+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, December 20, 2008

Bila Izrail Datang Menjemput.

Bismillah..


Dengan nama Allah aku menulis, sekadar menconteng segala apa yang sedang ada di fikiran aku saat ini, dan menunaikan janji aku pada diri sendiri iaitu untuk bercerita tentang sebuah cerita, sebuah kisah yang berasal dari satu perkataan yang kita semua takuti -MATI.

Cerita aku kali ini adalah cerita tentang kematian..kebetulan tadi kakak aku baru pulang dari majlis pertunangan, bertemu ramai sanak saudara dan berkongsi pelbagai cerita, akhirnya terbongkar satu cerita- anak sepupu abang ipar aku-umur lebih kurang 7 tahun, sedang sakit tenat kerana menghidap penyakit leukimia..entri aku sebelum ini juga aku pernah bercerita mengenai penyakit yang sama-yang berakhir dengan si penghidap kembali ke sisi Allah. betapa ajal datang tanpa di undang. Walau siapapun kita, bila tiba waktunya, tak lebih atau kurang sesaat, kita pasti akan mati jika itu yang tertulis untuk kita..


Ajal Tidak Mengenal Usia.

Balik kampung sempena cuti hari raya korban dua minggu yang lepas, selesai membersih diri di rumah pusaka arwah ayah, seusai solat asar, kami sekeluarga melawat anak sepupu (belah mak
) di hospital.

Waktu itu, negeri kami sedang dalam musim tengkujuh, kebetulan rumah sepupu aku agak rendah dan air bertakung bila hujan lebat. beberapa hari hujan turun tidak berhenti, air akhirnya naik hingga ke paras lutut orang dewasa. sedang sepupu aku tengah masak2 di dapur, anak2 leka bermain2..dan anak yang bongsu baru berumur 6 bulan..yang baru belajar merangkak...


syukur kakaknnya pulang dari sekolah terus bertanya sepupu aku-mana adik? then baru semuanya sedar adiknya yang bongsu tiada di ruang tamu. tindakan pantas si kakak turun ke laman rumah berjaya menyelamatkan si adik. si kakak yang baru berusia 10 tahun akhirnya menjumpai adiknya yang sudah lemas-terapung tidak bermaya di dalam air-ibunya kelu seribu bahasa-panik dan cemas. syukur juga dalam kepanikan si ibu sempat menyuruh anak2nya yang lain segera memanggil jiran datang membantu..

Suasana panik seketika bila si bayi biru tidak bermaya-tiada tangisan dan mata tertutup rapat..Si ibu dalam tangisan berulang-ulang kali melafazkan.."anak aku masih hidup..anak aku masih hidup.."

Setelah jiran datang..beliau kemudiannya memegang kaki bayi tersebut, menonggengkan dan menepuk-nepuk belakang baby tue..beberapa kali kemudian dengan izin Allah, akhirnya bayi itu bersuara..menangis...sebaik terdengar suara si anak- si ibu lalu jatuh terjelepuk- terduduk dan syukur kerana umur anaknya masih lagi panjang..setelah beberapa ketika- bayi tersebut kemudiannya di hantar ke hospita dan di tahan di wad selama beberapa hari. Alhamdulillah..happy ending.


Namun berbeza dengan kisah ini, sepupu aku belah ayah..

Aku mmg dr kecil rapat dengan anak2 sepupu, mungkin sbb peel aku yg suka pd kanak2 dan kesemuanya mmg rapat dengan aku..sepupu aku (Kak Ya) tinggal dengan makcik aku masa mula2 berkahwin..kak ya melahirkan anak pertama semasa aku darjah 6, Amirul Syafiq...rumah mereka cuma beberapa meter dr rumah aku dan aku mmg selalu ke rumah makcik aku utk bermain2 dgn anak sepupu aku tue. derang mmg suka ngn aku..hehe..suka melayan kot..

Anak kedua Syafiqah dan anak ketiga adalah Syuhada..(aku yg pilih nama nie..hehe)..setelah dapat anak ke 3 mereka berpindah dah tak duduk dekat umah kami lagi dah, dan kebetulan aku pn dah masuk asrama so anak2 kak ya selepas Syuhada, iaitu Syahira dan Syahrir tak berapa rapat sangat ngan aku..jarang bertemu, biasalah..

Masa aku kat UTM, aku dikhabarkan Amir Syahrir menghidap penyakit kanser usus..masa cuti semester aku sempat melawat Amir sekali di hospital..kak ya yang berisi dah berubah menjadi kurus sejak anaknya sakit..perasaan seorang ibu melihat anak terlantar sakit...hanya Allah yang tahu..

Ketika melawat Amir, waktu mula2 smpai, dia sedang tidur krn sudah di bius..tubuh kecilnya bertambah kecil, kurus cuma perut je yg nampak buncit. rambut2 dan bulu sudah gugur, kulitnya berwarna hitam, mungkin efek dari ubat-ubatan, maaf aku tak arif..perasaan aku melihat Amir, sayu tidak terluah..sedih aku melihat dia terbaring tidak bermaya..dan perasaan aku bertambah sedih dan sebak apabila Amir tejaga dari tidurnya (mungkin kesan ubat sudah hilang)...sebaik sahaja terjaga dia terus menangis.."mak..sakit...sakit.." Ya Allah, perasaan aku waktu itu, sebak yang amat2, di situ juga aku menangis..sayu hati melihat si kecil menanggung kesakitan, tak lama aku di situ-aku tak mampu menahan sebak lalu segera meminta diri..

Selepas melawatnya di hospital, beberapa bulan berikutnya, dia di izinkan oleh doktor untuk pulang..mmg dia tidak bermaya, tiada kudrat tiada upaya..tapi perasaan seorang kanak2 ingin bermain2 dengan abang2 dan kakak2 serta sepupu2 tetap ada. aku ada di situ semasa mereka sedang bermain2..mungkin kerana dia sakit, perasaannya mudah sangat sensitif..namun waktu itu aku melihat dia begitu gembira, paling gembira pernah aku lihat sejak dia jatuh sakit. Aku mmg tak rapat dengan dia namun hari itu sambil tersenyum2 dia datang duduk di atas riba aku..dan itulah pertama kali dan terakhir kali aku meribanya..

Setelah beberapa minggu pulang ke asrama, aku akhirnya di khabarkan berita yang sedih..Amir Syahrir yang berusia 4 tahun sudah meninggal kerana penyakit kanser usus..Innalillah...datangnya suci, perginya suci tnpa sebarang dosa, Tuhan lebih menyayanginya...


Penutup.

Kita hadir ke dunia ini cuma untuk sementara. Dunia ini cuma persinggahan untuk kita mengumpul hasil mencari bekal untuk hari mendatang- bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal abadi iaitu di akhirat sana.

Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat adalah masa untuk kita menuai segala hasil tanaman kita. jika baik usaha kita maka baiklah hasilnya namun jika buruk perbuatan kita maka itu jugalah hasil yang kita kutip di akhirat sana.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada yang kekal kecuali Dia. tiada siapa pun yang tahu bila masanya izrail akan datang menjemput. mungkin hari ini, mungkin esok...dan adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian?

Adakah aku sudah bersedia? adakah segala dosa aku sudah terampun? adakah bekalan pahala untukku sudah mencukupi? timbangan yang mana lebih berat kelak? yang baik atau yang buruk? bagaimana keadaan aku ketika meniti titian siratul mustakim? bagaimana keadaan aku ketika di alam kubur? aku tahu waktu itu pasti akan datang tapi kenapa aku masih lagi tidak menyerah sepenuh jiwa dan ragaku kepada Allah? kenapa aku masih leka dan lalai? kenapa aku masih begini?

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku, dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku masih kecil.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala kemaksiatan, kecelakaan dan kemusnahan..lindungilah aku ya Allah..kasihanilah aku..peliharailah aku..janganlah Kau serahkan diriku sepenuhnya kepada ku, Kau bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan yang benar,berikan aku kekuatan untuk mengabdikan diriku dan jiwaku hanya untukMu..aku benar2 insan yang lemah..tabahkanlah hatiku Tuhan..

Nayid keinsafan..semoga menghayati.



Thursday, December 18, 2008

Kenapa Pilih Yang Haram?


Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum membebel panjang seperti seorang makcik atau berceramah sprt ustazah, suka aku ingatkan, aku bukanlah manusia yang sempurna, bukanlah baik manapun dan aku juga tidak maksum dan aku juga pernah melakukan kesilapan dan mungkin akan mengulangi kekhilafan tersebut-naauzubillah.

Sebetulnya, apa yang aku akan tulis ni tak lain dan tak bukan sekadar peringatan untuk diri sendiri adanya dan sekiranya penulisan aka bebelan ini berjaya mengusik atau menyentuh atau menjentik atau menempelak hati dan sanubari tuan2 dan puan2, sekaligus mampu membuka hati dan minda tuan2 dan puan seterusnya menginsafkan tuan2 dan puan2 maka hanya ucapan kata Alhamdulillah yang bisa aku ucapkan. Mudah-mudahan la yer..

Entri ini di tulis sempena response aku mengenai pernikahan aktress tanah air yang cantik molek dengan seorang pemain bola sepak di sempadan Thailand.

Jika di tanya, apa pendapat aku terhadap pernikahan mereka, jawapan aku-aku sokong saja. setidak-tidaknya mereka tidak cenderung untuk melakukan maksiat-which is dah sah menjadi suami isteri. Bagi aku, hukum atau peraturan dunia tidaklah sepenting peraturan/hukum Allah which is melanggar peraturan atau undang2 Negara Malaysia itu lebih baik dari melanggar hukum Allah yang melarang pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Settle satu kes.


Kenapa Yang Haram Tu Best?

