Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, August 17, 2009

Warkah Untuk Sang Suami


Buat suamiku..

*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.

*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.

*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak bias dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..

*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera meratah setiap air tanganku.

*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

*Suamiku, aku bangga mengandungkan dan melahirkan zuriatmu, dapat kurasakan seolah2 nadiku bersatu dengan nadi mu di saat dia membesar dalam rahimku, inilah hadiah terindah dariku untuk mu, tp..jangan pula kerana anugerah ini, kau menjauh, janganlah menyisihkan aku dan janganlah pula kau sia-siakan kami..kasihilah kami dan kasihanilah kami seadanya kerana hanya kau tempat kami bernaung.

*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..

*Suamiku, aku isteri yang di ciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..

*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.

*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang dating meggoda..jangan pernah lupakan aku di rumah yang sentiasa menantimu.

*Suamiku, mungkin juga aku bukan tercipta dari tulang rusukmu, mungkin juga jodoh kita tidak berpanjangan…namun aku harap kau ingat bahawa suatu masa dahulu, engkaulah syurga ku, yang pernah aku saying dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..

*Suamiku, mungkin ditakdirkan aku pergi dulu darimu…aku pinta agar kau bisa memaafkan segala dosaku, halalkan segala makan minumku, dan bilaku tiada, janganlah pula kau lupa untuk sedekahkan AL-FATIHAH dan doa untukku..kau besarkanlah zuriat kita seadanya dan jangan pula kau abaikan dia..janganlah kau selalu buat dia menangis dan cubalah mengerti hatinya yang tidak punyai ibu untuk bermanja. Janganlah juga kau tangisi pemergianku selama-lamanya..kau berhak di cintai oleh insane yang selain dariku kerana aku tahu, hatimu penuh dengan kasih sayang..
Terima kasih suamiku.

7 Comments:

~ aman shah ~ said...

buat suami???
nak lawan ngan aman ker...
sapa dulu~~
huhu

AsNiza said...

:: wah aman..

lajunya komen, terkejut den~ hik3..

btw..

no komen, haha~!!

[ana] Farhana said...

akak2....
bestlah puisi ni...
akak wat ke?

errr... kak niza dah kahwin ker?
huhu...
ana mintak ek puisi2 dalam blog akak yang best2 nih....

~ aman shah ~ said...

"no komen"???

macam ya jaaa...

huhu...

skali skala tinggal jejak kat page makngah..
tak salah kan?
huhu

Ahyana Solehah said...

bising je aman ni. syuh...kita doa bagik makngah cepat2 skit.heheh

Amin!

btw
nice thoughts from heart kak As...

really touching!

nelly.angde1 said...

wow..so touch..
sampai megalir air mata ni sbb sedih sangat-sangat. best betul kandungannye.
nora,ambik kata2 warkah ini sbagai satu panduan.. i hope u dun mind to share wth me. thankyou sis..
All the best in whatever u do.chill..
nora anita-singapura

:: ChEQaLA :: said...

mintak izin share entry ni ye.. tersentap n mengalir airmata...