+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, December 31, 2009

Tidak Semestinya Siti Khadijah

Bismillah..

Kali ini menulis dari sebuah kamar, terletak di UIA Gombak, mencuri luang masa yang ada, semoga bermanfaat, insyaAllah..

Pandang ke belakang, sempena ulang tahun kelahiran saya, yang jatuh pada tarikh 1 Julai yang lepas, saya terharu dengan kasih dan sayang yang dicurahkan oleh sahabat-sahabat dan adik-adik, pelbagai ucapan selamat dan doa, namun yang pastinya, doa yang paling popular adalah "semoga cepat2 kawen".. Ada yang sanggup berkorban masa dan tenaga, bertungkus lumus menyiapkan video 20 minit istimewa untuk diri ini, dan ada juga yang sanggup post hadiah jauh dari seberang lautan. Subhanallah. Terima kasih semuanya.

Hubung Kait.

Antara hadiah yang saya terima adalah dua buah buku, yang bertajuk "Man from mars, women from venus" yang diterjermahkan ke dalam bahasa Indonesia dan "Bilik-bilik cinta Muhammad". Gembira bukan kepalang, berbesar hati dengan kedua-dua pemberian tersebut. Sejenak terfikir, apa hubungkait antara ke dua buku itu? Apa pula kena mengena dengan ucapan dan doa sahabat-sahabat yang mahukan saya segera bernikah? Saya belum mendapat jawapan, hinggalah, saya membaca isi kandung yang tercatit dalam buku itu, lama juga saya mengambil masa, ehehe..

Saya simpulkan, daripada buku "Man from mars, women from venus," si pemberi mahukan saya agar lebih memahami diri lelaki dan wanita, yang tersurat dan yang tersirat. Persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Barangkali. Kerana sepatunya, begitulah :)

Daripada buku "Bilik-bilik cinta Muhammad" pula, apa yang saya simpulkan adalah, kita sebagai manusia biasa, yang bukan maksum, pastinya ada banyak kelemahan dan kekurangan. Buku tersebut mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi saw bersama isteri-isteri baginda. (Maaf saya tidak mahu perdebatkan isu berapa bilangan Nabi dan berapa usia Aisyah ketika bergelar isteri, saya bukan orang yang arif).


Siti Khadijah.

Tidak saya nafikan, dalam kesemua isteri Nabi, saya paling mengagumi Siti Khadijah, isteri Nabi yang pertama, yang melahirkan zuriat Nabi, yang tidak dimadukan, yang sanggup mengharungi susah dan senang bersama Nabi, berkorban demi Rasul dan agamanya, menenangkan Nabi tatkala Baginda dalam ketakutan, memujuk dan menghiburkan baginda, merawat baginda tatkala luka berdarah dizalimi kaum musyrikin. Dan banyak lagi sumbangan beliau, mewangi namanya tercatit dalam lipatan sejarah, tergolong antara insan yang berjasa ketika permulaan penyebaran agama Islam.

Saya akui, mulanya, saya sangat mengagumi Siti Khadijah dan teringin untuk mencontohi beliau. Menjadikan beliau sebagai idola saya. Wanita sempurna, isteri kesayangan Nabi. Namanya tercatit dalam lipatan sejarah, bukan sedikit baktinya. Sungguh. Saya mahu. Mengejar kesempurnaan seperti Siti Khadijah sedangkan diri sendiri, jauh dari itu, malahan mempunyai sangat banyak kelemahan.

Sudahnya, saya kecewa sendirian. Mengutuk diri, menyalahkan diri sendiri dan adakalanya saya bagaikan sukar menerima takdir yang tertulis dalam perjalanan hidup saya. Astagfirullah. Khilafnya saya.

Terima kasih Atul kerana kasik akak buku tu.. Akhirnya terbuka mata akak, untuk menjadi seorang wanita, seorang isteri, kita tidak semestinya perlu menjadi sesempurna Siti Khadijah. Dia insan terpilih, buat menemani insan unggul kekasih Allah, mana mungkin kita mampu menandinginya. Jauh sekali bagai langit dan bumi.

Buku "Bilik-bilik cinta Muhammad" turut mengisahkan, sedikit sebanyak cerita mengenai kesemua wanita yang bergelar isteri baginda, tentang Aisyah yang terkenal dengan sikap cemburunya, kadang-kadang terburu-buru dan tidak matang, tentang Nafsyah, isteri pertama yang pernah di talak oleh baginda nabi, tentang isteri lainnya yang pernah bersubahat dengan Aisyah untuk 'mengenakan' isteri nabi yang lain, dan pelbagai lagi kisah yang sesungguhnya sudah ditakdirkan oleh Allah, yang bukan untuk sia-sia. Allahu Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun, di sebalik kisah-kisah yang tercatit, saya mengambil kesimpulan, pengajaran dari kisah tersebut mengikut takrifan saya sendiri, yakni pertama, setiap wanita, pasti punyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sedangkan isteri nabi juga pelbagai keletahnya, apatah lagi kita manusia akhir zaman. Cuma terserah kepada si wanita dan si lelaki yang bergelar suami, bagaimana untuk menangani kelemahan dan kelebihan itu.

Kedua, untuk menjadi seorang isteri, kita tidak semestinya perlu menjadi wanita yang sempurna dahulu. "Just be yourself". Menjadi tanggungjawab suami untuk menerima isteri seadanya, melengkapi sang isteri dan melayani isteri sebaiknya biarpun apa jua kelemahan sang isteri. Tegur dan perbaiki dengan cara yang paling berhemah.

Ketiga, jangan terlalu mencintai kesempurnaan, hingga terlupa kelebihan yang ada pada diri sendiri, hingga mengabaikan keistimewaan yang sedia ada kita miliki, hingga melenyapkan keyakinan diri sendiri. Terimalah segala kelemahan dan kekurangan dengan redha dan syukur.

Keempat, setiap perancangan dan ketentuan Allah, tiada yang untuk sia-sia. Yakin dan optimis, bersangka baik sentiasa kepada Allah.

Kelima, entri ini adalah pesanan buat diri saya sendiri, peringatan buat diri saya yang sering lalai dan 'terkeluar' dari landasan yang sepatutnya. Allahu rabbi. Pimpinlah aku.. Sungguh aku ketakutan.


Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah."

"Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. "

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Seandainya entri kali ini bermanfaat buat kalian, ucapkan syukur kepada Allah, kerana mengizinkan segalanya. Dia Maha Berkuasa. Maafkan saya atas segala salah dan silap ya, terima kasih kerana sudi membaca, dan minta doakan saya, agar menjadi wanita yang lebih baik, biarpun tidak sesempurna Khadijah. InsyaAllah.

Wednesday, December 30, 2009

Kekasihku Laptop

Bismillah..

Apa khabar semuanya, sihat? Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka, selamat dan semangat sentiasa di bawah naungan kasih dan rahmat Ilahi, insyaAllah :)

Mengisi masa. Saya jenjalan kat facebook, skhirnya saya terperasan satu post pada 'wall paper' dari seorang sahabat.. begini katanya;

"Semalam borak pasal kehidupan yang menyedihkan bila hidup terikat dengan facebook. Tiap 5 minit update status. Kawan dalam friendlist ada sampai dua ratus. Tapi bila time-time nak bersosial asyik keluar dengan orang yang sama. Sangat menyedihkan. Get a life everyone! "

[Sorry dear, i copy and paste, anyway, a very good sharing, insyaAllah]

I do believe, dia bukanlah keseorangan, ramai lagi dan mungkin termasuk saya, juga pernah mengalaminya. Mungkin saya bukanlah seorang 'mangsa' facebook, namun jujur saya mengaku, suatu ketika dulu, saya pernah 'ketagihan' friendster. Mempunyai 'friendlist' melebihi 500 orang, update setiap hari, rindu kepada alam maya bagaikan sang pungguk gilakan bulan, aduh! Boleh tahan hebat juga penangan Frienster terhadap diri saya ini.

Hidup saya untuk apa? Ke mana hala tuju? Apa saya dapat dari dunia maya? Bahagiakah saya? Untuk apa internet? Kenapa ia diciptakan? Allahu rabbi~

Masa berlalu, manusia berubah sekelip mata. Zaman juga kian berubah, penemuan sains dan teknologi bagai tiada batasan, saban hari ada sahaja produk dan ciptaan baru terhasil. Jika dulu kita ada komputer yang beratnya berpuluh kilo, sekarang ramai pula yang memiliki komputer riba, beratnya tak lebih 5kg. Mudah di bawa dan dikelek ke mana saja. Pendek kata, di mana ia diperlukan, di situ ia ada.

Lumrah manusia tidak pernah puas, setiap masa sentiasa mencari akal untuk mempermudahkan lagi kehidupan yang sememangnya sudah mudah, komputer riba (laptop) makin mengecil dan makin ringan. Melalui telefon bimbit juga boleh mengakses internet, jadilah dunia tanpa sempadan yang kian nyata. Setiap masa, setiap detik, kita makin terkongkong dan terhimpit dengan internet.

Jika dulu tanpa internet, tanpa komputer riba, kita lebih suka membaca buku, kini masa lapang di isi dengan melayari internet. Kalau dulu kita suka bermain bola sepak, sekarang kita luangkan masa untuk bermain permainan video yang terhidang pelbagai rupa. Sedikit demi sedikit, kita mula 'mati' di dunia nyata dan 'hidup' di dunia maya.

Sejauh mana internet, komputer, laptop mempengaruhi hidup anda? Adakah ia layak digelar kekasih? Saya bagaimana? Allahu Allah.. Tunjukilah kami jalan yang lurus..

Amin ya rabbal alamin.



Pencarianku Ke Mana?