Cetusan idea. Kenapa yang haram tu 'best'? yeah..kita selalu dengar, sebelum bernikah si polan dengan si polan mesra bukan main, berkepit mcm belangkas kalu bleh 24 jam together-gether, tp bila dah kawen, nak jalan pegang tangan pun jadi segan..kenapa jd camtu? Adakah yang haram itu lebih baik dari yang halal? atau kita juga sering dengar, ramai isteri yang risau dan sering di nasihatkan supaya 'melayan' suami bebaik, jika tidak, di takuti suami akan 'makan' luar..okeh, mungkin ada yg tak faham-lets me straight to the point, makan luar=mencari wanita lain untuk kepuasan nafsu. kenapa? kenapa mesti cari yang haram sedangkan yang halal dah ada? adakah yang haram itu lebih baik dari yang halal?

Selain dari faktor2 atau penyebab2 peribadi ( masalah rumahtangga) yang haram menjadi best kerana salah satu sebabnya, ketika maksiat sedang berlangsung, syaitan sedang bertepuk tangan bergembira bersama-sama meraikan kemenangannya menghasut ummat manusia. Sudah jelas, ketika dua orang anak adam (lelaki dan perempuan) sedang berdua-duan, akan ada 'orang' ketiga bersama2 (syaitan) dan syaitan juga pernah bersumpah untuk membawa anak cucu nabi adam bersama2 mereka ke neraka kelak, dengan pelbagai helah antaranya menghasut kita melakukan kemaksiatan. maka, jika kita tunduk kepada hasutan dan godaan nafsu, ini bermakna kita sengaja memberi kemenangan kepada syaitan yang di rejam, naauzubillah.

Dalam al-Quran juga tertulis, syaitan selalu menjanjikan kita dengan sesuatu yang palsu, suatu yang seolah2 nampak indah sedangkan hakikatnya tidak seindah seperti yang di gambarkan. Syaitan tidak akan pernah berhenti menggoda dan menghasut anak cucu nabi adam sehinggalah kiamat tiba. Salah satu cara mereka menghasut adalah dengan membayangkan sesuatu yang haram, yang di larang Allah sebagai indah di mata, hati, akal dan nafsu manusia. Dan jika kita terpedaya dengan janji2 palsu syaitan itu, maka jadilah haram itu indah lalu bergembiralah musuh2 Allah iaitu syaitan. Naauzubillah..

Selain dr godaan syaitan yang direjam, tuntutan nafsu yang tidak di pimpin akal dan iman juga mendorong umat manusia melakukan kemaksiatan. memilih yang haram. maka sebab itulah kita selalu dengar, ada orang di tangkap berkhalwat di bulan ramadhan, tak puasa di bulan ramadhan, berjudi minum arak etc..Tabiat dan kebiasaan yang sebati dengan kehidupan menjadikan manusia seolah2 tidak dapat membezakan mana yang halal atau mana yang haram..

Antara sebab lain kenapa manusia lebih memilih yang haram adalah apabila yang haram itu lebih mudah diperolehi..sperti apa yang pernah di bincangkan oleh Dr Mohd Asri- Bila Zina Lebih Mudah Dari Nikah. Ye la, nak nikah perlukan duit beribu2, hantaran, kenduri etc sedangkan zina, kadang2 tak perlukan wang-dalam semak, dalam kereta atau tepi tangga pun boleh jadi. Aku pernah terbaca Majalah Mastika suatu masa dulu, pengakuan seorang gadis (bohsia)- saya melacurkan diri saya dengan sebiji burger..aku tak tipu, mmg budak tu cakap, BURGER. kata dia, dia sanggup tidur dengan mana2 lelaki asalkan lelaki tu bawa dia berjalan2 dan belanja dia makan walaupun sebiji burger- astaghfirullah- murahnya harga diri.. Nak nikah juga perlukan izin dari kedua belah keluarga sedangkan nak berzina- as long as kedua2 pihak setuju- bila2 masa pun boleh..naauzubillah..

Begitu juga dengan riba dan rasuah. Untuk dapatkan wang yang lebih banyak dengan cara yang cepat dan mudah, maka manusia tanpa segan silu melakukan riba dan rasuah, merompak dan mencuri. Duit haram hampir sebati dan lali dalam kehidupan seharian seolah-olah yang haram itu tidak salah..tidak mengapa..kenapa ini berlaku? kerana yang haram itu lebih mudah nak dapat dari yang halal...nonono~!!

Last but not least, kenapa manusia lebih suka memilih yang haram daripada yang halal adalah kerana kurangnya didikan agama. kerana tidak mempunyai asas Islam yang kukuh dan kerana terdedah dengan persekitaran yang seolah2 menghalalkan yang haram.

Fitrah manusia juga selalu lupa dan tahap keimanan seseorang juga tidak selalunya maintain di tangga yang teratas. Manusia mmg mudah lupa, iman juga perlu sentiasa di beri 'makanan' rohani iaitu melalui melakukan ibadat.. sekiranya hari ini kita mungkin seorang alim, kemudian ada masanya kita leka, lupa dan lalai, kurang melakukan ibadah..banyak menghabiskan masa dengan perkara2 yang lagha dan sia2, banyak berseronok, maka tahap keimanan kita beransur akan terhakis dan akan menurun lalu memudahkan kerja2 syaitan untuk merosakkan keyakinan dan kecintaan kita kpd Allah yang Satu. maka jadilah kita pelaku maksiat yang memilih yang haram. Oleh itu, peliharalah iman kita agar sentiasa selamat dari hasutan syaitan dan godaan nafsu jahat. InsyaAllah.


