+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, November 18, 2012

Palestin. Semoga Kau Pun Tahu

Palestin. Semoga Kau Pun Tahu.

--------------------------

Airmatamu mengalir bagai tiada sebarang nilai..
Darah yang membasahi bumi tiada siapa peduli..
Kau menjerit memekik kesakitan..
Kau merintih merayu simpati.

Telah lama kau menderita,
Telah banyak nyawa menjadi korban,
Telah banyak rumah kediaman musnah,
Telah banyak duka yang kau tanggung.

Angkuh benar musuh durjana!
Melontar peluru sembunyi tangan,
Nyawa umpama sampah tidak bernilai,
Kejam dan rakus membedil dan menembak.

Ah!
Sungguh aku benci musuhmu,
Merekalah manusia jahil tiada pedoman!

Aku idamkan buatmu..
Burung Ababil datang membantu..
Melontar batu panas memusnahkan mereka..
Biar hancur ibarat daun di gigit ulat.

Aku mendoakan,
Dunia ini kembali sejahtera..
Kau juga bebas di negaramu..
Kembali membina tamadun..
Bangkit dari penderitaan..
Semoga kau pun tahu..
Apa erti keamanan.

Aku mendoakan,
Tiada lagi penindasan,
Tiada lagi pencabulan,
Tiada lagi penyeksaan.
Bantuan Allah pasti tiba!
Kemenangan kan pasti jadi milikmu.
Keamanan akan jadi milikmu.
Dan semoga kau tahu.
Aku saudara yang mencintaimu.
[Di olah semula pada 18 November 2012. Karya asal pernah disiarkan DI SINI, pada 4 Januari, 2009. Dejavu lagi.]

Surat Umar Kepada Sungai Nil


Ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al Khattab sebagai Khalifah yang Ke-dua selepas Abu Bakar As-Siddiq, Amru Al-As telah dilantik untuk mengetuai pasukan tentera Islam menakluk Mesir. Setelah berhasil menakluk Mesir, Amru al-As membangunkan sebuah kota di tepi Sungai Nil. Di situ juga didirikan sebuah masjid besar berhampiran dengan Kota Fusfat.


 
Ketika itu, para petani di Mesir biasa mengadakan upacara korban sebagai tanda kesyukuran kepada dewa Sungai Nil. Mereka memilih seorang gadis yang paling cantik untuk dijadikan korban. Amru al-As tidak senang hati dengan upacara korban itu lalu merujuk kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Saidina Umar al-Khattab lalu mengeluarkan perintah supaya upacara itu dihentikan dan tidak boleh diadakan lagi.

 Pada tahun berikutnya, penduduk Sungai Nil tidak berani mengadakan upacara korban itu lagi kerana takut dihukum. Dengan takdir Allah, tahun itu juga kemarau panjang melanda Mesir, air Sungai Nil mulai surut. Tanah pertanian jadi kering kontang.

 

Thursday, November 15, 2012

Hijrah Mudah, Istiqamah Payah?

Petang itu petang yang nyaman. Bumi masih lagi basah disimbah hujan, aku suka bau-bauan selepas hujan. Aku juga suka menghirup udara selepas hujan. Terasa segar. Manakan tidak, hujan yang lebat tadi bukan saja membawa rahmat ke seluruh alam, namun juga membawa pergi segala kotoran yang bertebaran di udara. Aku juga suka, kerana semuanya itu dari Allah.

Buku Biar Bidadari Mencemburui Dirimu karya Salim A. Fillah aku tutup rapat, lalu aku meribanya. Aku menjeling ke arah dia yang sedang duduk di sisi aku. Jauh benar dia mengelamun. Aku senyum. Ah, aku tahu dia. Kalau begitu gayanya, pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya saat itu.

"Hey... Lama betul kau tenung langit tu, bimbang pula aku. Takut-takut nanti langit runtuh gara-gara kau!" Aku cuba berseloroh. Dia tersentak lantas melontarkan jelingan tajam pada aku. Huhu. Tajam betul.

"Okey-okey. I'm sorry. Now, tell me. Apa yang sedang kau fikir ni?" Aku berlagak serius, cuba mengorek rahsia.

"Aku ada soalan. Kau rasa hijrah ni mudah ke?" Setelah diam sejenak, akhirnya dia bersuara.

Aku anggukkan kepala, kemudian menggelengkannya pula.

"Mudah, apabila hidayah Allah datang, dan kita benar-benar bersedia untuknya. Apa saja yang dilakukan kerana Allah taala, biarpun susah akan terasa mudah. Namun... "

Aku diam seketika. Dia menumpukan perhatiannya penuh kepada aku.

"Mujahadah bukan mudah. Kalaulah betul mudah, dah ramai orang buat, sudah tentu ramai yang masuk syurga dan tak ramai yang masuk neraka kelak.."

Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Kau betul, hijrah daripada keadaan yang tidak baik, kepada keadaan yang lebih baik, hijrah daripada sikap jahiliah kepada sikap seorang muslim sejati itu bukan mudah... Perlukan kekuatan dan sokongan dari orang sekeliling juga.. Tapi, kau tahu tak, apa yang lebih susah daripada itu?" Tambah satu lagi soalan dari bibirnya mengetuk kotak fikiranku.

Aku membisu. Soalannya itu bukannya memerlukan jawapan daripada aku, aku tahu. Lalu aku kembali bertanya.

"Apa yang lebih susah daripada hijrah?"




Smartphone Sangat Berbaloi-baloi. Jom Hijrah!


Bismillahirrahmanirrahim..

 Assalamualaikum wbt, apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua. Moganya, sahabat-sahabat pengunjung blogger saya ini, benar-benar mengambil iktibar dan ibrah daripada peristiwa sejarah Hijirah Rasulullah saw dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 

Saya ini, walau berkali-kali mendengar cerita hijrah mereka, alhamdulillah tak pernah jemu. Dan sentiasa ingin mendengar dan membaca tentangnya. Moga-moga sahabat saya juga begitu. Sedikit selingan;



Semoga bermanfaat insyaAllah. Baik, sebenarnya, saya bukan mahu bercerita tentang peristiwa hijrah itu dalam entri ini (lain kali insyaAllah). Di sini, kali ini, saya ingin sembang-sembang tentang penghijrahan daripada handphone ke Smartphone atau juga dikenali sebagai telefon pintar. =)

Tuesday, November 13, 2012

Jangan Sekat Teknologi Internet

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Doa Dari Surah Al-Baqarah dan Al-Imran

Kota Suci Mekah dan Kemuliaannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Moga sentiasa sihat walafiat, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Semoga sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah dan ujian hidup. Semoga sentiasa dipelihara dan diberi petunjuk olehNya, agar dalam apa jua yang kita lakukan, mudah-mudahan, Allah sentiasa memimpin kita untuk memilih dan melakukan yang terbaik - untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin ya Rabb...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Baru beberapa minggu yang lepas, kita menyambut Hari Raya Korban, juga dikenali sebagai Aidul Adha dan Hari Raya Haji. 3 in one, ya? Alhamdulillah, wa syukurillah. Tahun ini (1433H) saya diberi keizinan olehNya untuk meraikannnya di kampung halaman, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. Diizinkan Allah untuk solat sunat Aidiladha di surau tua di kampung itu.

 Dan saya terkenangkan Masjidil Haram. Rindu ini membuak-buak.

 Bersama Bonda di hadapan Masjidil Haram.