Hidup ini untuk apa? Untuk apa kita hidup? Mencari jawapan bagi mereka yang sedang tercari-cari. Dan kepada mereka yang masih tidak ketemui jawapan, bersabarlah, bersyukurlah, setidak-tidaknya kamu lebih baik dari mereka yang lansung tidak tercari-cari, malahan tidak sedar bahawa diri mereka sesat. Kasihan.

Hidup ini suatu persinggahan sementara, destinasinya tidak kita ketahui di mana. Hidup ini ladang untuk kita bercucuk tanam, berbuat amal dan akhirat sana tempat kita mengutip hasil. Bagaimanakah hasil amalanku? Ya Allah, aku banyak melakukan dosa.

Sedih, takut mengenangkan nasib diri. Resah dengan percaturan hidup. Ah, siapa yang salah? Kalau bukan aku sendiri yang tidak berfikir panjang, sering melupakan Tuhan, sering alpa dan leka. Salah aku kerana pernah buta, pernah pekak, pernah mensia-siakan segala anugerah Tuhan yang tidak terhitung banyaknya. Memang aku yang salah.

Melihat dalam diri, toleh kebelakang mengimbas kenangan silam. Terbit rasa benci, rasa jijik. Ah, itukah aku? Yang hitam, yang busuk, yang hina! Aduh~ Sejarah silam kenapa kau terus mengejar aku, membayangi aku? Kenapa masih ada di situ tidak pergi tinggalkan aku? Kerana kau adalah aku dan aku adalah kau. Aku tak mungkin aku, tanpa kau.

Aku mencoret, aku mengukir, aku melukis. Di sini, lembaran ini. Dan di mana jua. Mungkin, ada masa aku dikenang, ada masa aku diingati, dan ada masanya pula, aku akan dilupai. Aku bukanlah sesiapa. Bukan primadona bukan ratu. Bukan karyawan bukan sejarahwan. Bukan hartawan bukan sesiapa. Aku cumalah aku. Hanya insan biasa. Insan yang punyai seribu satu kelemahan.

Bila-bila masa, aku akan dilupai. Tulisanku juga mungkin padam. Mungkin luput. Aku akan sirna. Hilang dibawa masa. Namun satu aku percaya, catatan Sang Rakib dan Sang Atib. Tidak mungkin terpadam. Tidak mungkin terluput. Tidak mungkin dimakan masa. Kekal, selamanya di situ. Tersimpan, terlipat kemas, hingga sampai masa itu.

Aduh~ Aku jadi gentar, siapa yang akan hulurkan dulu? Di hadapan Tuhan kelak? Tangan kiri atau kanan? Buku Rakib atau Atid yang lebih berat? Aduh~ Aku takut. Bagaimana kelak nasib aku? Terampunkah dosaku. Tersucikah segala noda dan debu? Ke mana arah yang akan aku tuju? Di manakah destinasi aku?

Masih, di sini, setia mencari sebuah destinasi.

Tuesday, December 29, 2009

Puisi untuk Bulan

Aku dongak ke langit.
Mencari cahaya.
Sang rembulan.
Ke mana kau hilang?
Pergi tanpa kata..
Tinggalkan aku.
Sendiri memendam rasa.


Oh bulan!
Berlagak sombong!
Tidak endahkan aku!
Sendiri bertemankan sepi!
Menuju mati!
Kian mampir.

Aku diam, bisu.
Katupkan mata.
Pejam jangan buka.
Persetankan seru mereka.
Aku bakal mati.

Menarilah!
Berdendanglah!
Usah pedulikan aku.
Jangan menangis.
Aku benci simpati.

Nafas tersekat.
Menyumbat kerongkong.
Menyesak dada.
Perit. Sengsara.
Kian sakit. Terseksa.
Benarkah?
Inikah mati??



Pernah dikongsi di iLuvislam.com ^^

Friday, December 25, 2009

Kenangan Setahun Bersama iLuvislam

Kenangan Bersama Sahabat iLuvislam.com

2009 bakal melabuhkan tirainya, lagi beberapa hari. Alhamdulillah, masih bernafas hingga kini. Mengimbas kembali, nostalgia sepanjang tahun ini. Menyelak kenangan lalu mencatit semula di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Pengalaman mendewasakan, adakah benar saya sudah dewasa? Atau sudah tua? Hanya ALlah yang tahu.

Pahit manis selama setahun. Antaranya, kenangan bersama iLuvislam.com. Mengenali iluvislam lalu terus berdaftar sebagai user pada tarikh 6 Mei 2008. Saat itu, saya khayal dengan dunia friendster saya, namun iLuvislam mengubah segalanya. Sebagaimana saya menganggap friendster sebagai dunia maya saya, begitu juga tanggapan awal saya terhadap iLuvislam.com. Namun ternyata, saya silap. iLuvislam bukan sekadar dunia maya, malahan, berani saya mengaku, hidup saya kini hampir sepenuhnya berkisar dengan iLuvislam.com. Entahlah.. bagaiamana ia bermula. Saya sendiri tidak sedar, namun jauh di sudut hati saya berdoa, pengakhirannya kelak menjanjikan suatu anugerah yang terindah. Mudah-mudahan.

Melalui iLuvislam.com. Saya ketemui ukhwah kerana Allah. Indahnya anugerah itu. Pertama kali bertemu dengan sahabat maya dari iLuvislam.com di UIA, kalau tak silap saya pada bulan Januari. Insan pertama yang saya temui adalah Nisa aka Nisa_88. Dan insan kedua yang saya temui, sekitar bulan Mac (mungkin) juga di UIA adalah Atul aka Ukhwah. Alhamdulillah. Pemberian dari ALlah yang sangat tinggi nilainya. Kasih dan sayang sesama saudara seagama. Tidak mungkin boleh dibeli dan dibayar dengan wang ringgit.


Seterusnya, insan ketiga yang saya temui adalah presiden iLuvislam sendiri yakni Imran aka Im Koyube. Bulan April di PWTC, ketika pesta buku berlansung. Pertama kali melihat dia ketika kaki mencecah masuk ke PWTC, dia sibuk mengagihkan broucher kepada pengunjung yang hadir.

Saya menyapa beliau bertanya jalan lagak seperti pengunjung yang lain, beliau ramah dan murah dengan senyuman menunjuk jalan menuju ke gerai Nuffair, di sana saya SMS beliau mengatakan kehadiran saya di situ, tidak lama kemudian beliau hadir bersama seorang lagi krew iLuvislam yakni Syawal aka Adv_Red. Subhanallah. Impian apakah ini yang akhirnya menjadi kenyataan? Dia yang menentukan segalanya.

Pertemuan Di PWTC, Sempena Pesta Buku'09

Demikian antara 4 orang pertama sahabat dari iLuvislam yang saya temui. Pertemuan kami bukan setakat di situ, seterusnya lebih banyak pertemuan yang hadir, pertemuan di Pesta Buku PWTC, lawatan ke Karangkraf, aktiviti ketika Muktamar PAS, B2B sempena raya, B2B pertama dan kedua, berbuka puasa bersama-sama, menghadiri latihan ESQ, perlawanan futsal persahabatan, pertemuan untuk program KPO, program DK1, pertemuan untuk riadah di Bukit Cherakah, forum-forum yang dianjurkan di HUKM, di INSPEN, dan banyak lagi. Semuanya aturan Allah.

Lawatan Pertama Ke Karangkraf


B2B Raya Di Karangkraf

Bersama Moderator Di Bukit Cerakah

DK1 Di Masjid Usamah, Wangsa Maju


Latihan ESQ Angkatan 37 KL

Antara kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang bergelar salah seorang krew iLuvislam.com adalah apabila saya diberi peluang untuk menghadiri latihan ESQ di PICC. Semuanya ditaja oleh pihak pengurusan iLuvislam.com. Terima kasih kepada ESQ dan iLi.com, terutamanya Imran kerana memberi peluang berharga itu kepada saya.

Untuk saya rasai sendiri dan menikmatinya. Alhamdulillah. ESQ mengubah cara saya melihat. Syukur hanya kepada Allah. ESQ meningkatkan lagi rasa cinta dan kasih kepada Allah, rasul, al-quran dan agama. Setiap orang dari kita berpeluang masuk ke syurga. InsyaAllah.

Selain itu, pada tanggal 1 Julai 2009, hari ulangtahun kelahiran saya, tidak putus-putus saya mendapat panggilan telefon dan kiriman sms dari sahabat iLuvislam.com. Alhamdulillah. Sudah lama rasanya tidak diraikan sedemikian rupa. Bahagia rasanya. Rasa disayangi, dikasihi. Subhanallah. Malahan ada yang sanggup post buah tangan jauh dari seberang, sebulan lebih awal. Subhanallah.

Terima kasih atul. Dan Nisa juga, bertungkus lumus, berusaha keras menyiapkan video sempena ulang tahun saya, KLIK SINI. Terima kasih kepada semua, terutamanya adik-adik dan sahabat-sahabat dari forum team. Tak dilupakan Syawal yang bersungguh-sungguh mahu jadi orang terakhir untuk wish pada hari itu. Terima kasih semuanya. Saya benar-benar menghargai.

Setahun bukanlah masa yang singkat, tapi kadang-kadang dirasakan bagai terlalu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik. Kita menghampiri penghujung.

Berbuka Puasa Di rumah Keluarga Saya

Selain dari itu, saya juga bertuah kerana rumah saya sering dijadikan tempat berteduh buat para sahabat iLuvislam.com. Almaklumlah, program sering diadakan di sekitar Shah Alam, dan satu kelebihan buat saya kerana saya memiliki kenderaan.

Alhamdulillah, peluang ini dapat saya manfaatkan untuk lebih mendekati dan mengenali sahabat-sahabat krew. Antara yang pernah bermalam di rumah saya, Surinah, Saidah, Aqilah, Najah, Nisa, Asma', Ina, Pika, Suhana, Fizah dan err.. sorry kalau terlupa, ehe.. Alhamdulillah, peluang yang ada di guna sebaik yang mungkin, masak bersama-sama, berkongsi cerita, Subhanallah, terima kasih iLuvislam.com kerana menyatukan kami. Berbeza latar belakang dan usia tidak menjadi penghalang buat kami. Alhamdulillah.

Di Teratak Buruk Hamba

Kenangan yang paling manis selama bergelar krew iLuvislam.com adalah apabila saya berpeluang untuk menyertai Kursus Pengurusan Organisasi yang berlansung selama 4 hari 3 malam, walaupun saya memikul amanah sebagai salah seorang jawatankuasa, tidak bersama sahabat peserta yang lain, namun senyuman yang terlukis di wajah setiap peserta memberi seribu kepuasan kepada saya. Syukur kerana program berjalan lancar, gembira dapat bertemu dengan lebih ramai krew iluvislam.com.

Ada juga yang pertama kali bertemu, menatap wajah bertukar senyuman, namun bila bersama, kemesraan itu tiada tandingnya. Indahnya ukhwahfillah





Paling manis lagi apabila moderator Suhana aka Ya Habibi sanggup terbang dari Sabah semata-mata kerana ingin bersama sahabat krew yang lain. Subhanallah. Saya kagum dengan semangat dan pengorbanannya. Saya kira, jika saya di tempatnya, belum tentu lagi saya mampu berbuat demikian. Kerana kasih dan sayang, saat menghantar beliau di lapangan terbang, airmata laju benar mengalir.

Bukan kerana menyalahkan pertemuan ataupun perpisahan, tapi saya bimbang, bimbang andai pertemuan ini adalah pertemuan yang terakhir. Tidak! Saya harus optimis, moga Allah izinkan, semoga kami dipertemukan lagi. InsyaAllah.

Rehlah Di Bukit Cerakah

Pizza Yang Dibelanja Oleh Lisam, Yummy~!!

Alhamdulillah. Ukhwah kerana Allah, bertemu jangan berasa jemu, berpisah jangan berasa gelisah. InsyaAllah, kalian semua berada dalam doa saya. Atul yang baru sekali bertentang mata. Tidak pernah dilupakan. Suhana juga. dan semua sahabat krew yang lain. Saya sayang kamu semua. Kerana Allah, kerana perjuangan kita di iLuvislam. Kerana misi dan visi kita sama. Syurga yang sama.

iLuvislam.com, bagai suatu misteri yang saya sendiri gagal mencari jawapannya. Misteri kerana saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Misteri kerana sentiasa penuh dengan kejutan. Ada 'sesuatu' di dalamnya. Yang mengikat kami. Yang menyatukan kami. Berakhirlah setahun, esok lusa bagaimana?

'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Wednesday, December 23, 2009

Dialog Senja

Bismillah..

Hari ini pulang kerja lebih awal, agak kepenatan setelah beberapa jam 'mengadap' muka bos. Kebetulan, tepat jam 5.28 petang, rakan sekerja mahu pulang, tersilap tutup suis, komputer saya jadi mangsa terus shut off tiba-tiba. Alang-alang skrin bertukar jadi hitam, mood untuk meneruskan kerja juga sudah terbang melayang, laju saya mengemas meja, bersiap untuk pulang.

Tiba di rumah kira-kira jam 5.45 petang, masak air, angkat baju di ampaian yang siap dibasuh semalam, kemudian masuk baju dalam mesin basuh untuk mengulang cuci baju lagi hari ini. Rutin seharian, redha dan pasrah saja :)

Sambil-sambil tunggu air masak, capai telefon, dial number seorang sahabat di UIA, lama juga bersembang, bertanya khabar berkongsi cerita itu dan ini. Selesai bersembang, melepaskan rindu dendam di dada, tetiba teringat kat anak buah saya di kampung. Sudah tiga minggu lebih tak bertemu. Rindu toksah cakap. Biasanya paling lama tak jumpa dua minggu, sebab selalunya setiap hujung minggu saya akan menziarah mereka di Kampung Melayu Subang.

Capai telefon, dial number mak.. tup.. tup.. tup..

Tak lama berdering, telefon berangkat, Ashraf sendiri yang jawab telefon..

"Salam adik, adik buat apa?" Tanya saya..

"Rahsia. Cuba Mak Ngah cakap, adik duduk ke, tidur ke, berdiri?" Jawab Ashraf di hujung talian.

"Erm, Mak Ngah rasa adik berdiri," Saya menjawab. Cuba meneka.

"Salah, adik duduk lah.." Suaranya lemah kedengaran.

"Mak Ngah kat mana?" Tanya dia pula.

"Mak Ngah kat rumah Mak Ngah laa... baru balik keje nih, Mak Ngah penat tau," Jawab saya kemudiannya.

"Mak Ngah bila nak datang sini? Mak Ngah datang la sekarang," Ashraf seakan-akan meminta.

"Mak Ngah datang la, esok lepas esok lepas esok, Mak Ngah datang ngan ibu ngan ayah, Mak Ngah ambik adik ngan kakak ngan Tok Mek, balik Subang.." Saya seakan memujuk.

"Alaaa.. Mak Ngah datang la sekarang, adik bosan laaa.." rengek Ashraf pula.

"Adik gi la kawan dengan kakak," cadang saya.

"Bosan," jawab Ashraf.

"Adik main basikal," cadang saya lagi.

"Bosan," pintas Asraf pula.

"Adik tidur ek," kata saya lagi

"Bosan jugak," jawab Ashraf pula.

"Takpe esok dua hari lagi Mak Ngah ambik adik eh,"saya cuba memujuk.

"Mak Ngah datang nanti nak bagi adik hadiah apa?," pulak dah..

"Gula-gula boleh?," Saya cuba mengelak.. Takut nak berjanji, takut tak mampu tepati.

"Tak nak gula-gula, nak mainan, adik bosan," Ashraf menolak. Adeih~

"Adik nak mainan apa?" Cuba mengambil hati.

"Super sonic, yang laju, bulat-bulat tu.." Permintaan pertama.

"Susah la dik, mana nak beli?" Saya menolak.

"Kalau ultraman boleh?" Saya membuat tawaran.

"Ha.. boleh jugak!" Ashraf ceria.

"Tapi adik dah banyak ultraman," Kata saya pula.

"Tak nak lah ultraman, Mak Ngah beli Ben 10, kalau takde, Mak Ngah beli transformer," cadangan kedua dan ketiga. Huhu~

"Mak Ngah beli sekarang!" Pinta dia lagi.

"Mak Ngah baru balik keje ni dik, penat laa.. nanti Mak Ngah pegi beli eh.." saya menolak.

"Mak Ngah pegi la sekarang, kalau lambat-lambat nanti lagi penat.." celoteh Ashraf lagi..

"Yelaa, nanti tak penat Mak Ngah beli eh.." saya cuba mengambil hati dia lagi.

"Nanti beli hadiah kakak jugak.." Ashraf menambah.

"Kenapa?" Saja saya bertanya.

"Nanti akak sedih, nanti akak marah adik.." Sambung Ashraf lagi..

Maka demikianlah perbualan kami petang tadi, sekadar berkisar pada barang permainan semata-mata, huhu~ tak kesah la sembang pasal apa, yang pasti, saya seronok melayan celoteh Ashraf, lama betul tak bersembang, tak bergurau, tak menyakat, tak bertemu, dengar suara pun jadilah.

Hidup tanpa mereka yang saya sayangi, baru tiga minggu tak bertemu, sunyinya rasa. Gelisah, resah. Baru saya tahu begini rasanya. Tuhan, sungguh saya sayang mereka. Tidak sabar mahu bertemu. Doakan semuanya baik-baik sahaja.

InsyaAllah, mengikut perancangan kami, Sabtu nanti saya bersama kakak dan abang ipar akan balik ke Kelantan menaiki penerbangan Air Asia, hari Isnin berikutnya kami bersama dengan emak, Alya dan Ashraf akan kembali ke Shah Alam, insyaAllah, doakan semuanya selamat.

Mengisi kerinduan, saya kongsikan foto anak Alya dan Ashraf, buat tatapan diri sendiri ^_^

(Aisey, internet sangat slow, tidak mengizinkan daku upload gambar, sob3.. sedihnya)




"Itulah.. Memilih Sangat!"

Bismillah..

Apa khabar semuanya? Semoga semuanya selamat dan sentiasa semangat, di bawah naungan limpah rahmat kasih Ilahi, InsyaAllah.

Hidup bermasyarakat, memang lumrah dan tak boleh lari dari soalan-soalan 'cepu emas'. Sejak kecil, sering di tanya, periksa dapat nombor berapa. Kemudian di tanya, masuk asrama mana, SPM dapat berapa A. Bila dah dapat result, orang sibuk bertanya pula, masuk universiti mana. Bila dah masuk U orang tanya lagik, bila habis belajar.

Bila dah habis belajar, orang akan tanya pula, dapat kerja apa kemudian bila dah kerja orang akan tanya lagi, bila mahu kahwin. Pause sekejap. Di sini.

Pendek kata, mulut orang susah betul hendak ditutup. Ada-ada saja yang ingin di tanya, atau kata lain, ingin diambil tahu. Bak kata orang dulu-dulu, kain orang koyak, mudah nampak. Kain sendiri koyak buat-buat tak tahu saja.

Sambung balik, "Bila mahu kahwin?"

Ikutkan hati mahu saja menjawab, soal jodoh semuanya di tangan Tuhan, kita hanya boleh berusaha mana yang termampu, selebihnya tawakal kepada Allah. Tapi biasalah, mulut orang bukan boleh di tutup. Tidak kira apa jawapan kita, dalam kepala mereka selalunya dah ada 'skema jawapan' sendiri..