Penutup

Telah jelas mana yang baik dan mana yang buruk maka pilihlah yang baik. Sesungguhnya, siapa yang berpegang kpd tali Allah tidak akan sesat..insyaAllah...

Akal yang waras dan keimanan kpd Allah yang satu seharusnya mampu membimbing manusia untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. dapat membezakan mna yang haram dan mana yang halal.

Namun kadang2, hidup ini tidak selalunya mudah, ujian dan dugaan Tuhan datang dalam pelbagai cara. Aku sering ingatkan diri sendiri- jika di hadapanku ada dua jalan- baik dan buruk maka usah berfikir panjang, pilihlah yang baik-kerana aku takut, jika aku terus berfikir, syaitan akan ikut serta memberi penyelesaian dan aku takut aku akan memilih jalan yang salah..

Aku bukanlah manusia yang baik, tidak sempurna dan tidak maksum. (namun itu bukan alasan untuk aku terus melakukan dosa). Yer memang, aku juga pernah melakukan kesilapan, khilaf dan alpa. Manusia hina yang tidak reti bersyukur. Lupa janji2 Tuhan, lupa ganjaran dosa dan pahala. Namun, aku bersyukur, kerana Tuhan masih mengasihi aku, menyedarkan aku dan aku percaya pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba2-Nya dan aku memohon kekuatan dariNya untuk menebus segala dosa2 silamku. Aku memohon hanya dariNya agar dilindungi dari godaan syaitan dan nafsu jahat. Selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.


Sekian dulu makcik Jijah membebel untuk hari ini..


Wallahua'alam.

P/S: Hey kawan, aku dah tulis nie, harap korang bacalah yer..bukan apa, fitrah manusia nie, mudah benar lupa..so aku takut jika suatu masa nanti aku ditakdirkan lupa segala apa yang aku tulis dan bebel kat sini, aku mohon yer, tolong tegur dan ingatkan aku..bantu-membantulah kita ke arah kebaikan dan jangan sekali-kali saling membantu ke arah kemungkaran..

Mekacih..


Sebagai halwa telinga korang, aku sertakan lagu yang penuh keinsafan ini, selamat menghayati.


Wednesday, December 17, 2008

Optimis Itu Perlu~!!

Bismillahirrahmanirrahim…


Post kali ini adalah 're-publish' dan 'upgrading' dari post asal di blog yang lama.. http://semut2comel.blog.friendster.com/.. Mungkin ketika ini tahap optimisme aku menurun pada level yang sangat rendah, menyentuh hati aku untuk kembali membaca entri tersebut dan sekaligus berkongsi semula di sini.. Semoga memberi manfaat. InsyaAllah.


Apakah Optimism?

Mengikut definisi aku, optimis adalah berfikir secara positif, yakin akan ada kesudahan yang baik pada akhirnya. kata lawan bagi optimis adalah pesimis. Optimisme adalah sebuah perkataan yang di cilok dr perkataan omputih iaitu optimism yg bermaksud the attituude or belief that the best thing is most likely to happen, that good will defeat evil. dan optimistic is believing that something (a result, the future) will be good..Hurmm..arap2 korang leh faham la yer..=)


Kenapa Harus Optimis.


Kerana kita yang beragama Islam, yang meyakini keesaan Allah yang satu, yg beriman kepada qadar dan qadar harus juga yakin dengan janji2 Allah..


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang berusaha mengubahnya..dan Allah juga tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu di tanggung olehnya..maka kita kena yakin dan percaya..setiap dugaan yang Allah kurniakan kpd kita, adalah suatu dugaan yang mampu kita atasi…jika besar dugaannya..maka sebesar itu jugalah kekuatan dan kemampuan kita untuk mengharunginya.


Kenapa harus optimis? kerana optimis mampu menghindar sikap2 negatif dan pasif antaranya sifat pesimistik..yang bertentangan dengan sifat optimistik. kenapa kita tidak harus bersikap pesimis? kerana sikap pesimis itu tak lain tak bukan, boleh di ibaratkan rantai besi yang berat, yang merantai kedua gelang kaki kita, lalu menghalang kita melangkah lebih jauh apatah berlari laju ke hadapan. bagaimana tu yer?


Begini caranya…bila kita pesimis..kita seolah2 memandang hari esok umpama hari yang kelam tiada sebarang harapan dan tiada sedikit cahaya pun. Esok boleh di umpamakan suatu tempoh masa yang amat mengerikan dan menakutkan. dan jika boleh, orang2 yang bersikap pesimis ini seolah2 bila terjaga dari tidur keesokan paginya, tidak mahu membuka matanya, tidak bersedia menempuhi hari baru kerana di himpit pelbagai perasaan yang tidak enak, gelisah, risau, takut, gemuruh, resah, cemas, keliru, dan pelbagai rasa yang menyesakkan dadanya sendiri.


