+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, March 3, 2009

Ketam.


-Ammar Ashraf -

Sabtu, jam 7.45 pagi, Ashraf terjaga dari tidurnya. Dia mundar mandir di dalam bilik. Saya sedang membuang masa di hadapan laptop kesayangan. Dia berbaju tidur hijau celoreng-celoreng. Masih mundar-mandir. Lucu pula saya melihatnya.

Demi janji saya kepada diri sendiri untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, saya merancang untuk keluar berjongging, biasanya kami (saya,emak,kakak dan 2 anak buah) berjogging di Taman Tasik Shah Alam, tapi memandangkan Alya ada latihan karate hari ini, saya tidak berniat untuk mengajaknya ikut serta. Lalu saya mengumpan Ashraf untuk menemani saya berjogging di taman permainan berdekatan. Skooter birunya menjadi mangsa. "Dik, jom gi jongging, nanti adik bleh main skooter" itulah ayat manis saya. Dengan muka tidak berbasuh, Ashraf beria ikut serta. Akhirnya pagi itu kami keluar bertiga termasuk emak saya.

Saya memandu cuma kira-kira lima minit. Tiba di taman, keadaan agak sunyi, cuma seorang wanita Cina sedang berjogging sendirian. Saya memulakan aktiviti pagi itu dengan senaman ringkas memanaskan badan. Ashraf ikut sekali. Emak saya duduk di wakaf. Cuma sebagai pemerhati. Beberapa minit kemudian kami mula mengelilingi taman permainan. Ashraf dengan skooternya, saya berlari.

2 pusingan berskooter, Ashraf kemudian meninggalkan skooternya lalu ikut berjogging bersama saya. Kami lari beriringan. Saya dengan tracksuit dan sweater merah adidas dan Ashraf dengan baju tidur hijaunya yang celoreng celoreng itu. Kami masing-masing memakai kasut sukan. Dua pusingan berlari lebih kurang, Ashraf mengadu sakit tulang, penat agaknya. Lalu saya menyuruh dia berehat, bermain buaian, gelongsor dan jongkang jongkit sendirian. Saya meneruskan larian. Cukup satu pusingan, saya ikut Ashraf bermain buaian.

Seperti biasa, Ashraf masih tak profesional bermain buaian. Di suruhnya saya menolaknya dari belakang. Saya 'menolak' permintaan dia lalu mengajaknya duduk di riba saya. Kami naik buaian bersama-sama. Tinggi-tinggi sampai lenguh kaki saya menahan dia agar tidak jatuh. haih.. Penat juga kaki saya meriba walaupun beratnya tak sampai 15kg. Kemudian, saya mengajak dia bermain jongkang jongkit..bayangkan si kecik bermain jongkang jongkit dengan 'si montel' seperti saya.Lol. memang sepatutnya dia sentiasa di atas la jawabnya..Maka saya mengambil inisiatif untuk menaikkan dan menurunkan papan itu.

Terlebih tenaga agaknya sampaikan Ashraf tiba-tiba bersuara..
"Mak Ngah perlahan la sikit, jangan kuat-kuat, nanti kepala adik terbuka.." yer, memang saya tak salah dengar, itu yang keluar dari mulut si kecik . Saya tak mampu menahan gelak, waktu itu juga saya tergelak besar. Aduh..camana agaknya yer kalau betul kepala dia terbuka? haih...Ashraf..Ashraf..

Selesai beriadah lebih kurang 30 minit, sasaran kami yang seterusnya adalah gerai makan. Breakfast. Haha..bakar 1 kalori ganti dengan 10 kalori..'Bijak' sungguh..Sampai di sana saya meminta sekeping roti canai untuk Ashraf dan mengambil sepinggan nasi berlauk untuk emak. Selesai mengambil makanan, saya mengorder air milo untuk saya dan Ashraf dan air teh untuk emak. Kemudian saya bangkit untuk mengambil makanan untuk saya sendiri. Saya memilih untuk makan lontong nasi himpit. Lama tak makan, kecur pula melihatnya.

Sambil makan-makan tiba-tiba Ashraf bersuara..
"Kalau kita tak baca bismillah, nanti syaitan masuk dalam perut kita.." dia mula berkata-kata. Saya terdiam. Berfikir sejenak. "Tadi aku baca bismillah ke?" saya berbisik di dalam hati. "Baca kot.." saya sendiri yang menjawab. Namun saya sedar, Ashraf berkata begitu kerana dia tidak mendengar kami membaca doa makan. Tidak melihat kami membaca doa, jadi saya harus bertindak bijak.

