tangannya ada beg plastik yang berisi dengan air mineral. Dua botol air di berikan kepada Qistina lalu Qistina menyerahkan sebotol air kepada Aina. Aina mengucapkan terima kasih sambil sempat tersenyum dan memandang ke arah Hakimi. Hakimi membalas senyum lalu menganggukkan kepalanya.

Setelah lebih satu jam berada di stadium, akhirnya keputusan memihak kepada pasukan dari Malaysia, kebanyakkan penonton adalah penyokong pasukan tuan rumah, riuh rendah bunyinya meraikan kemenangan pasukan mereka pada malam ini. Qistina dan Aina ingin segera pulang. Mereka bingkas bangun lalu meminta diri untuk pulang. Setelah melangkah beberapa langkah, Aina menyedari langkahnya di ekori seseorang.

Dia menoleh ke belakang. Hakimi rupanya. Berkali Hakimi memanggil Aina namun bunyi riuh dalam stadium menlenyapkan suara Hakimi. Sedar Hakimi mengekorinya, Aina mematikan langkah lalu tersenyum ke arah Hakimi. Hakimi mengangkat tangan, memberi isyarat tunggu sekejap.

Aina senyum lagi, setelah hampir Hakimi menyapa Aina. " Aina, maaf yer susahkan awak, kita mungkin tak bertemu lagi after this, saya ada something untuk awak" ucap Hakimi lalu menyerahkan sekeping kertas tisu berwarna pink. Aina kaget lalu menerimanya.. Tanpa sempat berkata apa, Hakimi sudah berlalu meninggalkannya. Pergi bersama manusia lain yang bersesak keluar meninggalkan stadium.

Debar di dada Aina semakin kencang. Qistina di sebelahnya tidak henti-henti bertanya. Aina cuma senyum. Kertas tisu di tangannya di genggam erat. Bukan masanya untuk membaca apa yang di tulis. Keadaan stadium masih tidak terurus. Perkara utama yang terlintas di mindanya saat ini adalah bagaimana ingin keluar dari stadium itu tanpa sebarang kesulitan.

"Moga Allah melindungi kita semua.." doa Aina di dalam hatinya tidak putus-putus.

Tiba di kereta, Qistina segera menggesanya membaca apa yang di tulis. "Mungkin tisu yang di ambil dari gerai burger waktu rehat tadi agaknya nie.." bisik hati kecil Aina sambil tersenyum. Jari jemarinya bergerak perlahan. Lipatan tisu di buka perlahan. Terasa deras darah yang mengalir. Mata Aina tertancap tepat pada tisu berwarna pink. Matanya berkaca-kaca..Ada ketikanya dia tersenyum membuatkan Qistina di sebelahnya makin penasaran.


I’m really, very foolish
I know of no one other than you
you’re looking at someone else
yet you have no idea of my feelings like this

I won’t be in your days
I won’t be in the memories either, however
only you, I looked only at you
and the tears keep coming

As i watch you walking past, I’m still happy
even yet you still don’t know my heart
I should stop this and go

I really want to see the day
I’m withstanding the pain each day
“I love you” is playing on my lips
Alone once again, crying for you
alone once again, missing for you
Baby, I love you, I’m wiating for you

I won’t be in your days
I won’t be remembered either, however
only you, I looked only at you
I’m making memories alone

Loving you is like having a beautiful wound
I look at your pretty smile also
but I cannot laugh with you

I’m thinking about you so much everyday
my heart is hurting in all these sad days
‘I want to see you’ is playing on my lips
alone once again, crying for you
alone once again, missing for you
Baby, i’m waiting for you, I love you

bye bye, never say goodbye
even though I cannot hold you like this
I need you, I cannot say anything more, I want you
I keep on hoping too, I’ll keep hoping….

I really want to see the day
I’m withstanding the pain each day
“I love you” is playing on my lips
Alone once again, crying for you

I’m thinking about you so much everyday
my heart is hurting in all these sad days
‘I want to see you’ is playing on my lips

Alone once again, crying for you
Alone once again, missing for you
Baby, i’m waiting for you, I love you

Assalamualaikum saudari Aina,

Maaf jika tidak senang dengan tindakan saya ini, dan maaf juga kerana saya tidak tahu meluahkan perasaan, saya cuma salin lirik lagu tapi itulah perasaan saya selama ini terhadap Aina. Sejak tahun pertama pengajian saya mula menaruh hati terhadap Aina namun saya ketepikan dulu segala perasaan itu kerana saya yakin dengan janji Tuhan, ajal maut dan jodoh pertemuan itu di tanganNya. Dan hanya kepada Tuhan tempat saya mengadu dan bermohon. dan nama Aina sentiasa ada dalam doa saya.