Maka, selimut yang tebal itu seolah2 ingin di tarik menutup seluruh tubuhnya, bagaikan ingin mencipta satu gua yang hanya dia ada di dalamnya..tiada siapa yang mampu mendekatinya. tiada siapa yang mampu menyakitinya dan die berasa lebih selamat dan lebih yakin di dalam gua ciptaannya itu…ah!!


Jika hanya terbaring longlai, berpeluk tubuh tanpa bertindak dan berusaha…siapa jua akan mati kelaparan~!! Sampai bila kita harus makan di suap…which is sampai bila kita mahu berdiam diri? tidak mahu berjuang berdiri di atas kaki sendri memperjuangkan nasib diri sendiri? Jika berusaha untuk dapatkan emas, maka emaslah yang dapat..tapi jika berusaha semata2 untuk dapatkan batu2..maka batu2 itu jugalah yang mampu di perolehi.



Apa kaitannya dengan pesimistik?


Bila kita optimis..yakin bahawa hari esok sentiasa menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari hari ini.. bila kita yakin akan kekuatan dan kebolehan diri sendiri, maka kita akan sanggup berusaha lebih keras agar berjaya mencapai impian dan cita2 yang selama ini kita sematkan dalam minda dan hati kita.


Jika kita optimis, kita yakin bahawa Allah akan membantu kita, mempermudahkan jalan bg hambaNya yang rajin berusaha dan berdoa, maka kita tidak mungkin akan duduk berpeluk tubuh lantas membiarkan masa berjalan dengan sendiri tanpa berbuat apa2 yang mampu membuahkan hasil dan faedah yang baik untuk kita..kita akan lebih menghargai masa dan peluang yang datang.

Sesungguhnya bila kita optimis, kita akan tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan mata kita..kita akan tahu menghargai setiap keistimewaan dan kebolehan yang ada pada diri kita lalu mengaplikasikannya demi kebaikan kita dan mereka yang kita sayangi..


jika kita optimis..kita sedikit pun tidak akan tergamak membuang masa kita dengan perkara2 yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita..kerana kita optimis..setiap usaha yang baik, niat yang baik, akan mendatangkan hasil yang baik…dan indah nikmatnya..insyaAllah.


Kenapa Tidak Optimis?


Tidak semua orang dilahirkan semula jadi lengkap segala pakej.. tidak semua iragn yang dilahirkan sempurna dengan segala anugerah..mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan dalam diri seseorang, menjadi punca kenapa dia tidak bersikap optimis…contoh mungkin kerana kecacatan yang dimiliki atau mungkin kerana tidak dikurniakan akal yang secemerlang insan lain.


Ada juga yang tidak boleh bersikap optimis kerana persikataran yang mendorong dan memaksanya menjadi pesimis..contohnya sering di hujani dengan tohmahan dan kata2 keji lagi nista, sentiasa di beri tekanan dan kata2 pematah semangat seperti:


“kau bodoh, kau takkan kemana”

“kau buruk, semua orang akan benci kau

“kau miskin, kau tak layak untuk sesiapa”


dan pelbagai lagi kata2 negatif tidak lain tidak bukan hanya mampu menjatuhkan keyakinan diri seseorang lalu mencetus sikap pesimis dlm dirinya.


Dan..selalu menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup juga menjadi salah satu penyebab kenapa seseorang itu menjadi seorang yang pesimistik. Mungkin juga di dorong perasaan berputus asa dan takut jatuh di tempat yang sama berulang kali mampu menjadikan seorang itu gagal untuk bersikap optimis.


Tidak mempunyai sasaran/ target/ impian juga menjadi salah satu sebab kenapa seseorang itu bersikap pesimis..melihat masa depan sebagai sesuatu yang tidak pasti, kabur dan samar2 sudah pasti tidak mendatangkan sebarang keuntungan..tak lebih dari itu, mampu merugikan seseorang kerana berkemungkinan mengakibatkan pembaziran masa..


Kerana didorong sikap yang pesimis dan tidak yakin dengan apa yang di ingini, seorang Chef mungkin membuang masanya bertahun2 dengan melukis, dan setelah sepuluh tahun kemudian baru dia sedar, hatinya bukan untuk melukis dan baru tersedar bahawa minatnya adalah memasak..maka sepuluh tahun yang dilalui untuk melukis itu boleh di umpamakan sebagai tempoh yang merugikan..


Seandainya dia awal2 sudah tahu minatnya memasak, maka masa sepuluh tahun itu dapat di gunakan dengan sebaik mungkin untuk memantapkan kemahiran masak memasak….pergh..sudah pasti selepas 10 tahun kemudian, dia bukanlah seorang pelukis yg baru merangkak belajar masak memasak…sudah tentu dia sudah menjadi chef yang berjaya dan terkemuka…Woho~!! maka, menentukan impian dan cita2 dari awal adalah bukan suatu perkara yang boleh di pandang enteng.


