+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, December 15, 2011

Hudud Ubat Zina??

Banggakah kita dengan berita ini? Gembirakah kita?
152,000 anak luar nikah direkodkan pada 2008-2010 

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. 
Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). 
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. 
"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. 
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu. 
Seai Kie berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup. – Bernama
Apa pulak perasaan kita dengan cerita ini?

Asrama baharu untuk gadis hamil 

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni. 
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini. 
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad. 
“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.

Entahlah. Dunia makin tua, makin nazak. Perangai ummatnya juga makin pelik. Dari hari ke hari, ada-ada saja berita dan cerita kurang enak - masalah sosial berleluasa seolah-olah tidak dapat (Tidak mahu?) dibendung lagi. Kes buang bayi tidak pernah sunyi, zina seawal usia 12 tahun kini bagai 'trend'. Masyarakat kini sudah hilang perasaan malu, sewenang-wenangnya melakukan maksiat tanpa segan-silu. Terlupa. Hidup cuma sementara dan segala perbuatan akan di balas.

Allah swt melarang kita melakukan zina. Allah berfirman;
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)

Sebagai Pencipta yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, Dia tahu, laranganNya ini amat sukar untuk dijauhi oleh hamba-hambaNya. Bersama dengan larangan ini, Allah tunjukkan cara yang halal untuk menikmati perhubungan badan dengan berlainan jantina, yakni dengan pernikahan. Allah berfirman,

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. 
Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:25)

Pun begitu, masih ramai yang ingkar dan gagal mengawal hawa nafsu. Tidak suka memilih yang halal malahan cenderung memilih yang haram yakni zina. Allah bertegas, dan melarang zina. Allah swt berfirman;
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). (An-Nisaa' 4:15)

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur 24:4)

Indah, elok aturan Tuhan, tapi mengapa kita manusia yang punyai akal yang dipinjamkan oleh Allah swt, berani-berani mengingkari suruhan dan larangan Allah? Kononnya hukum Allah ketinggalan zaman, kolot, tidak sesuai dilaksanakan di alaf baru. Apa buktinya?

Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi. Dia mengetahui setiap sesuatu, yang telah berlaku dan yang akan berlaku, semuanya dalam pengetahuan Allah. Sehelai daun pun takkan jatuh ke tanah, tanpa izin Allah swt. Maka, patutkah kita menolak undang-undang yang telah Allah tetapkan? Menolak bermakna kita menidakkan kekuasaan Allah. Menolak bermakna kita tidak mengakui Allah satu-satunya Allah yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana.

Dan mungkin, kita menolak hukum Allah, kerana kitalah pelaku maksiat. Kita takut tangan kita dipotong kerana kita seorang pencuri. Kita takut kita disebat kerana kita suka melakukan zina. Begitukah??

Kalau benar begitu. Insaf-insaflah. Hidup di dunia cuma sementara. Ayuh, kita layan video kat bawah ni jom! Sementara kita belum mampu menegakkan hukum hudud, sama-samalah kita bantu membantu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat kita tentang hudud, memberi pemahaman yang lebih tepat kepada mereka yang masih dalam kekeliruan. Agar suatu hari nanti, kita seia sekata, sehati sejiwa untuk bersama-sama menjadikan hudud suatu realiti di tanah air tercinta. InsyaAllah. Amin.. 


No comments: