+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Pages
Tuesday, December 20, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Anak Bergaduh, Emak Bertinju
Sejak menyambung persekolahan ke sekolah berasrama, saya jarang balik ke kampung. Sekadarnya bila cuti sekolah. Dan apabila mendapat keputusan SPM, saya terus menyambungkan pengajian dan begitulah, makin lama - saya makin jarang pulang ke kampung.
Namun begitu, ketika emak masih menetap di kampung bersama ayah, emak sebagai 'reporter' selalu mengemaskini berita-berita 'terkini' lagi sensasi yang terjadi di sekelilingnya - kampung kami. Selalunya yang tidak pernah dia 'miss' - berita kematian orang sekampung, pernikahan - dan lain-lain. Lain-lain itu termasuk berita penangkapan budak kampung kerana kes dadah, cerita anak jiran yang melahirkan anak sebelum bernikah dan tak kurang - perang mulut emak-emak, ayah-ayah kerana anak-anak. Huhu.
Sabarlah Wahai Hati
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Thursday, December 8, 2011
Bukan Superman
Kalau dibandingkan dengan Superman, bezanya seperti langit dan bumi. Kalau Superman rupanya kacak, Sapuman Cuma biasa-biasa saja. Kalau Superman punya tenaga dan kuasa yang luar biasa, boleh mengangkat sebuah lori dengan menggunakan sebelah tangan, Sapuman Cuma seorang lelaki biasa yang kerjanya setiap hari menggunakan penyapu dan mop untuk membersihkan pejabat dan tandas di tempat saya bekerja. Namun begitu, saya sangat mengkagumi Sapuman sejak hari pertama beliau bertugas.
Wednesday, December 7, 2011
Cinta vs Nikah vs Cerai
Bangunan yang dibina di atas struktur tanah yang tidak stabil, disokong pula dek tiang yang tidak kuat. Tentu sekali ia akan mudah roboh. Begitu juga hubungan yang dibina atas dasar yang goyah - pasti juga tidak akan bertahan lama. Jadi, sebelum mendirikan rumahtangga - janganlah kita semberono atau dengan kata lain, tangkap muat saja.
Dalam memilih pasangan, suami atau isteri, Islam telah menggariskan beberapa panduan. Antara panduan yang boleh digunakan untuk memilih calon isteri adalah, kecantikan, keturunan, kekayaan, dan agama/keimanannya. Antara kesemua ciri tersebut, yang paling diutamakan dalam Islam adalah agamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)