Dengan segala fakta di atas..wal lebih kurang sebabnya aku dah mengantuk, maka dapat kita simpulkan bahwa sikap optimistik ini adalah penting dalam kehidupan kita…bukan demi kehidupan sekarang..tapi juga demi kehidupan kita di masa hadapan.



Kenapa Aku Seorang Yg Pesimis?


Berkobar2 bercerita mengenai sikap2 optimistik dan pesimistik..jujur aku mengaku, aku bukanlah dilahirkan sebagai pakej lengkap yang sempurna segalanya..


Kisah hidup dan kesusahan yang aku lalui sewaktu zaman kanak2 ada baik buruknya kepada aku. Kerana kesusahan yang pernah aku lalui itu, aku optimis dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. aku ingin mengubah nasib keluargaku dan Alhamdulillah, aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.


Selalu cemerlang menjadikan aku seorang yang yakin pada diri sendiri. . Optimistik. Mungkin over confident..sehinggalah tiba zaman universiti, aku mengenali suatu makna baru dalam kehidupan. KEGAGALAN.


Kegagalan pertama kali ini benar2 melukakan hati aku dan menyakiti aku. menghancurkan segala keyakinan yang ada dalam diri. meleburkan segala kekuatan yang pernah aku kumpul selama ini. melemahkan segala sendi lututku dan aku tidak lagi mampu berdiri tegap. sungguh. aku tidak mampu menerima tamparan ini kerana aku sedikit pun tidak bersedia menghadapinya. aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang, mana mungkin aku boleh GAGAL?? tidak pernah aku bayangkan. tidak pernah.


Aku menangis bersungguh2..peritnya akibat kegagalan tidak mampu aku gambarkan. aku benar2 kecewa dan lebih teruk dr itu, aku mudah berputus asa. kesilapan aku yang paling besar, aku tidak terus bangkit dari kegagalan itu, sebaliknya terus meratapi nasib diri, sehinggakan kegagalan demi kegagalan terpaksa aku hadapi.


Sungguh. aku benar2 menjadi semakin lemah dan tidak tegar. aku benar2 kalah dalam perjuangan menentukan nasib diri. Owh~!!Hasniza yang hingusan, yang tidak kuat jati diri, tidak utuh semangat di jiwa, jatuh sekali…makin pula bergolek2 menyembah bumi..Ah~!!Hasniza yang gagal itu benar2 menyakitkan hati aku..Ah~!! Lemah dan tidak berhati waja. Cepat benar mengalah dan tidak tahu mengendali perasaan akibat dari sebuah kegagalan.


Kesan dari kegagalan yang tidak di jangkakan itu..aku tiba2 berubah menjadi seorang yang pesimistik. Aku sudah tiada arah tujuan hidup dan aku tiada semangat untuk mencapai kejayaan. Aku pesimis..bagi aku, peluang untuk aku berjaya sudah terlalu tipis..haih..banyak betul kesilapan aku..Isk3..


Dan situasi aku sekarang yang membuatkan aku bersifat pesimis adalah kerana aku tidak tahu apa yang sebenarnya aku inginkan. Aku tidak yakin dan ragu dengan apa yang sedang aku lakukan kini- kerja aku sekarang.


Yup, aku berkerja sebagai proses engineer di sebuah consultancy oil n gas..tapi adakah jiwa aku menjurus ke arahnya? adakah aku gembira dengan kerja ini? adakah aku berkemampuan dan berkewibawaan untuk memikul tugas ini? Sungguh, banyak betul persoalan.


Selain itu, umur yang makin meningkat dari tahun ke tahun juga berjaya mencetus suatu perasaan resah..resah? hanya Allah yang Tahu.



Bagaimana Mendominasi Sikap Pesimis?


Tidak susah untuk susah..tidak senang untuk senang..waktu di zaman kegagalan aku tuh, aku seolah2 mayat hidup yang hidup tanpa arah tujuan. aku tiada matlamat hidup. syukur, dalam kekeliruan yang amat tu, aku masih lagi terkenangkan family dan mak ayah.. akhirnya, demi mereka aku berusaha setakat yang termampu untuk meneruskan pengajian di Universiti..kalu bukan kerana terkenangkan mereka, mungkin juga aku tewas di tengah jalan.


Selain dari meletakkan orang yang kita sayang sebagai mangkin, menjadikan diri sendiri sebagai kawan baik juga merupakan salah satu cara untuk mengatasi sikap pesimis. bagaimana tuh? begini…sematkan dalam diri kita..jika bukan kita yang memujuk diri kita, maka siapa lagi?


Jika bukan diri kita yang memberi kekuatan kepada kita, maka siapa lagi? kerana hanya kita dan Tuhan yang tau setiap derita dan dugaan yang kita lalui..