Aina, kita sama-sama baru tamatkan pengajian, saya ikhlas berhasrat untuk menyunting Aina sebagai suri hidup saya. Namun saya sedar kemampuan saya, buat masa ni saya tidak mampu.. jadi saya memohon agar Aina memberi saya masa setahun untuk memperbaiki kehidupan. mempersiapkan diri sebelum memulakan alam baru.

Saya tidak perlukan jawapan dari Aina sekarang dan saya juga memohon agar Aina lakukan istiqarah sebelum bersetuju atau tidak. Jika saya pernah menanti selama lima tahun, saya tidak kisah tunggu lagi setahun untuk bersama Aina. Bersama-sama mendirikan masjid cinta.

"Aina, sudikah Aina menjadi suri hidup saya?"

Semoga Aina dapat hubungi saya setahun dari sekarang untuk memberi jawapan Aina..Walau apa pun keputusan Aina, saya akan terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah.

Hingga bertemu lagi, dengan izin Allah..-Hakimi-

_________________________________________________

"Goal!!" jeritan suara Hakimi bergema di ruang tamu. Aina di dapur sibuk mengacau kopi di dalam teko. Dia tersenyum mendengar suara itu. Suara insan yang dicintainya dengan sepenuh hatinya. Masih sama, bertenaga seperti dahulu. Penuh keceriaan dan perasaan puas setiap kali bola menceroboh gol lawan. Hatinya senang melihat gelagat suami tercinta. Setahun tinggal sebumbung cukup untuk membuat mereka saling memahami antara satu sama lain. Aina yang tidak berminat dengan bola namun sentiasa setia menemani Hakimi. Perbezaan antara mereka cukup ketara namun itulah yang melengkapkan hidup mereka. Menghias hidup mereka dengan senyuman dan gelak tawa.

Stadium itu menjadi saksi, pertama kali Hakimi meluahkan rasa hati terhadap puteri idaman. Dan rupa-rupanya itu bukan kali terakhir mereka menonton bersama. Rupa-rupanya Tuhan sudah aturkan untuk mereka, banyak lagi padang lain untuk di tonton bersama, banyak lagi perlawanan bakal di saksikan bersama-sama. Selagi Tuhan izinkan. Kegembiraan itu akan di nikmatinya bersama-sama. Kegembiraan setiap kali menonton bersama-sama sambil di temani insan tersayang. Kegembiraan setiap kali bola menerobos pintu gol. "Gol~!!!!"

Sekian, tamat..


Nukilan:

Aku Sendiri @ AsNiza @ Puteri Ibrahim


P/s: This story maybe sounds weird, huhu..lack of experience and no talent i guess. kui3..Btw, i wrote this special as a challenge from one of my gud fren, hope she/he read this..Thanx for reading yer..


Palestine Lagi.

Jumaat 27 Februari.

Jam menunjukkan pukul 6.05 petang. Teman sepejabat yang duduk di meja bertentangan dengan saya baru sahaja melangkah pulang. Kak Hamidah yang mejanya di belakang meja saya masih lagi sibuk menguruskan sesuatu. Saya menekan butang 'shut down' sambil mengemas meja. Hari ini, saya akan terus ke rumah kakak di Kampung Melayu Subang. InsyaAllah.

Alhamdulillah saya selamat sampai kira-kira jam 6.45. Tiba umah kakak, beliau maklumkn kepada saya, malam nie ada ceramah kt rumah Ustaz Roslan (jiran beliau). Teruja, pasti saya menerima ajakan tersebut. Sebenarnya ceramah ini di adakan sebulan sekali, program bulanan utk penduduk sekitar taman tersebut yang di anjurkan sendiri oleh Ustaz Roslan di rumah beliau-dan beliau bertanggungjawab mengaturkan masa dan penceramah yang hadir untuk memberi ceramah. Alhamdulillah.

Hadirin dewasa berkumpul di suatu tempat, dan anak2 kecil di asingkan di tempat yang lain di bawah jagaan pihak pengurusan. mereka di sediakan aktiviti lain sementara menanti sesi ceramah berakhir. untuk mengelakkan mereka menganggu dan membuat bising. Alhamdulillah ceramah berjalan lancar.