"Itulah hang! Memilih sangat.."

Aduh~!! Kalau dah tahu kenapa tanya? Huhu~

Persoalan saya pula, kepada adik-adik, abang kakak, tuan puan sekalian.

Adakah dalam menentukan siapa jodoh kita, dalam soal perkahwinan, kita tidak boleh 'memilih sangat'? Adakah semudah ABC saja untuk menentukan siapa pasangan yang patut kita nikahi? Tak perlu pilih- pilih, pejam mata saja atau baling dadu, kemudian kahwin, begitukah? Mudahnya. Semudah beli ikan di pasar? Aduhai~

Pernikahan adalah suatu ikatan yang suci, yang menghubungkan dua jiwa, dua jasad, berteduh di bawah suatu bumbung yang dibina atas dasar kepercayaan, sehati sejiwa, sepakat dalam menentukan hala tuju perkahwinan, bersama-sama, bersatu membina cinta, membenih kebahagiaan, membelai dan membaja kasih dan sayang, menuai kebahagiaan bersama-sama, menikmati rasa kebersamaan, saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain,

Itu definisi sebuah perkahwinan pada saya.. ah~ atau benarkah, cuma saya yang terlalu memilih?

Hmm~ korang camne yer..

Pejam mata, baling dadu? Tawakal dan pasrah?

Wallahua'alam.

Tuesday, December 22, 2009

Kalau Bukan Aku

Kalau bukan aku.. Siapa lagi?

Tiada siapa pun yang hidupnya sentiasa di atas, sentiasa bahagia tanpa derita, sentiasa gembira tanpa duka, sentiasa ketawa tanpa menangis, sentiasa lapang tanpa sibuk, sentiasa sihat tanpa sakit, sentiasa senang tanpa susah. Hidup ibarat roda, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Hidup ibarat air di lautan, adakalanya pasang, ada kalanya surut. Hidup ibarat awan, adakalanya putih, adakalanya mendung. Begitulah hidup ini diumpamakan. Ada hitam dan putihnya. Ada sudut baiknya dan sisi buruknya.

Andai diri ditimpa musibah, apa yang sering kita lakukan?

Menangis, meratap hiba? Menyesali tindakan yang telah kita lakukan atau menyalahkan takdir? Memperbanyakkan ibadat atau mendekatkan diri kepada Sang Pencipta? Muhasabah diri atau periksa segala kelemahan diri? Apa yang selalunya kita lakukan?


Kebelakangan ini, saya juga tidak lepas dari diuji. Masalah datang juga, kadang-kadang mencabar kemampuan diri. Menguji kekuatan diri. Bagaimana harus bertindak dan mencari penyelesaian?

Jika bukan kita, siapa lagi? Siapa lagi yang boleh bantu diri kita melainkan kita sendiri, dengan izin Allah? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Selain diri kita sendiri, siapa lagi yang lebih tahu kehendak dan keinginan kita? Siapa lagi yang tahu apa yang sebenarnya kita mahu dan kita inginkan? Siapa lagi yang tahu kemampuan dan kebolehan kita? Siapa lagi yang tahu sejauh mana kesanggupan kita berkorban dan berusaha? Tiada melainkan Allah!

Oleh yang demikian, bergantung haraplah hanya kepada Allah dan berdirilah atas kaki sendiri. Berusahalah selagi termampu untuk mencari penyelesaian. Jangan mengharapkan pengertian dan simpati dari orang lain, mereka bukan kita. Mereka belum tentu lagi mengenali kita sepenuhnya.

Melainkan kita percayakan mereka, kita yakin dengan mereka. Bagaimana pula memupuk keyakinan itu?



Berapa peratus kita boleh percaya dan bergantung kepada orang lain? 1% atau 10% ? Bolehkah kita bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain? Pastinya tidak. Selebihnya bergantung kepada diri kita sendiri. Usaha kita sendiri.

Mencari kelebihan dan kekurangan diri. Memotivasikan diri sendiri. Bisikkan kata-kata semangat terhadap diri kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi? Kitalah teman terbaik buat diri kita sendiri. Refleksi diri. Muhasabah diri. Mencari diri. Siapa aku? Siapa kita?

Wallahua'alam. Hanya ALlah yang Maha Mengetahui.


Monday, December 21, 2009

Menjadi Muslim Terbaik

Buku ini adalah karya dari Aa Gym, telah saya beli pada tarikh 24/10/2009 namun pada tarikh 18 Disember 2009 yang lepas, barulah saya berpeluang membeleknya. Khilafnya saya. Astgfirullahalazim..

Bersesuaian dengan cuti sempena Maal Hijrah, bagi mengisi masa luang pada hari itu, sambil menonton tv, sambil bersembang dengan seorang teman, sempat juga saya menyelak buku itu, sambil membaca isi-isi penting kepada sahabat di sebelah, lagak sang kakak bercerita kepada adiknya.

Buku ini kecil sahaja, bersaiz nota poket, mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Mempunyai 108 muka surat keseluruhannya.

Buku ini dibahagi kepada dua bahagian, yakni bahagian pertama, bersyukur kita sebagai muslim dan bahagian kedua, tunjukkan kemuslimanmu.

Sub topik pada bahagian pertama, bersyukurlah kita sebagai muslim terkandung topik-topik berikut;

1- Bersyukur sebagai muslim

2- Bersyukur atas kemanusiaan kita

3- Keutamaan manusia dibandingkan dengan makhluk lain

4- Bersyukur kita orang islam

5- Muslim adalah manusia yang terbaik

6- Menjaga diri daripada perkara-perkara yang merosakkan iman.


Manakala sub topik untuk bahagian ke dua, tunjukkan kemuslimanmu adalah seperti berikut;

1- Bersihkan hatimu

2- Hiasi percakapanmu

3- Perbuatan yang memberi manfaat

4- Beribadahlah dengan sebaik-baiknya

5- Sentiasa memperbaiki diri

6- Hormati ibu bapa

7- Membina rumah tangga

8- Memberi manfaat kepada orang lain

9- Mencintai dakwah dan jihad

10- Bekerja dengan bersungguh-sungguh

11- Membina ukhwah dan silaturrahim

12- Menjaga kesihatan, penampilan dan kekuatan fizikal
13- Menggunakan benda-benda yang halal

14- Berwawasan global dan universal


Demikian antara sub topik yang terkandung di dalam buku ini. Subhanallah, kecil-kecil cili padi, buku ini padat dengan pengisian yang bermanfaat, ke arah menjadi muslim yang terbaik.

Buku ini diselitkan dengan panduan, hadis dan ayat-ayat quran yang bertepatan dengan topik yang dibincangkan, mudah untuk difahami dan mudah untuk diamalkan. Contohnya, di dalam buku ini, tercatit panduan seperti berikut;

Di ambil dari tajuk "Perbuatan yang memberi manfaat"

Lima pantang dalam hidup:

i- Perkara yang sia-sia
ii- Mengeluh
iii- Menjadi beban
iv- Khianat
v- Kotor hati

Bagaimana cara bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah bermakna?

i- Susun kegiatan harian yang bermanfaat
ii- Tepati kegiatan itu
iii- Terus-menerus meningkatkan ilmu
iv- Mengikuti setiap rancangan dengan tawakal kepada Allah
v- Iringi setiap perbuatan dengan keikhlasan.

Bagi melakukan sesuatu yang bermakna, kita perlu memenuhi tujuh perkara yang penting, yang dikenali sebagai 7 T;

i- Tenang (Tidak tergesa-gesa)
ii- Terancang (Planning)
iii- Terampil (ketrampilan yang baik)
iv- Tertib (tersusun, ada prosedur dan dipantau)
v- Tekun (istiqamah dan jangan putus asa)
vi- Tegar (sabar dalam ujian)
vii- Tawadhuk (rendah hati)

Okeh, sedikit sebanyak perkongsian, untuk menikmati ilmu yang selebihnya, sila dapatkan buku tersebut di pasaran, harganya pun berpatutan, bagi saya murah jika dibandingkan dengan pengisisan di dalamnya yang penuh makna.

Apa tunggu lagi, jom baca, " Menjadi Muslim Terbaik".

Moga mendapat manfaat, wallahua'alam.

Sunday, December 20, 2009

Bersama Dr. Yusuf Qardawi di Masjid Shah Alam




Prof Dr. Yusuf Qardawi


Sempena sambutan Maal Hijrah 1431H, Prof Dr. Yusuf Qardawi telah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah. Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah dipilih oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya.

Bersama seorang teman, di hadapan televsiyen, kami melihat upacara penganugerahan tersebut, sambil tak putus-putus memuji beliau. Dalam dunia Islam, beliau bukan calang-calang orang dan pandangannya sering mendapat perhatian dunia. Dalam hati terdetik, teringin juga bertemu dengan beliau. Bukan selalu beliau menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, saya mula memasang niat.

Alhamdulillah, dengan izin Allah juga adanya, walaupun jadual seharian agak 'pack', saya berkesempatan juga untuk menghadirkan diri ke Majlis Ceramah beliau yang berlansung di Masjid Negeri Selangor, Masjid Shah Alam. Sekali lagi Alhamdulillah..

Masjid Shah Alam

Setelah mengimamkan solat maghrib, majlis ilmu terus berlansung. Beliau memulakan ucapan tentang hubungan beliau dengan Malaysia yang telah terbina sejak tahun 1974 melalui Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudian, beliau mula mengupas ibrah atau pengajaran yang dapat diambil daripada kisah Hijrah Rasulullah SAW. Beliau turut mengingatkan, dalam kita membaca sirah Nabi, kita juga harus berhati-hati dan tahu membezakan mana kisah hakikat dan mana pula kisah khurafat.