"Mak Ngah dah baca tadi, dalam hati..adik tak baca doa eh?" saya menjerat dia. Dia senyum dan angguk. "Haah" jawabnya ringkas kemudian menadah tangan membaca doa makan. Saya ikut serta. "Selamat.." sekali lagi saya berkomentar sendirian.

Selesai membaca doa, sambil makan-makan saya seperti biasa akan memancing dia supaya bercakap lebih lanjut aka berfikir lebih dalam.

"Kalau syaitan masuk perut kita nanti jadi macam mana?"
saya pula bertanya..

"Kalau dia masuk dalam perut kita, nanti dia makan dalam perut kita. Nanti dia jadi Gemuk. Nanti dia jadi mata merah keluar ekor bla bla bla.." aduh..ke situ pulak dia bercerita. Saya cuma mampu tersenyum. Haih..Asraf..Ashraf..

Selesai makan, kami ingin berangkat pulang..Tiba-tiba si kecik bersuara lagi.
"Berdosa tau makan tak habis" suaranya agak perlahan. Saya tak dapat tangkap lalu bertanya lagi. "Apa dia?" soal saya.

"Tok Mek tu laa..makan tak habis, berdosa tau makan tak habis, nanti Tuhan marah, nanti masuk neraka tau.." Aduh, panjang pula celoteh dia sambil menunjuk ke arah pinggan nasi emak saya yang masih bersisa.

Saya cuma tersenyum memandang emak kemudian tunduk memandang Ashraf..
"Haah tak baik, tapi takpela, kali ini jer..lain kali tak boleh" spontan hanya itu yang terkeluar dari mulut saya..Lalu kaki di atur keluar dari kedai makan menuju ke kereta. Sedetik dua detik kemudian saya terfikir..

Resmi Ketam.

Pepatah orang tua-tua pernah berkata, jangan jadi seperti ketam, mengajar anak berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Nah, kena batang hidung saya kali ini. Kami (orang dewasa) sering mengajar si anak supaya mengikut peraturan, berbuat kebaikan dan jadi orang baik-baik sedangkan kami sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik.

Sewajarnya, orang yang dewasa, harus mengubah sikap menjadi lebih baik sebelum menyuruh kanak-kanak berbuat baik. Orang dewasa juga mesti memberi contoh teladan yang baik. Kami selalu melarang si anak bercakap kasar dalam pergaulan. Aku, bodoh, gila etc adalah taboo. Tapi, ketika kami sedang leka berbual, ada masanya tiba2 si kecil mencelah.."Adik dengar ibu cakap aku tadi.." atau kadang-kadang " Ibu, Mak Ngah cakap bodoh tadi, adik dengar.." ..Aduh, harus gi mana ni sih..

Moral of the story: Jangan jadi ketam.


Aku Ini Apa~??

Apa yg kita cari adalah sesuatu yang berharga yang kita telang hilang, telah terlepas, dan kita tak nampak lagi..

Apa yang kita mahu adalah sesuatu yang kita tak miliki, sesuatu yang kita seronok kalau dapat.

Apa yang kita perlukan adalah sesuatu yang kita memang tak boleh hidup tanpa nya.

Apa yang kita rindu adalah sesuatu yang pernah menjadi milik kita, kemudian sekarang tidak lagi.

Lalu aku ini tergolong dalam yang mana?

'Sesuatu' yang mana? benda yang di cari? benda yang di perlukan? benda yang di mahu i? benda yang di rindui atau yang mana?

Wallahua'alam.

Yahudi: Apa Kau Mahu?


Masked Israelis attacking Palestinian farmers in June 2008
Source


A picture describes more than thousands words. Jalan-jalan kat internet sambil membaca isu-isu di Palestin, saya terjumpa berita lama. Seorang remaja Palestine berusia 18 tahun ditemui mati ditembak semasa perjalanan ke sebuah kampung berdekatan Nablus bersama haiwan ternakannya. Manakala 4 orang lagi ditemui cedera dalam kejadian yang berasingan.

Agak-agaknya, apa salah remaja pengembala tersebut?Adakah dia merbahaya dan mengancam? Aduh..tidak sama sekali. Apa yang Yahudi mahukan? Nyawa rakyat Palestine umpama tiada nilai, bila-bila masa sahaja direnggut tanpa belas kasihan oleh si kafir laknatullah. Lihat sahaja gambar di atas, betapa gah dan bangganya si Yahudi, menyerang dan membunuh rakyat Palestine. Sesuka hati dan bila-bila masa sahaja menzalimi manusia yang tidak bersalah. Yahudi laknatullah, apa yang engkau inginkan?