Jangan sekali2 letakkan harapan kepada orang lain, untuk memahami kita atau mendorong kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..kerana selain kita dan Tuhan, tiada seorang manusia pun yang mampu membaca hati dan perasaan kita, tiada seorang manusia pun yang mampu memahami kehendak kita sepenuhnya seperti apa yang kita harapkan..so? jika mereka tak tau apa yg kita mau…


Bolehkah kita kalungkan harapan kita di leher mereka? supaya mereka memujuk kita, ketika kita bersedih hati..supaya mereka mendorong kita ketika kita dalam kekeliruan..supaya mereka meyakinkan kita ketika kita teragak-agak untuk menyusun langkah mara ke hadapan, supaya mereka membuat keputusan yg terbaik untuk kita dan masa depan kita…boleh ke?? sedangkan kita pun tahu..hati kita, jiwa kita, minda kita dan kehendak kita…hanya kita dan Tuhan saja yang tau..


Bisikkan dalam dri sendiri..sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur…ucapkan kata2 yang indah…pembakar semangat kepada diri sendiri..yakinkan diri kita bahawa hari esok menjanjikan seribu satu keindahan, jangan jemu dan jangan berputus asa, biar beribu kali kita menuturkan kata2 dan bisikan yang sama..tidak mengapa…asalkan kita mampu mendorong diri kita seupaya dapat menjadi seorang yang positif dan sentiasa positif dalam menghadapi setiap dugaan hidup yang tidak menentu..


“bisikku pada hati..senyumlah..biar apa dugaan yang datang..jangan gentar”

“bisikku pada diri..aku kuat!dan aku mampu menghadapinya..”

“bisikku pada akal..tolonglah..pandulah hidup ku”


Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa jasad dan nyawa ini cuma pinjaman sementara…segala kurniaan adalah pinjaman dariNya yang Esa..jangan sekali2 lupakan Dia bilamana senang atau susah..sentiasa gantung harapan kepada Dia supaya sentiasa melindungi kita…bertawakal kepada Dia setelah kita berusaha apa yang kita mampu..aduss..ngantuk pulak mata aku…sikit je lagi nak sambung..haih..


Cara lain untuk mendominasikan kekurangan dalam diri atau sikap pesimis dalam diri adalah bergaul dengan mereka yang sentiasa optimis. Jangan bergantung seratus percent, tp setidak-tidaknya aura dan chakra optimis itu dapat tersebar ke dalam diri kita..dan kadang2 orang yang optimis ini (yang kita kenal hati budinya) dapat mendorong kita membuat keputusan yang lebih baik..biasanya org yang pesimis akan teragak2 dalam setiap keputusan yang dia lakukan…maka, dengan bantuan orang optimis, keputusan untuk memlih sesuatu perkara boleh menjadi lebih cepat.


Biasanya anak sulung dan ke-tiga lebih cenderung untuk bersikap optimis…dan selalunya juga, anak kedua pula cenderung bersikap pesimis..(harap maklum, bukan semuanya yer..)


Dan suka aku ingatkan…setelah kita tahu kelemahan kita..iaitu pesimis.. maka kita kena juga tahu bagaimana mengatasinya..dan tolong juga ambil berat, orang yang pesimis ini mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk di buli atau di tindas…orang suka mengambil kesempatan terhadap sikap kita yang sentiasa tidak yakin pada diri ini..so pesan aku, silakanlah berhati2..jangan mudah percaya kepada orang lain dan jangan pula terlalu ingin berdikari..tiada siapa boleh hidup sendirian dalam dunia ini. ingat tuh..


Last but not least…sentiasa letak Tuhan dalam dri kita…walau apa jua yang kita lakukan, jangan sekali2 lupakan Dia. mungkin anda hari ini seorang pelaku maksiat yang di hina…namun, setelah menydeari kesilapan diri, kita haruslah segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya..mungkin hari ini kita seorang yang kuat imannya…jangan pula kita riak dan beranggap syurga itu sudah pasti dalam genggaman kita….Allah Maha Pengampun dan Allah juga Maha Mengetahui..Takdir dan suratan kita dikemudian hari tiada siapa pun yang tahu, kecuali Dia..dan kepadaNya kita kembali..



Sekian untuk kali ini.. Celoteh dan bebelan aku yang agak emo..huhu.


Wassalam.

Tuesday, December 16, 2008

Korban dan Hijrah.

Bismillah..

Sejujurnya, aku masih berat hati untuk berpindah dari blog asal aku nie..http://semut2comel.blog.friendster.com/

Maka atas sebab musabab itu jugalah, aku setia menulis di sana walaupun sebelum itu, blog aku di frenster telah ghaib, lenyap tiba2..maka blog itu adalah blog kedua aku di frenster..

