My 'turning point'. (Correction - It was not May 2007, but May 2008)
+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Pages
Sunday, November 4, 2012
Thursday, October 18, 2012
Kita Hidup Untuk Apa?
Kita
hidup sampai bila? Apakah kita akan hidup selama-lamanya? Tidak! Ini
kerana Allah telah berfirman, “Setiap yang hidup pasti akan merasai
mati.”
Seterusnya, ke manakah destinasi kita yang selanjutnya selepas mati?
Apakah selepas kita mati, kita akan selamanya di dalam kubur? Di makan cacing menjadi tanah?
Atau sekadar berehat, tidur di dalam tanah yang sempit lagi gelap itu?
Tentunya
tidak! Bila tiba masanya, kita akan dibangkitkan semula. Setiap amalan
kita samada baik atau buruk, semuanya akan dihitung.
Sunday, October 14, 2012
Hidup Cuma Sementara, Berbahagialah
Bismillahirrahmanirrahim..
Apa khabar semuanya? Semoga kita sentiasa sihat sejahtera, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi.
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36)
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semuanya? Semoga kita sentiasa sihat sejahtera, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi.
Allah swt berfirman..
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36)
Sahabat yang dikasihi Allah..
Andai kita kaya di dunia ini. Andai kita
cantik di dunia ini. Andai kita berjaya di dunia ini. Bersyukurlah, dan
beringat-ingatlah, bahawasanya, dunia ini hanya sementara. Segalanya
tidak akan berkekalan dan apabila tiba masanya, semuanya akan sirna jua.
Dan sekiranya kita miskin di dunia ini. Sekiranya kita serba kekurangan
di dunia ini. Usahlah pula berduka cita berpanjangan, kerana
sesungguhnya, segala kesengsaraan dan kesempitan itu suatu hari nanti
pasti akan berakhir jua.
Tuesday, October 9, 2012
Facebook Oh Facebook
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Kita santai-santai ya. Memandangkan majoriti daripada kita semua mempunyai akaun Facebook, kali ini kita sembang-sembang tentang 'Like'. Tentang Dosa-dosa di Facebook.
Sejujurnya saya cukup pelik dengan sesetengah situasi, di mana, status yang 'pelik-pelik' mendapat Like yang tinggi.
Contohnya, status seorang sahabat yang tengah bengang - Like
Like untuk apa? Seronok tengok kawan kita tengah bengang, tengah marah?
Atau status yang berbentuk peribadi, contohnya, i miss my cayunk - Like
Atau status yang memberitahu perkara yang tidak signifikan, contohnya, saya tengah kemas rumah - Like
Subscribe to:
Posts (Atom)