Monday, March 2, 2009

Membaca Vs Menulis

Untuk mengisi masa lapang saya mengambil keputusan untuk menelefon seorang sahabat. Saya tergelak kecil mendengar usikan beliau." Ko mestila busy, dah jadi penulis sekarang"..dalam hati mengaminkan sahaja doa yang baik, kerana salah satu cita-cita saya yang belum berkesampaian adalah menjadi seorang penulis..InsyaAllah, moga Tuhan permudahkan urusan dan bantu saya mencapai cita-cita ini. Harap masinlah mulut beliau, dapat la saya jadi penulis, lol..


Kenapa Menulis?



Sejak kecil lagi saya seorang ulat buku. Saya suka membaca. Terutamanya di peringkat menengah rendah, saya sentiasa membaca. Hingga kadang-kadang di marahi kakak dan di tegur ibu kerana asyik mengadap buku..mereka takut nanti saya akan bosan jika sentiasa berdamping dengan buku sepanjang masa. Tapi saya tetap tidak berubah, buku adalah teman paling akrab saya. Dan pada masa yang sama, saya juga suka menulis.

Saya mula menulis novel (versi seorang kanak-kanak) ketika saya selesai menduduki ujian UPSR. dan saya terus menulis hingga ke tingkatan tiga. Sejak memasuki sekolah berasrama, saya tidak lagi punyai masa lapang untuk menulis. Saya lebih fokus kepada SPM semata-mata. Minat membaca saya cuma tertumpu kepada buku-buku rujukan SPM. Menulis jauh sekali.

Penulisan saya waktu itu kebanyakannya lebih kepada sains fiksyen dan cerita seram-mungkin saya suka berangan. dan 'novel' tulisan saya juga sebenarnya kisah cintan cintun, walhal waktu itu saya baru sahaja berumur bawah 15 tahun. haha..pengaruh bahan bacaan agaknya.Waktu itu saya tak pernah ketinggalan membaca buku Antalogi Cerpen Utusan-setiap tahun saya tak pernah ketinggalan. dan walaupun sudah berusia 15 tahun, saya sangat suka membaca buku Enid Blyton dan Nancy Drew.

Kenapa Saya Suka Menulis?

Antara sebabnya adalah kerana saya sering tidak mendapat apa yang saya idamkan di dunia nyata. Di dunia nyata saya banyak bersedih dan banyak menangis. Jadi, untuk 'mendapat' apa yang saya inginkan, saya mencipta 'dunia' baru di alam penulisan. Saya menulis seolah-olah watak dan keinginan saya wujud di dalamnya. Saya sedar saya tidak dapat mengubah kenyataan, tak mungkin dapat mengubah sejarah, tapi dalam tulisan saya, saya 'berkuasa' menentukan segalanya. Jadi, boleh saya simpulkan, saya menulis untuk meluahkan hasrat hati dengan cara saya yang tersendiri.

Saya juga suka menulis kerana ia adalah hobi saya sejak kanak-kanak. Dulu saya suka menulis, kisah bertemu makhluk menyeramkan kemudian berakhir dengan ayat "rupanya saya bermimpi"...ada juga penulisan di mana bumi di serang makhluk asing, lalu saya berhijrah bersama penduduk bumi yang lain dengan menaiki kapal angkasa..benar-benar berimaginasi..dan dulu saya juga suka menulis puisi.. saya ada buku khas untuk menulis dan mengumpul sajak tersebut, kelakar juga..

Namun sekarang, penulisan saya lebih kepada kehidupan realiti. Lebih kepada pengalaman hidup dan juga persekitaran.. Mungkin saya sudah bertambah matang, agaknya..

Membaca dan Menulis.

Saya suka buku. malangnya saya tidak punyai masa untuk membaca kerana jika pun ada masa lapang, saya lebih suka untuk menulis berbanding dengan membaca. Adakah kecintaan saya terhadap buku akan terus bertambah? Adakah kecintaan saya terhadap buku boleh kekal cuma dengan sekadar saya membeli dan mengumpul buku2 itu di rak? Tidak..untuk menjadi penulis yang baik, tiada jalan singkat, anda mesti rajin membaca!

Buku adalah sahabat yang paling baik..i do appreciate my precious friend. Semoga cita-cita saya untuk menjadi penulis dapat di capai...ameen.

