+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, February 24, 2011

Bukan Seperti PSP

Ketika zaman kanak-kanak saya dahulu kala, tiada Game Boy, tiada PSP, tiada computer, tiada video games. Kalau ada pun waktu itu, orang tersebut tentunya sangat kaya. Video games dan brick games sudah wujud pada ketika itu. 

Memandangkan saya orang susah, dan kawan-kawan saya pun tiada yang punya permainan canggih-manggih itu, maka kami membesar waktu itu dengan cara kami sendiri.


Wednesday, February 23, 2011

Cuma Bayang

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua sentiasa dikasihi dan dirahmati Allah swt..

Lama tak bersua, alhamdulillah kali ini diizinkan oleh-Nya untuk kembali menukil coretan, barang sepatah dua kata. Sekadar entri pendek, menyambung entri sebelum ini, Pandangan Pertama.

Mungkin ada yang telah meneka dengan tepat, dan mungkin juga ada yang salah. Apapun, sebenarnya gambar dan jurukamera tidak salah. Gambar itu memang sebegitu. Bukan terbalik. Boleh lihat gambar sebenar di bawah.

Tuesday, February 15, 2011

Fussilat : Hikmah Al-Quran dan Keangkuhan Manusia

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata:

"Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?"


Monday, February 14, 2011

Setulus Cinta Mentari - Part Akhir

Aku membuka kedua belah mataku perlahan-lahan. Kelopak mataku terasa berat sekali. Bau ubat-ubatan menusuk hidungku. Biarpun sukar aku gagahkan jua mengangkat ke dua belah kelopak mataku. 

"Adik.. Adik..." Suara halus memanggil-manggil aku. Aku mendengarnya sayup namun tidak dapat mengecam suara itu milik siapa. 

Mataku dibuka lebih luas. Kini aku dapat melihat dengan lebih jelas, susuk-susuk tubuh yang hadir di dalam bilik sempit itu. Dekat dengan kepalaku aku nampak ibu sedang menangis bagai tidak mahu berhenti. Di sebelah ibu aku lihat Kak Uda sedang mendukung anaknya Suria. Pipinya juga basah dengan airmata. 

Saturday, February 12, 2011

Setulus Cinta Mentari - Part 2



Kak Ngah membelek-belek ikan yang disusun dan dilambak di atas meja. Aku ikut sama membelek walaupun hakikatnya aku sendiri tidak tahu apa yang ingin aku cari pada jasad seekor ikan yang telah mati.

Setulus Cinta Mentari - Part 1


Mentari mengintai malu, sembunyi di balik bangunan-bangunan tinggi. Belum menunjukkan wajahnya yang bulat. Namun kehangatannya sudah mula terasa. Malam telah berlalu, pagi datang menemani hari, bersama mentari.

Setiap pagi Ahad, perkarangan Stadium Melawati selalunya dibanjiri ramai manusia. Pasar Tani yang juga dikenali 'Pasar Karat' sudah bertahun-tahun bertapak di situ. Ramai orang mengunjunginya, pelbagai ragam dan gelagat. Gera-gerai yang dibuka juga boleh tahan banyaknya. Ada bahagian kering dan ada bahagian basah yakni bahagian yang menjual barang-barang mentah untuk memasak seperti daging, ayam, ikan, sayur dan lain-lain.

Aku dan Kak Ngah tiba di situ kira-kira jam 7.30 pagi. Mengikut perancangan kami, Kak Ngah ingin masak laksa penang hari ini. Sudah lama aku tak merasa laksa penang Kak Ngah. Semangat aku  membara, beria-ia mahu menemani Kak Ngah ke pasar pagi itu. Lagi pula, bukan selalu kami mempunyai kesempatan untuk menghabiskan masa berdua sahaja. Setelah hampir setengah jam meninjau dari gerai ke gerai, akhirnya darah mudaku mulai resah apabila tiada satu hasil pun yang telah kami perolehi.

Tuesday, February 8, 2011

Sebab Apa Saya Tak Nak Hidup Miskin

Bismillahirrahmanirrahim..

“Saya pernah dengar terbaca, orang kaya nanti kat akhirat susah nak masuk syurga kerana hartanya akan dihitung satu persatu. Sebab itu saya pilih kemiskinan.”

Begitu antara bait kata, pandangan salah seorang sahabat. Entah mengapa, kenyataannya itu berjaya mencuri perhatian saya. Jauh dilubuk hati saya, saya tidak setuju dengan pendapatnya itu. Saya sedar, dia berhak memberi pandangannya, namun maaf saya nyatakan, kalau dia benar-benar tahu erti kemiskinan, dia tentunya tidak akan berkata begitu. Saya 'maafkan' dia, dia belum kenal erti kehidupan, belum tahu apakah sebenarnya makna kemiskinan.

Saturday, February 5, 2011

Kerana Sebuah Senyuman

Sejak mula melangkah masuk melepasi pintu pagar utama, matanya melilau kiri dan kanan. Bagai tercari-cari sesuatu, atau mungkin seseorang. Cepat langkahnya di atur, menuju mesin 'thumb print'. Dia menjulurkan ibu jari kanannya kemudian menekan ke atas skrin kecil, tanda waktu bekerja sudah bermula.

Dia bukan seorang, di belakangnya kelihatan kelibat beberapa orang pekerja lain. Ada lelaki, ada perempuan. Ada Melayu, ada Cina dan ada India. Di situ, mereka sama-sama mencari makan. Tempat mereka memerah otak dan keringat, demi mendapatkan rezeki yang halal.

Thursday, February 3, 2011

Hujan dan Airmata

Airmata.
Mengalirlah lagi.
Luahkan deritamu.

Seperti hujan.

Ahlan Wasahlan. =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan wasahlan. Selamat datang ke teratak buruk hamba. Jangan terkejut ya.. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk mengubah suai layout blog. Amacam, Ok tak? Hmm.. Sudah lama kita menggunakan tema yang serupa, sudah tiba masanya untuk kita mengubah citarasa. InsyaAllah. Moga-moga ke arah kebaikan..
Sebagai tuan rumah, saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran sahabat sekalian ke teratak buruk saya ini... Moga-moga, kita semua, saya dan kalian, sama-sama peroleh kebaikan darinya, insyaAllah... Saling ingat mengingatkan. Bantu-membantu..