Kita kadang-kadang terlalu mengagungkan kisah yang tidak diyakini sepenuhnya samada benar atau tidak, contohnya mengenai kisah labah-labah dan burung merpati, sehingga kita lupa kisah yang tercatit dalam Quran, di mana telah tertulis, Allah telah menghantar 'bantuan' dari langit untuk membantu Nabi ketika penghijrahan Nabi saw itu terjadi.

Ketika Saidina Abu Bakar dalam kerisauan, bimbang sekiranya tempat persembunyian mereka diketahui musuh, Nabi saw dengan tenang mengingatkan Abu Bakar supaya tidak takut, yakin bahawa selain daripada mereka berdua, Allah ada bersama mereka dan Allah akan membantu mereka memperoleh kemenangan.

Hijrah itu adalah kemenangan, menang kerana mereka berjaya pertahankan akidah dan agama mereka.

Hijrah itu adalah kemenangan, menang kerana mereka berpindah dari tempat dan keadaan yang kurang baik ke keadaan yang lebih baik.

Dapat disimpulkan dari ucapan Yusuf Qardawi pada malam itu yakni, pertama, nasrun minAllah (pertolongan daripada Allah yang menjelaskan Allah membantu Rasul-Nya menerusi tentera yang tidak dilihat).

Kedua, afdhal al-takhthith al-basyari (sebaik-baik perancangan manusia) adalah ketika Rasulullah SAW mengatur perancangan untuk melakukan hijrah. Bagaimana mereka bergerak tanpa disedari pihak musyrikin, bagaimana pula peranan Asma' dan sahabat-sahabat lain dalam memastikan penghijrahan mereka berjaya dan sebagainya.

Ketiga, ta'sis al-mujtama' al-muslim (pembinaan masyarakat Islam di Madinah) . Yakni apa yang dilakukan baginda Nabi saw setelah tiba ke Madinah. Sebaik sahaja tiba di Madinah, Nabi saw mendirikan masjid, bukan sahaja sebagai tempat beribadat, tetapi juga sebagai tempat menimba ilmu dan aktiviti-aktiviti umat Islam yang lain. Baginda juga mempersaudarakan kaum muhajirin dan kaum ansar dan selain itu, baginda turut membuka pasar sebagai pusat perniagaan.

Keempat, kefasadan masyarakat Islam yang berpunca daripada golongan munafiqin yang membenci dan memusuhi Islam dari dalam termasuk mereka-reka fitnah dan sebagainya. Fitnah bukan benda baru malahan pernah terjadi sejak zaman Nabi saw. Pernah juga keluarga Nabi difitnah, Saidina Aisyah yakni isteri Nabi juga pernah difitnah. Fitnah boleh merosakkan ummat, memberi banyak kesan negatif dan seharusnya dijauhi.

Alhamdulillah, Dr Yusuf Qardawi mengakhirkan ucapan beliau pada malam itu dengan hadith al-ifki yang berlaku ke atas Sayyidatina A'isyah r.a.h. Demikian antara isi ucapan beliau pada malam itu. Sebagai salah seorang yang hadir pada malam itu, saya berasa sangat-sangat bersyukur, sesungguhnya pengalaman pada malam ini, mungkin yang pertama dan terakhir sepanjang hidup saya, dan saya benar-benar menghargainya.

Antara kata-kata beliau yang menyentuh hati, memberi kesan mendalam buat diri saya sendiri adalah, betapa dalam Islam mementingkan jemaah. Persaudaraan. Antara buktinya, tercatit dalam surah Al-Fatihah dan kebanyakan ayat-ayat quran yang lain;

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang KAMI sembah, dan kepada Engkaulah sahaja KAMI memohon pertolongan. Tunjukilah KAMI jalan yang lurus."

Kenapa "kami" yang digunakan, kenapa bukan "aku"?

Renung-renungkan..

Subhanallah. Begini getar perasaan bertemu seorang tokoh Islam, tidak dapat saya gambarkan bagaimana gelora perasaan saya andai Baginda Nabi Muhammad saw sendiri yang hadir dalam masjid ketika itu. Maha suci Allah, hati ini merindui-Mu, merindui kekasih-Mu. Hanya dia yang berhak disayangi dan dicintai selepas-Mu. Tanpa dia, tanpa izin-Mu, aku tidak mungkin menikmati indahnya Islam dan Iman. Syukur pada-Mu, terima kasih wahai kekasih Allah.

Jika selama ini, sering saya melihat di kaca tv, pengunjung selalunya ramai dan penuh setiap kali pesta-pesta hiburan berlansung. Hancur remuk hati ini melihat anak-anak muda berpesta, bercampur gaul tidak kira jantina, terkinja-kinja melayan gejolak nafsu membara. Namun pada malam itu, dengan mata kepala sendiri, saya menyaksikan sesungguhnya, masih ramai yang cintakan Islam. Banyaknya jasad memenuhi setiap ruang inci masjid benar-benar menyentuh perasaan. Ada yang sanggup datang dari jauh. Tersentuh. Maha Suci Allah.

Gambar-gambar berikut di ambil dari blog-blog saudara seagama yang turut hadir pada malam itu.

Sebahagian jemaah muslimin yang hadir.

Alhamdulillah, demikian pengalaman yang dapat dikongsikan. Semoga majlis ilmu yang lain juga sentiasa dihadiri lebih ramai pengunjung, semoga masjid-masjid sentiasa dipenuhi dengan jemaah, semoga umat Islam sentiasa bersatu tanpa mengira fahaman politik, semoga hati ini sentiasa teguh dan terikat dengan ajaran Allah, semoga diri ini sentiasa rindu dan cintakan masjid, rindu dan cintakan Allah, rindu dan cintakan baginda Nabi saw.

Tuhan, Kau pimpinlahlah kami. Hanya pada-Mu kami berserah, hanya pada-Mu kami memohon..


19 Disember

ALhamdulillah, Tuhan masih izinkan saya dan kita semua untuk menyambut maal hijrah, menyambut tahun baru, tahun 1431 H, Alhamdulillah, umur kita dan bumi ini masih ada. Syukur kerana kita masih ada kesempatan untuk mengumpul bekalan ke akhirat, syukur kerana kita masih ada kesempatan untuk memohon kemaafan daripada mereka yang pernah kita sakiti dan lukai, syukur kerana kita masih dikurniakan peluang untuk memperbetulkan kesalahan kita pada masa lampau. Alhamdulillah..

Segala pujian hanya bagi Allah, alhamdulillah, semalam (19 Disember) saya telah berpeluang menghadiri satu lagi program anjuran iluvislam, dengan kerjasama Karangkraf dan INSPEN yakni FEWWIT, Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) : Mencari Cinta Sempurna.


Di samping agenda utama yakni forum "Mencari Cinta Sempurna", pada hari tersebut juga berlansung pra-perasmian akhbar mingguan iLuvislam.com. Para penonton juga disajikan dengan persembahan bertenaga dan menginsafkan oleh penyanyi nasyid Muadz dan juga acara optional : Ramah Mesra bersama krew iLuvislam.com yang berlansung di surau INSPEN yg dikendalikan sendiri oleh presiden iLuvislam.com.

Selaku salah seorang krew iluvislam, saya dan seorang lagi krew ditugaskan untuk menanti ketibaan peserta di stesen komuter serdang, dari situ, tiga buah bas disediakan untuk menghantar peserta ke tempat program di INSPEN. Bertolak dari rumah yang terletak di Shah Alam kira-kira jam 6.50 pagi, singgah di Jalan Templer dan tiba di INSPEN kira-kira jam 8 pagi. Kami juga tiba di stesen komuter lebih awal dari para peserta, oleh itu kami berkesempatan untuk sarapan pagi di stesen komuter.

Dari INSPEN saya ke Kuala Lumpur, menghadiri kelas terjemahan di Jalan Maharajelela. Ditemani hujan yang agak lebat, berpandukan panduan dari sahabat iluvislam, saya beranikan diri meredah jalan ke sana. Sesat itu lumrah, namun saya bersyukur kerana tiba juga ke kelas walaupun agak lewat. Topik hari itu adalah "Iklan dan teks ucapan" dikendalikan oleh En Syednurakla.

Dari kelas terjemahan di Jalan Maharajalela, saya singgah menjemput Ina di stesen monoreal Jalan Maharajalela. Kami seterusnya menghala ke Shah Alam, dan lebih tepat lagi, Masjid Shah Alam.

Untuk aktiviti seterusnya, saya akan sambung ke entri yang berikutnya, InsyaAllah. Di masjid, kami berpeluang mengikuti solat maghrib berjemaah yang di Imamkan sendiri oleh Prof Yusuf Qardawi. Selepas solat maghrib, beliau turut menyampaikan ceramah sempena maal hijrah. Alhamdulillah. Banyak pengisian penuh makna di dalam ucapannya. Kami meluangkan masa di Masjid Shah Alam sehingga kira-kira jam 10 malam.

Alhamdulillah, malam kian larut, seharian penuh makna menutup tirainya. Sampai sini dulu, hingga bertemu lagi.

Wassalam.



Thursday, December 17, 2009

Hijrah

Kalau dulu malas-malas berubahlah jadi lebih rajin.
Kalau dulu suka marah berubahlah jadi lebih tenang.

Kalau dulu suka tidur berubahlah jadi lebih produktif.
Kalau dulu suka main-main berubahlah jadi lebih serius.
Kalau dulu banyak rehat berubahlah jadi lebih berusaha.
Kalau dulu banyak keburukan berubahlah jadi lebih baik.