Pertahankan Diri

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Anak saudara saya Alya Afreena sudah siap berpakaian serba putih (uniform karate) sedang tidak sabar menanti di ruang tamu.

"Ayah cepatla, dah lambat nie" suara kecil Alya memanggil. Latihan sepatutnya bermula jam 11 pagi. Perjalanan dari rumah ke sekolah cuma mengambil masa kira-kira 10 minit. Tapi Alya benar-benar bersemangat untuk menjalani latihan seni pertahankan diri. Minggu ini adalah kali ke 4 dia mengikuti latihan itu. Adiknya Ammar Ashraf yang berusia 5 tahun juga ikut serta. Pantang tengok kakaknya berbuat apa, semuanya ingin di tiru. Maka ibu mereka berkeputusan mendaftarkan namanya sekali. Beberapa minit kemudian, Alya dan Ashraf bersama ayah mereka keluar menaiki kereta menuju ke sekolah.

Latihan sepatutnya berjalan selama kira-kira satu jam. Ayah mereka aka abang ipar saya merancang untuk ke klinik gigi. Jadi kakak saya aka ibu alya dan ashraf di tugaskan mengambil mereka di tempat latihan. Dengan menggunakan kereta kecil berwarna merah, saya, kakak dan emak ke luar menuju ke sekolah Alya. Kami sampai 30 minit lebih awal, jadi saya pertama kali sempat melihat anak buah saya berlatih. mungkin kerana fizikalnya yang agak rendah, walaupun sudah darjah dua (7 tahun 3 bulan) dia di barisan paling hadapan. Dan dia di barisan paling hadapan mungkin juga kerana dia yang bersemangat, bersungguh-sungguh dia belajar. cepat pula dia tangkap apa yang diajar. Kagum pula saya melihat si kecit itu. huhu~!!dan Ashraf, masih tidak serius. mungkin kerana ibu dan ayahnya ada bersama, dia mengelat tak nak prektis..haih~ashraf oo ashraf..

Kenapa Perlu Pertahankan Diri?



Idea ini timbul kerana abang ipar saya berpendapat, anak perempuannya perlu ada 'ilmu' untuk melindungi diri. Memandangkan kebelakangan ini isu jenayah melibatkan kanak-kanak perempuan kian menjadi-jadi. Setidak-tidaknya anak perempuannya itu dapat pendedahan awal ilmu mempertahankan diri.

Tambahan pula Alya ni suka makan banyak, silap-silap bleh jadi gemuk, jadi untuk memastikan kesihatannya sentiasa di tahap optimum, kelas pertahankan diri ini perlu. Ia juga perlu untuk memastikan masanya terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Selain itu, tujuan lain adalah kerana Alya sukar untuk untuk fokus dalam sesuatu kerja yang di lakukan. Jadi, latihan karate ini perlu untuk melatih si kecit supaya belajar menerima dan mendengar arahan serta berdisiplin dalam apa yang di lakukannya.

Dan juga kelas itu perlu kerana Alya sendiri yang berminat dengan seni mempertahankan diri itu sendiri. So, good for her lah..She really enjoy it..

Pertahankan.

Lupakan Alya dan karate. Sebagai muslim, jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu. Bagaimana kita ingin mempertahankan diri kita dari serangan nafsu jahat? Bagaimana mempertahankan diri kita dari godaan syaitan yang di rejam? Bagaimana mempertahankan diri dari ajakan teman-teman yang suka melihat kita melakukan maksiat? Bagaimana mempertahankan diri dari rasa kecewa dan duka? Bagaimana mempertahankan diri dari di sakiti insan lain? Bagaimana mempertahankan diri dari perkara-perkara munkar? Bagaimana mempertahankan diri dari bisikan-bisikan yang melalaikan.

Sungguh, dunia ini penjara bg orang yg beriman, maka pastinya di dunia ini akan ada saja dugaan yang datang menguji. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya dan Tuhan juga memberi dugaan kepada hambaNya yang mampu sahaja.

Jadi, walau apa pun ujian yang datang..tabahkan hati dan bersangka baik kepada Allah. Banyakkan doa dan dekatkan diri kepadaNya, insyaAllah, penyelesaian terbaik akan di perolehi. dengan izin Allah. Pertahankan diri kita. Pertahankan maruah kita. Pertahankan prinsip kita. Pertahankan IMAN kita. InsyaAllah..

~"Aku berlindung dari syaitan yang di rejam"~