Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum wbt.. Semoga kita sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi. Amin. Pertama sekali, saya menyusun sepuluh jari, mohon ampun maaf kerana kebelakangan ini teratak buruk ini benar-benar terabai. Lama benar saya tidak menconteng apa-apa di ruangan ini. Faktor utama adalah kerana masalah internet yang menjadi penghalang. Dan selebihnya, puncanya adalah kelemahan dan kekurangan saya sendiri yang tidak dapat disangkal lagi.
Hari demi hari terus berlalu. Sekarang kita sudah melalui hampir daripada separuh bulan Syaaban. Lagi dua hari adalah Nisfu Syaaban. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, jika panjang umur kita, kurang tiga minggu daripada sekarang kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan yang dirindui, Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh kita semua.