Kalau dulu banyak mengabaikan berubahlah jadi lebih prihatin.
Kalau dulu solat sering bertangguh berubahlah jadi lebih peka.

Kalau dulu baca quran sekali sekala berubahlah jadi lebih kerap.
Kalau dulu susah nak bangun malam berubahlah jadi lebih zuhud.
Kalau dulu jarang solat sunat berubahlah jadi lebih tawaduk.

Kalau dulu banyak memaki mencarut berubahlah perbanyakkan zikir.
Kalau dulu banyak mendengar lagu berubahlah perbanyakkan selawat.
Kalau dulu banyak berwajah cemberut berubahlah perbanyakkan senyuman.

Kalau dulu sibuk mengejar duit berubahlah ingat juga akhirat.
Kalau dulu sibuk menjeling pakwe hensem berubahlah tundukkan pandangan.
Kalau dulu sibuk bermekap berubahlah sucikan wajah dengan wudhuk.

Kalau dulu keliru mana mahu dituju berubahlah teguhkan niat.
Kalau dulu ragu arah yang ingin dipilih berubahlah yakinkan hati.

Jika dulu kau jahat, berubahlah jadi baik.

Wallahua'alam.



Hate the Sin

Not the sinner.

Malangnya, kita sering tersilap laku, tersalah tingkah, terkhilaf dalam tindakan, terkilas dalam kata-kata. Mungkinkah kerana kita manusia biasa, yang sarat dengan perasaan negatif dan nafsu amarah, maka begitu mudahnya kita membenci dan menghukum.

Jika Abu buruk perilakunya. Abu memaki kita kerana kesalahan kita yang terlalu kecil, apakah wajar bagi kita membenci Abu? Apakah wajar bagi kita menjauhkan diri, memulaukan sekaligus bermusuhan dengan Abu? Kita benci sikap buruknya itu tapi apakah patut kita juga membenci diri pelaku?

Tanya diri sendiri. Cermin dan tilik diri kita sendiri.

Apa kita tidak pernah memaki? Adakah kita tidak pernah melakukan kesilapan? Adakah kita sepanjang masa, sentiasa berbudi pekerti baik? Apakah kita maksum? Adakah kita terlalu sempurna? Dan jika sekalipun kita tidak pernah melakukan kesilapan tersebut, adakah kita boleh memberi jaminan, bahawa pada masa akan datang, kita tidak mungkin akan melakukannya?

Jika jawapannya ya.. Syabas.. tapi ingat, nabi seorang yang maksum, yang sentiasa di pelihara oleh Allah, yang menjadi contoh terbaik seluruh ummat juga tidak pernah membenci orang yang berbuat salah terhadapnya. Hate the sin not the sinner. Malahan memaafkan mereka dan mendoakan yang baik-baik. Dia kekasih Allah. Dia di beri jaminan ke syurga.

Kita siapa?

Apa kita yakin dan pasti tempat kita di akhirat nanti adalah syurga? Apa kita yakin, sedikit pun api neraka tidak akan menyentuh kulit kita? Apa kita yakin, ketika menghadap Allah kelak kita tersenyum bahagia bukan menangis ketakutan?

Siapa kita? Mulia sangatkah diri kita ini?

Astagfirullahalazim.. sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, ampunkan dosaku Tuhan, tanpa keampunan-Mu, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan mereka yang rugi.

Wednesday, December 16, 2009

Apa Kau Percaya?

Lambaian selamat tinggal buat 1430, lagi beberapa hari kita akan menyambut Maal Hijrah, 1 Muharam. Selamat datang 1431, insyaAllah, jika umur ini masih panjang, dunia belum kiamat, kita pasti bersua.

Tahun baru selalunya hadir bersama azam baru. Biasanya, kita sibuk menanam azam tiap kali tahun baru menjelma. Azam pelbagai azam, ada yang berazam untuk tunaikan azam tahun lepas yakni azamnya utk melaksanakan azam tahun lepas. Ada yang azam sekadar hangat-hangat tahi ayam dan ada juga yang benar-benar komited dengan azam yang dicipta.

Saya pula bagaimana ya?

Dengan izin Allah, semalam saya bertemu dengan seorang teman. Teman yang banyak mengajar saya tentang erti kehidupan, bukan saja untuk hidup di dunia, malahan untuk akhirat sana, teman yang banyak memberi tanpa dia sendiri menyedarinya. Teman yang berhasil mengubah hidup saya sebelum ini, cara saya melihat dunia. Sebaik sahaja bertemu, setelah berbasa-basi, dia lansung membuka cerita, topiknya "BELIEVE".

Katanya, setiap dari kita sepatutnya mempunyai sesuatu yang kita 'believe'. Kita mesti ada 'believe' dan insyaAllah, tubuh kita, saraf-saraf dalam jasad kita, otak kita akan bekerjasama sesama mereka di luar kawal kita, berusaha untuk menjadikan apa yang kita 'believe' itu suatu kenyataan, dengan izin Allah jua adanya. Pendek kata, "begin with the end in mind".

Jadi, dapat saya simpulkan, azam itu bukanlah sesuatu yang remeh. Malah mampu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita.

Tanya diri sendiri, saya pula bagaimana?

Apa azam saya? Diam. Sedih. Toleh kanan, toleh kiri. Garu-garu kepala tak gatal. Termenung.

Tanya lagi, apa azam saya?

Diam. Berfikir... Aku mesti ada azam aku sendiri. I have to believe! Moga Allah izinkan aku capai bahagia. Dunia dan akhirat.

Tuesday, December 15, 2009

Rehlah Muslimat iLuvislam

Alhamdulillah, Tuhan izinkan, tanggal 14 Disember 2009, saya bersama 11 orang sahabat dan seorang adik kecil berkesempatan ber-rehlah di Bukit Cerakah, Alhamdulillah, segala pujian dan syukur hanya milik Allah..

Rancangan bermula cetusan idea Ina yang juga salah seorang krew iLuvislam. Mulanya saya berniat ingin membawa dia bersiar-siar, mengenal Shah Alam memandangkan dia berasal dari Perak, kemudian terfikir untuk mengajak beberapa orang teman lain sehinggalah akhirnya dia mencadangkan saya untuk buka thread baru, mengwar-warkan rancangan ini kepada kelompok yang lebih ramai. Perancangan yang singkat, dalam masa beberapa hari sahaja namun hasilnya sangat memberangsangkan.

Persiapan sehari sebelum program, kami membeli belah bahan-bahan untuk memasak, juga makanan ringan dan kek. Risau sahabat-sahabat lain tak cukup makan, keke.. Dengan izin Allah, mulai Jumaat, kesihatan saya agak tidak memuaskan, Sabtu menjadi kian teruk. Ujian tarbiyah dari Allah.

Dalam keadaan yang 'mamai', saya gagahkan jua diri ini untuk hadiri kelas Terjemahan Bahasa pada petang Sabtu, yang masih bersisa beberapa sessi sebelum ujian akhir. Syukur kerana Ina sudi menemani saya hingga ke Kuala Lumpur, setia menanti saya selama kelas berlansung. Ya, dengan kesihatan yang tidak memuaskan, saya cuma mampu meletakkan jasad saya di dalam kelas itu, mata terpejam rapat, cuma menanti masa untuk menyiapkan tugasan amali, di mana markah caring mark ada di situ. Sebelum kelas berakhir, sempat saya memohon maaf kepada pengajar, maaf kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada topik hari itu yang agak berat, Law dan Undang-undang.

Pagi Ahad tiba, selesai solat subuh, Ina segera masuk dapur untuk memasak. Saya yang tidak berapa sihat hanya mampu memerhati, kacau mihun sekali sekala, Aina juga sekadar tolong tengok.. ehe.. ^_^

Kira-kira jam 7.50 baru bertolak dari rumah, menuju ke UiTM Shah Alam, menjemput Puteri dan Jeda.. dan kami tiba di Bukit Cerakah kira-kira jam 8.30 pagi. Orang sudah ramai, berpusu-pusu. Perasaan ingin masuk ke dalam membuak-buak lalu tanpa berlengah lagi, kami terus membeli tiket masuk. RM 3 per person. Basikal masih banyak, tempat menunggu bas masih kosong, tapi sahabat2 lain masih belum tiba, terpaksa kami menahan niat. Sabar menanti kehadiran teman-teman yang lain.

Ukhwah fillah, kami bertemu kerana perjuangan yang sama melalui iLuvislam.com. Walaupun berbeza latar belakang, bidang pendidikan dan umur, bila bersama-sama, semua itu dilupakan. Seolah-olah tiada jurang wujud antara kami. Subhanallah, betapa indahnya pertemuan dan kebersamaan ini. Berkongsi cerita, berkongsi senyuman, berkongsi kebahagiaan, bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, tinggi nilainya dan tak mampu dijual beli.

Kami di sana tidak lama, lebih kurang 5 jam, tapi sungguh banyak pengalaman dikutip. Berjalan kaki berama-ramai menuju ke Rumah 4 Musim, singgah di taman haiwan menghiburkan hati. Membahagiakan, lupa seketika segala masalah, senyuman terukir di setiap bibir. Aqila, atikah, jeda, masyitah, intan, atin, afdhal, ina, aina, puteri, ila dan adik. Seronok. Beri rusa makan, main kejar-kejar dengan burung peacock. Comel belaka ^^


Masuk ke rumah salji, hati kian girang. Biarlah mereka yang sudah jemu dengan putihnya salji, kami tidak. Masing-masing teruja menikmati kesejukan di dalam rumah salji. Bermain salji hingga seketika, ada yang t'erlupa,' hehehe~ kejap je kan.. duk dalam tu pun tak sampai 10 minit.. =p


Usai bersiar-siar, kami naiki bas turun ke tempat asal kami berkumpul. Sekali lagi kami berhalaqah. Jasad sudah diberi makan, emosi sudah diberi makan, tiba masa untuk pengisian rohani pula. Perbincangan kami pada tengah hari itu berkisar kepada Ukhwah Fillah.. Alhamdulillah, masing-masing bersuara, berkongsi ilmu yang ada, bertukar-tukar pandangan, Alhamdulillah, kenyang jugak rohani kita pada hari itu :)

Kepada semua yang sudi hadir, terima kasih banyak-banyak. Doakan ya, semoga diizinkan Allah untuk membuat aktiviti serupa lagi, lebih baik dari hari ini dan disertai lebih ramai lagi.