Ceramah

Memandangkan Rabiul Awal sudah tiba, mulanya saya bayangkan ceramah malam ini pastinya berkaitan dengan Rasulullah saw..tetapi saya silap. Ceramah malam ini adalah mengenai saudara kita di Palestin. Penceramah jemputan adalah Ustaz DrTengku (maaf lupa nama penuh)..Selesai kata-kata aluan, kami di hidangkan dengan tayangan video-serangan Zionis ke atas Palestin-dua tahun yang lalu.

Seperti biasa, hati saya yang rapuh ni, bukannya boleh tahan dengan 'permandangan' sebegitu..Mata dah berkaca-kaca. Sebak melihat penderitaan saudara di sana. Malu pula jika di lihat orang, saya menangis... cepat2 saya alihkan pandangan dan tidak fokus sepenuhnya kpd tayangan, cukup mendengar apa yang di tayangkan, dan dalam kebisingan bunyi bom dan helikopter, jelas kedengaran suara saudara yang tertindas "ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!" ya..itu lah yang terucap dari bibir mereka. Hanya memohon dariNya semata-mata. Subhanallah, betapa Allah menguji hambanNya yang mampu memikulnya..

Seterusnya penceramah meneruskan ceramah dengan sejarah Palestin dan sejarah pembentukan negara Israel, bagaimana si kafir menceroboh hak Orang Islam dan mengusir kaum muslimin dari tanah air mereka. Bagaimana Israel mengumpulkan Yahudi seluruh dunia dan menyingkirkan penduduk Palestin. Semuanya dengan menggunakan cara kotor dan kejam, mereka memang kejam! Penceramah juga memaklumkan kenapa Israel bersungguh-sungguh ingin memiliki Palestin. Dan juga kenapa rakyat Palestin juga sanggup mati demi pertahankan Palestine. Antara sebab orang muslim harus pertahankan Palestin adalah kerana:




Subhanallah..Moga Allah membantu mereka, mempermudahkan jalan ke atas mereka yang berjuang demi jalan Allah.

Kesimpulan.

Yahudi adalah bangsa yang zalim dan angkuh. Menjadi kewajipan kita umat Islam untuk memerangi meraka yang menzalimi umat Islam. Selain drpd boikot barangan Israel, kita juga boleh memberi sumbangan derma kepada mereka yang memerlukan. dan jangan berhenti menghantar doa kpd saudara kita di Palestin. Israel tidak akan berhenti menzalimi selagi hasrat mereka tidak tercapai. Namun begitu, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang beriman. Akan sampai masanya, Yahudi akan musnah, akan sampai masanya Yahudi tiada tempat untuk bersembunyi, tapi bila? Wallahua'alam. Maka, selagi belum tiba saat itu, teruskan berjuang memerangi mereka..Jangan mengalah dan jangan berputus asa..

Kisah untuk renungan:

Saat Nabi Ibrahim di ikat dan di bakar. Seekor burung kecil kelihatan sibuk berulang alik. Dia membawa air di dalam paruhnya yang kecil itu lalu menyimbah air tersebut ke dalam api yang marak menyala. Makhluk lain yang melihat berasa hairan. Masakan air yang sedikit itu mampu memadamkan api yang menjulang tinggi lalu mereka bertanya..

"Wahai burung kecil, kenapa kamu susahkan diri memadamkan api tersebut, sedangkan engkau tak mampu melakukannya"

Lalu burung itu menjawab"

“Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.”

Subhanallah, begitulah nekadnya si burung membantu, semata-mata kerana takutkan balasan dari Allah..betapa burung itu sedar, bahawa dia akan ditanya apa sumbangannya untuk membantu agama Allah..Bagaimana dengan kita? Adakah rasa gerun itu terbit di jiwa kita? Jangan pula menjadi seperti sang cicak..

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.

Ingat, sesungguhnya Allah membalas perbuatan yang baik dengan ganjaran pahala dan begitu sebaliknya, dosa bagi mereka yang ingkar. Kita berhak memilih, jalan yang baik atau yang buruk, syurga atau neraka..dan saya yakin, tiada siapa pun dikalangan manusia yang waras ingin ke neraka.

~Sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk balasan. Naauzubillah.~

Friday, February 27, 2009

Apakah Makna Kehidupan?