Ya, aku suka menulis dan mungkin bertambah suka kiranya ada orang sudi membaca dan mendapat manfaat darinya, insyaAllah..tapi memandangkan aku cuma ada masa yang sangat terhad, maka aku tak punyai masa untuk make up blog..berbeza dgn blog di frenster, aku cuma perlu pilih layout yg aku berkenan, then terus menulis..jimat masa...kemas dan simple..i love it...tapi masalahnya, frenster selalu buat hal..selalu buli aku..antara kes buli yang telah di lakukan terhadap aku dan mungkin mangsa2 lain adalah:

1) Menghilangkan blog lama aku secara tiba2- tiada back up data.
2) Selalu hang- in maintainance
3) Slow- take time bila aku nak post
4) Susah nak edit- slow
5) Tak boleh masuk gadget2 lain- seperti chatbox(or mybe aku tak reti)
6) Menyusahkan kawan2 frenster aku- Penuhkan inbox derang bila aku update blog
7) dan lain2..

Terlalu banyak sebab utk aku berhijrah...hurm..mmg berat hati untuk berpindah tp sempena hari raya korban yg baru sudah dan juga sempena maal hijrah yang tak lama lagi, maka terpaksalah aku membuat keputusan nekad ini..PINDAH ke blogspot..tawakkaltualallah..semoga bercambah kebaikan dan manfaat darinya. mudah mudahan..

Memandangkan aku sekarang dalam mode berdukacita dan bersedih..terlalu banyak perkara yang sedang bermain2 dalam fikiran aku, banyak benda yang sedang aku fikirkan..fikiran yang agak kusut, tentunya jika aku menulis sekalipun, tidak banyak manfaat yang mampu di cambahkan...sesungguhnya, diam itu lebih baik dari berkata2 dan berkata2 lah jika ianya bermanfaat..so dengan itu, aku memilih untuk berhenti sampai sini saja..

Sebelum berundur, aku nak share lagu nasyid yang sedang aku dengar saat ini..



Insyaf
Munsyid : Rabbani

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu
Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu
Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia
Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti
Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku






Semoga sama2 dapat menghayati..Mudah-mudahan..

Monday, December 15, 2008

Kuasa dan Keajaiban Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim..


First of all, syukur dan puji ke hadrat Ilahi. Juga terima kasih yang tidak terhingga ingin aku ucapkan kpd sahabat yang berjaya menarik minat aku untuk mendalami tafsir al-Quran. Masih merangkak dan masih banyak ilmu yang belum aku pelajari namun aku akan sentiasa mencuba meng'upgrade' diri aku yang kerdil lagi hina nih, insyaAllah, dengan izin Tuhan.


Aku abaikan dulu hasrat utk bercerita 'tentang kematian'..aku simpan dulu kemas dalam minda aku, rapi dan sulit sekali. Biarlah dulu, aku masih not in mood untuk bercerita mengenainya..Moga Tuhan gerakkan hati aku supaya aku dapat menulis mengenainya dan sekali gus berkongsi dengan sahabat sekalian, insayAllah..mudah-mudahan..


Kali ini aku ingin berkongsi mengenai kuasa atau 'magik' yang terdapat dalam al-Quran. betapa al-Quran itu sempurna, lengkap dan menyeluruh. segala-galanya lengkap tertulis dan termaktub di dalamnya, cuma tinggal kita yakni umat manusia untuk menyelak, menyingkap dan mengkaji serta mengambil iktibar darinya.. Syukur juga kerana kita lahir pada hari ini, segalanya sudah tersedia lengkap..al-Quran bukan saja sempurna di bukukan, malah turut di tafsirkan dalam perlbagai bahasa. Subhanallah. Alhamdulillah..


Tak dapat aku gambarkan bagaimana keadaan aku atau ummat manusia kini jika mushaf ini tidak di bukukan..bagaimana jika masih tercerai berai di atas pelepah2, tulang2 atau batu2...sukarnya kita..Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan memelihara al-quran, Allah jugalah yang menggerakkan hati Uthman untuk mengumpul sahabat2 yang di yakini membentuk satu kumpulan untuk mengumpul kesemua al-quran dan seterusnya membukukan..subhanallah..betapa besarnya jasa2 mereka..semoga Allah memberi kurniaan yang setimpal..betapa hebatnya aturan Allah, al-Quran yang di bukukan kemudian di salin dan di sebarkan ke serata pelusuk dunia..Subhanallah..Alhamdulillah..


Okeh, demi berkongsi, mula2 nak copy paste surah Al-Baqarah dulu..aku just fokus pasal harta dan muamalah harian..pasal orang kaya dengan orang miskin..memberi dan menerima..ini pasal harta dan kekayaan..:)



Bersedekah dan beramal dengan harta..



[261]
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


[262]
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.



[263]
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.


[264]
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


[265]
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.


[266]
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).


[267]
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


[268]
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.


[269]
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.


[270]
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.


[271]
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.


[272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.


[273]
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.


[274]
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.



Pastu mengenai Riba pulak..



[275]
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


[276]
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.


[277]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


[278]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.


[279]
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.



Pasal Hutang Piutang



[280]
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).


[281]
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.


[282]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


[283]
Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.



and Last sekalik but not least..adalah pasal REZEKI dan anugerah Tuhan..


[284]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


[285]
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Demikian dulu untuk kali ini, semoga sama2 peroleh manfaat, insyaAllah..Wallahua'alam.