Sudah lama teringin untuk beraktiviti bersama user.. masih menanti, bilakah masanya akan tiba? Wahai Tuhan, izinkanlah kami bertemu, izinkan hati kami bertaut..

Wahai teman, semoga pertemuan kita tercatit sebagai salah satu kenangan yang terindah. Jangan dilupakan aku, ingat aku dalam setiap bait doamu.. kerana aku sahabatmu, saudaramu yang menyayangimu kerana Allah.

Wassalam.




Demi Masa

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian..T_T

Cepat betul masa berlalu, pejam celik, sekarang dah 15 disember, lagi 15 hari masuk tahun baru, lagi beberapa hari sambut maal hijrah.. cepat sungguh, tak terkejar rasanya.

Muhasabah diri sendiri, selama hidup berpuluh tahun, banyak mana amal di kumpul, banyak mana maksiat di buat.. astagfirullah.. ntah timbangan mana yang lebih berat? entah jalan mana yang akan dilalui? entah penghujung mana yang akan diakhiri. syurga atau neraka?

Wahai Muhammad, terimalah kami sebagai ummatmu, berikanlah kami syafaatmu, aku takut azab api neraka, tapi aku masih belum layak untuk ke syurga.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Pagi ke petang, petang ke malam, pantas benar masa berlalu... menanti mati, menanti mati, menanti mati.. mungkin esok atau lusa..

Friday, December 11, 2009

Bukak Mata

Open Your Eyes Lyrics

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Wednesday, December 9, 2009

Cinta yang Pudar

Kau melangkah gagah
Senyumanmu terukir di bibir

Aku cuma menoleh kaku
Senyumku tak semanis dulu

Aku tahu kau tahu
Dari sinar mata dan lirik senyumku
Keghairahan makin hilang
Cinta kian pudar dan hambar

Oh Tuhan
Aku berdosa kerana masih di sini
Sedang jiwaku terbang jauh
Berkelana tanpa arah.

Di sini bukan tempatku
Namun kakiku terbelenggu
Harus apa aku lakukan
Berikan aku petunjuk-Mu.

Maafkanlah aku
Kerana tidak mampu menyintai

Dan seharusnya aku pergi
Demi kamu dan juga aku.

+Puisi buat IFP+

Monday, December 7, 2009

Celoteh KPO'09

Bismillah..

Online je malam tadi, terus dapat YM dari seorang sahabat, minta segera update cerita mengenai KPO'09.. semangat benar dia.. kesal barangkali kerana berada jauh diperantauan, maka tidak dapat menghadirkan diri, mungkin..

KPO'09 adalah singkatan untuk Kursus Kepimpinan Organisasi, yang dianjurkan oleh Even Team Malaysia, iLuvislam.com dan penyertaan dibuka kepada semua krew iluvislam.com yang berminat. Alhamdulillah, kursus itu telah berjaya di adakan selama 3 hari 2 malam bermula tarikh 4 Disember hingga 6 Disember di Rumah Anak2 Yatim Damai, Kuang, Selangor. Alhamdulillah.

Memandangkan kursus ini adalah yang pertama buat kami, sesungguhnya banyak kenangan pahit manis yang berjaya dikutip. Tahniah dan terima kasih kepada semua krew yang sudi datang dari jauh untuk menyertai kursus ini. Ada yang datang dari Sabah, Kelantan, Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya. Subhanallah, semangat kalian memang mantap dan patut dipuji. Semoga ukhwah yang terjalin mendapat redha Allah. Amin..

Begitu juga dengan para JKP. Kesanggupan kalian memegang amanah suatu yang harus dipuji. All in one. Bukan setakat jadi Bendahari, malahan membuat modul dan membentangkan modul. Subhanallah. Pengorbanan yang tidak mampu terbalas. Semuanya sentiasa bersedia memikul tangunggjawab yg diamanahkan, bila-bila masa sahaja. Asal mendapat tugasan, semuanya komited terhadap amanah masing-masing. SYABAS kepada semua sahabat JKP. Korang memang sangat best ^_^

Selama 3 hari 2 malam, peserta dikehendaki menghadiri 9 slot untuk pembentangan modul. Di samping itu, slot LDK dan riadah juga tidak dilupakan. Selain program khas untuk para krew, terdapat juga beberapa aktiviti dan ruangan untuk bersama dengan penghuni asrama Kompleks Anak Yatim Damai. Alhamdulillah.

Saya tiba di asrama pada hari Jumaat petang, setelah meredah hujan yang sangat lebat melalui lebuhraya guthrie. Sebelum itu, saya bersama nisa menjemput Saidah di perhentian bas, kemudian ke kedai cetak untuk mencetak modul kepada para peserta di Seksyen 2 Shah Alam. Seterusnya ke perhentian bas Shah Alam untuk menjemput Ina dan Pika yang datang dari Ipoh.

Hujan yang lebat, dalam kekalutan selepas solat Asar, berhenti sekejap makan beger, tiba masa untuk meneruskan perjalanan. Dalam kekalutan berlari, tiba-tiba bunyi hon. Astagfirullah, saya lintas jalan macam anak ayam, hujan lebat tak nampak bas sudah dekat, alhamdulillah masih selamat :)

Kira-kira jam 5 petang kami meneruskan perjalanan. Hujan kian lebat, jalan dipenuhi air, melalui Jalan Pinggiran Subang penuh debaran, bersama saya ada 4 lagi nyawa, risaunya saya, hanya mampu berdoa agar semuanya selamat dan alhamdulillah, semuanya baik-baik saja.

Kami tiba di Kompleks anak yatim damai hampir jam 7 petang. Apapun bersyukur kerana selamat sampai.

Mesyuarat untuk para ahli jawatankuasa (JKP) bermula kira-kira jam 10 malam. Sebelum itu, kami sempat makan dan beramah mesra sesama kami, menyusun modul dan memasukkan modul ke dalam fail. Selesai mesyuarat, kami terus ke asrama untuk berehat, bersedia bagi meneruskan perjalananan hari seterusnya.

Pagi esoknya, beberapa orang JKP ditugaskan untuk menanti ketibaan peserta di beberapa lokasi seperti stesen Pudu, Stesen Putra dan sebagainya, mereka berkumpul di Stesen komuter KL Sentral sebelum berangkat ke stesen komuter Kuang. Saya tidak terlibat, ehe..

Saya dan beberapa sahabat di kompleks damai menyiapkan tempat dan dewan untuk program. Kami kemudian keluar bersarapan beramai-ramai dan seterusnya ke stesen komuter kuang, untuk menyambut ketibaan para peserta. Debaran bermula. Debaran demi debaran. Akhirnya setelah dua jam menanti, lebih kurang jam 12.45 tengah hari, rombongan dari stesen kl sentral tiba. Alhamdulillah. Senyuman yang terukir di setiap wajah para peserta dan JKP sungguh membahagiakan, subhanallah, indahnya perasaan itu..

Petangnya, selesai solat Zohor, saya dan Ina 'dihantar' ke rumah Datin Susi untuk membantu JKP 'masak memasak' menyediakan makan malam untuk para peserta. Saya terlepas slot takruf bersama para peserta, namun Allah telah tuliskan saya bertakruf bersama Ina sepanjang menanti di rumah datin Susi. Panjang kami bercerita. Tidak dilupakan, pengalaman dikejar angsa ketika tiba di perkarangan rumah Datin Susi (Kak Chi) juga suatu yang sungguh mengujakan. Lol~

Saidah dan Nur bersama Kak Chi balik dari membeli barangan dapur kira-kira jam 4.20 petang, mengejar masa, kami segera menunaikan solat dan terus berkejaran ke dapur. Memulakan aktiviti memasak, untuk lebih kurang 50 orang dalam masa kurang dari 2 jam. Sungguh mencabar, apa pun, suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan, terima kasih banyak kepada tuan rumah yang banyak membantu, juga terima kasih untuk segala ilmu yang diturunkan kepada kami semua ^^

Ukhwah kian erat antara kami semua. Walaupun agak kecewa kerana tidak mempunyai banyak masa untuk bermesra bersama para peserta lantaran kerja yang menimbun, saya tumpang gembira melihat keakraban sesama mereka. Sepanjang berprogram, kami makan di dalam dulang dan saling suap menyuap. Subhanallah. Seronok juga makan di suap. Mengukuhkan ikatan yang terjalin.

Malamnya selesai aktiviti bersama peserta, kami para JKP melakukan post mortem, selesai post mortem, kami berlatih tarian poco-poco dan diubah suai agar menepati yang sepatutnya. Seronok melihat gelagat sahabat. Pelbagai keletah dan lebih 'tragis' bila ada yang terpijak lebah dan disengat. Ujian dari Allah barangkali, peringatan kepada empunya diri supaya tidak nakal-nakal, ehehe..