"Awak belum keje lagi, awak tak faham..dah keje nanti baru awak tau cmne, tkde life.." Seorang sahabat pernah berkata begitu kepada saya. Waktu itu saya masih menuntut di universiti.

"Sejak dah keje nie, aku dah tak de life"..perkataan ini makin kerap kali kedengaran setelah saya dan kawan2 meninggalkan alam universiti dan memulakan hidup baru di alam pekerjaan. sedar atau tidak, saya sendiri berulang kali pernah menyebut ayat yang sama.."bosan..aku dah tkde life"..mulut laju berkata-kata sedangkan back then, i'm asking myself..

"apa itu kehidupan?"

Hidup vs Mati.


Alhamdulillah, hari ini saya masih lagi membuka mata. Saya masih hidup. Alhamdulillah hari ini darah saya masih mengalir membawa oksigen untuk di agihkan ke seluruh tubuh saya, jantung saya masih berfungsi mengepam darah, paru-paru saya masih berfungsi bekerja menerima gas oksigen dan menghantar keluar gas karbon dioksida.Berpuluh tahun lamanya, hampir tiga dekad lamanya saya telah hidup namun hingga kini saya masih tertanya-tanya.

Apa makna hidup?

Saya tidur dan saya bangkit. Adakah ini di namakan hidup? Bangun, mandi, solat, kalu sempat baca mathurat, bersiap ke tempat kerja, hidupkan enjin kereta, memandu belok kanan belok kiri, parking kereta, matikan enjin, keluar kereta, berjalan ke pejabat, mulakan aktiviti di pejabat, habis waktu bekerja, berjalan ke parking, hidupkan enjin kereta, memandu pusing kanan pusing kiri, sampai parking kereta, matikan enjin, berjalan balik ke rumah..mandi, solat, baca quran sekejap, masak, makan,tengok tv, baca buku, layani internet, dengar lagu, kadang bukak mp3 bacaan quran dan tidur lagi. Adakah ini yang di namakan hidup?

Berjalan di bumi ciptaan Allah. Menghirup udara nyaman ciptaan Allah. Menikmati segala anugerah ciptaan Allah. Menjalani aktiviti yang sama saban hari. Kemudian saya tidur dan bangkit lagi. Adakah ini di namakan hidup?

Saya masih bertanya!

Siapa yang akan menjawabnya?

Adakah tidak mati itulah hidup? kita adalah hidup selagi kita tidak mati? Adakah?

Hidup ini singkat. Terserah kepada kita bagaimana mengisi kehidupan yang dipinjamkan kepada kita ini. Buat apa yang kita suka asalkan kita bahagia. Asalkan kita senang. Sebenarnya kita tiada sebab untuk bersedih atau kecewa. Allah sentiasa ada bersama kita..Kita tiada sebab untuk berputus asa. Kerana kitalah juara.Sejak di lahirkan ke dunia ini, kita adalah johan kita sudah berjaya! Ya..dalam jutaan sperma, cuma satu yang menjadi juara dan terpilih untuk bercantum dengan ovum..iaitu kita! kitalah juara, kita dah berjaya mengatasi jutaan yang lain. Dan sebagai juara, kita harus buktikan, dimana2 jua dan bagaimana sekalipun-lakukanlah yang terbaik.

Dilahirkan kedunia dengan nikmat iman dan Islam itu juga suatu anugerah yang patut kita syukuri. bayangkan dalam jutaan manusia yang lahir sewaktu dengan kita, hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk di lahirkan dalam Islam, termasuk kita. Subhanallah..bayangkan betapa susahnya insan lain, yang tercari-cari cahaya petunjuk dari Sang Pencipta. bersusah payah mencari Iman dan Islam, tapi kita, tanpa kita pinta, kita sudah pun dilahirkan dalam agama yang indah, dan sempurna ini. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.

Hiduplah sebelum mati. Bagaimana mentafsirkan 'hidup', bergantung kpd diri kita sendiri..sebagaimana lazatnya buah, di definasikan berbeza oleh individu berbeza, begitu juga hidup ini di takrifkan..tepuk dada tanya, tanya iman..


Perjalanan masih jauh, tiada siapa yang tahu apa yang bakal menunggu di hadapan..tiada siapa yang tahu di mana destinasi terakhir kita.kecuali Dia...selagi kita masih hidup..berjalanlah tanpa henti..

Wassalam.