Demikian cerita hari pertama.. belum lagi masuk hari kedua, panjang ceritanya. Letih plak nak taip, kita tunggu mereka upload gambar ya.. insyaAllah akan dikongsikan. ^_^

Seronok rasanya. Semuanya mengagumkan. Tepat jam 12.45 pagi, 5hb Disember, kami ada slot untuk muhasabah diri, yang dijayakan oleh Ruzaini. Betapa tingginya semangat anak- anak penghuni asrama, sanggup berjaga sampai ke pagi semata-mata ingin bersama kami. Subhanallah, kami betul-betul menghargainya..Kami juga ada slot sukaneka bersama penghuni asrama, tugasan saya dan beberapa orang teman untuk mengendalikan adik-adik berusia 11 tahun dan ke bawah. Banyak sungguh pengalaman manis yang dapat dikutip. Alhamdulillah.

Sebelum mata ini tertutup rapat, aku simpan kemas kenangan kita bersama dalam kotak memoriku, sebagai suatu kenangan yang terindah, ukhwah fillah itu indah.

Wallahua'alam.

Wednesday, December 2, 2009

Cinta Terputus Dua

Bismillah..

Sekali lagi maaf, masih berkisar kepada permasalahan cinta. Melengkapkan trilogi cintan-cintun, kali ini saya ingin bincangkan pula perihal putus cinta.

Dalam Islam, perceraian dibenarkan andaikata sebuah perkahwinan itu sudah tiada jalan lain untuk diselamatkan, andaikata meneruskan perkahwinan mendatangkan lebih banyak mudarat. Penceraian dibenarkan, bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak samada suami atau isteri untuk memulakan hidup baru dengan cara yang tersendiri.
Mulakan hidup baru. Bekas suami dengan jalannya sendiri dan bekas isteri pula dengan hidupnya sendiri, di samping beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi.

Jika pernikahan yakni ikatan yang sah juga boleh diputuskan, apatah lagi dengan 'couple'.

Seandainya salah seorang dari pasangan menyedari, dengan bercouple, makin menjauhkan diri dari Allah, makin membuatkan diri lupa kepada Allah, menambahkan lagi dosa dan maksiat, membuat hidup makin tidak keruan, membuat jiwa dan perasaan makin terseksa, mengakibatkan prestasi dalam pekerjaan atau pelajaran kian merosot, maka jalan terbaik adalah berpisah. Putuskan hubungan dengan si dia.

Seandainya si dia tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tidak menghargai dan tidak mempunyai perancangan untuk melansungkan pernikahan. Andainya saban malam melakukan istikharah, masih juga tidak mendapat sebarang petunjuk atau tanda, maka bulatkan tekad, putuskanlah hubungan dengan si dia.

Bina hidup baru, mulakan hidup baru. Andainya si dia pergi meninggalkan kita, mengkhianati cinta kita, lepaskanlah dia pergi dengan berlapang dada. Ingat, dunia masih belum berakhir andai hidup tanpa dia.


Putus Cinta.


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

[Surah Al-Baqarah ayat 216]


Tidak semua cinta bersatu. Bukan semua orang memiliki cintanya. Bukan semua orang dicintai oleh insan yang dicintainya. Nasib kita berbeza-beza. Ada suka ada duka. Ada pahit ada manis. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan seandainya cinta tidak kesampaian?

Pertama sekali, dekatkan diri kepada Allah, banyakkan ibadat. Tingkatkan keimanan dan keyakinan kita kepada qada' dan qadar Ilahi. Yakin bahawa Allah mempunyai perancangan-Nya tersendiri, kita hanya mampu merancang. Yakin bahawa setiap apa yang berlaku semuanya adalah kehendak dan suratan takdir. Yakinlah bahawa Allah memberi dugaan hanya kepada hamba-Nya yang mampu. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sujud dan sembah hanya kepada Allah, menangis dan mengadu, mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah. Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk.

Setiap hati yang luka berdarah, pecah berkecai mampu mengundang titik jernih mengalir dari kedua kelopak mata. Menangislah. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di dada. Namun harus diingatkan, menangis pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai lupa solat lupa makan lupa segalanya. Jangan sampai peredaran siang atau malam lansung kita tak sedar. Sapulah airmata, bangkitlah dari kesedihan.

Menangis hanya menambahkan lagi kesedihan. Menangis hanya membuatkan jasad dan mental kita kian lemah. Menangis tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah. Sapulah air mata, usir segala kedukaan jauh-jauh. Jangan biarkan sejarah silam merosakkan masa depan. Past is past, gone is gone.
Biarkanlah apa yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu, pastinya tidak akan berlaku lagi.. Kita hidup harus sentiasa memandang ke hadapan, usah menoleh kebelakang.

Jangan paksa diri untuk melupakan si dia serta merta. Beri ruang masa kepada diri sendiri untuk melupakan si dia secara 'semulajadi'.

Cara yang paling berkesan (kalau boleh) adalah berpindah ke tempat lain. Ini kerana biasanya, jika kita terus di tempat yang sama, membuatkan kenangan bersama dia sentiasa segar. Masih melakukan aktiviti yang serupa bezanya tanpa dia. Masih berjalan di lorong yang sama, bezanya hanya tidak ditemani dia. Pastinya, setiap sudut dan ruang, di mana-mana saja terbayang-bayang kenangan bersama dia. Ini mengakibatkan lebih memakan masa untuk melupakan si dia.
Jadi, seboleh yang mungkin, elakkan dari terus bertembung atau bertemu dengannya.
Dan kalau boleh, tukar nombor telefon atau alamat email, ini bagi mengelakkan diri kita dari terus tertunggu-tunggu panggilan telefon atau email darinya.

Hapuskan segala kenangan ketika bersama dengannya. Buang atau bakar segala barang pemberian, kad atau hadiah, gambar atau segalanya yang berkaitan dengannya. Sedekah kepada kepada sesiapa sahaja asalkan jauh dari pandangan mata.

Biasanya orang bercinta, kawanmu kawanku jua. Keluargamu keluargaku jua. Jadi, bila dah putus cinta, cuba kurangkan pergaulan dengan mereka yang boleh membuatkan kamu mengingatinya. Ini supaya dapat mengelakkan kita daripada terus bercakap atau bertanya khabar tentang si dia. Mungkin tak perlu 'buang seratus peratus' tapi cuba elakkan diri dari terus bercakap mengenai si dia.

Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Jangan beri ruang kepada diri sendiri untuk menyendiri, tidak berbuat apa-apa. Masa yang kosong jika tidak diisi dengan baik akan menyebabkan kita secara automatik terimbas kembali kenangan-kenangan silam samada pahit atau manis. Teringatkan si dia dan boleh menyebabkan rindu kembali bertandang.
Bergaullah dengan kawan-kawan dan elakkan daripada duduk menyendiri. Dan pada masa yang sama, pastikan kawan-kawan kita itu baik akhlaknya, bukan kaki disko atau penagih dadah, dibimbangi kita turut terpengaruh dengan aktiviti kurang sihat.

Setiap kali bangkit dari tidur, senyum dan optimis, bisikkan dalam diri, "aku boleh hidup bahagia tanpa dia". Bersikap positif untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tanamkan tekad untuk membina hari baru dan hidup baru yang lebih baik dari semalam. Begitu juga sebelum tidur, jangan biarkan diri kita terus mengenangkan si dia, perbanyakkan doa dan zikir, biar sampai tertidur tanpa memikirkan si dia.

Putus cinta yang paling sakit adalah apabila dikhianati. Walau apa jua sekalipun, maafkanlah si dia. Terima semuanya sebagai ketentuan Ilahi. Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah. Selagi kita tidak memaafkan, selagi itulah dendam dan perasaan tidak puas hati itu memakan diri kita dan merosakkan jiwa kita. Jadi, belajarlah untuk memaafkan. Kemudian lupakanlah segalanya.

Lupakanlah keburukan orang kepada kita dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang.

Lebih menyakitkan apabila putus cinta setelah diserahkan segalanya. Maruah tergadai, mahkota diri musnah.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Walau apapun, tidak kira apa jua yang telah berlaku pada hari semalam, kita hidup pada hari ini harus terus memandang kehadapan. Hidup perlu diteruskan jua. Biar perit biar pedih, selagi ajal tidak datang menjemput. Teruskanlah langkah kaki untuk terus mara kehadapan.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang berusaha mengubahnya. Jadikan kisah silam sebagai pengajaran buat kita, supaya kita menjadi lebih kuat. Jangan biarkan kenangan silam melemahkan lagi langkah kaki kita. Past is past, gone is gone.

Cinta dan rindu itu sakit. Putus cinta itu lebih menyakitkan. Makin dalam kita menyintai, makin perit sakit yang tertanggung. Allah ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

Mohonlah pertolongan dari Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Ingat.. Kita tidak bersendirian. Allah sentiasa ada bersama kita. Setiap detik dan saat, Dia sentiasa melihat dan mendengar. Dia Maha Mengetahui, setiap rintihan dan rayuan kita. Dia mendengar suara hati kita. Panjatkanlah doa, mohonlah petunjuk dan pertolongan hanya dari Allah.

Cintakan bunga, bunga kan layu. Cintakan Ali, Ali pi kawen dengan minah. Cintakan Allah, kekal abadi.

Tiada cinta seindah cinta kepada Allah. Tanpa perlu belikan hadiah, tanpa perlu kad berwarna warni, hadiah mahal-mahal, cinta itu tetap akan mekar mewangi andai kita sentiasa menjaganya dengan baik. Selangkah kita mendekati, makin Dia menghampiri. Dialah yang mendengar rayuan hati, Dialah yang memakbulkan segala doa.

Allah ya Allah, tingkatkanlah keimanan dan kecintaanku hanya kepada-Mu. Jangan kerana cinta dunia aku lupa pada-Mu. Jangan kerana nikmat dunia, aku lupa syurga-Mu.

Allah ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah, akhirkanlah hidupku dengan kesudahan yang baik, masukkanlah aku ke syurga bersama iman.

Amin ya rabbal alamin.