+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, August 8, 2009

Orang Gila?

KUALA LUMPUR, 19 Feb.— Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.



Check diri, scan diri, adakah aku tergolong dalam golongan ini? Pernah tergolong? Yes i am!! isk3..bahaya tul, aku pun pernah gila?hurmm..itulah hakikatnya!haish~

Hairan, kan? bagaimana aku yg positif (ramai yg ckp aku positif!ceria!) dan pandai berfalsafah, pandai menasihati orang lain tp sebenarnya 'bekas pesakit jiwa'..haha! believe it or not. itulah kenyataan.

Selama hidup aku, selalunya susah, sejak aku kenal erti kehidupan, or maybe sebelum tu lagi..aku hidup susah.. miskin, apa lagi yer? makan apa yg ada, pakai apa yg ada, tk cukup dgn itu, mak ayah selalu bergaduh, berparang bercangkul, ada masanya mak aku sampai nak lari dari rumah, dan pernah juga mak aku jatuh sakit, dan pernah juga mak aku 'di paksa' arwah nenek aku untuk tinggalkan rumah sementara waktu kerana masalah waktu itu agak kritikal. mak aku ke Singapore sebulan dua kot bersama pakcik dan makcik aku..masa tu aku darjah tiga..

Haih, cite pasal zaman kecik, mmg kesusahan dan kemiskinan je yg terbayang di mata aku..rumah kami yg tiada elektrik, aku dan adik2 kadang2 menangis dan merengek sbb makanan tak best, hari-hari lauk ikan masin. kadang-kadang takde lauk lansung. g skolah selalu gak malu sebab selalu bayar yuran lewat, malu ngn kengkawan, oh, baju uniform aku buruk jer, kadang2 ihsan dari jiran2..miskin kan aku nie?

Tapi alhamdulillah, dr kemiskinan ini aku kuat semangat. same goes to my older sister, kami jd kental dan bersungguh2..belajar utk ubah nasib family. bayangkan, masa darjah satu, aku yang selalu kejutkan mak aku, tak sabar2 nak g skolah..semangat, hehe..g skolah, bwa duit bape posen jer, kadang bawa bekal, share ngn adik ngn kakak, hrm, aku dpat bantuan makanan, setiap pagi mkn free dulu,. walaupun tk sedap, makan jer, rezeki....kadang2 ada jugak time mak aku tkde duit nk buat duit poket kami adik beradik, mak aku tak kasik kami gi sekolah, maybe kesian kat kami tkde duit belanja. aku sampai nangis2 nak g skolah, degil aku niee..rasa takut klu tk g skolah, tkut ketinggalan apa yg di ajar, itu lah aku masa kecik.

Dan aku paling respek mak aku, iron woman, eheh..kuat kerja, semua kerja dia buat, g sawah, menoreh, tebas lalang, tukang masak, tukang urut, tungku org bersalin, dan macam2 lagi lah..demi sesuap nasik dan demi membesarkan anak2..arwah ayah aku, hurmm..mmg mengecewakan, walau apa pun, dia tetap ayah aku, dan aku sayang diaa...dlm adik beradik, aku anak emas arwah ayah, hehe..selalu di lebihkan, mungkin aku ni manja dan pandai ambil hati dia, so kira aku spesel jugak laa..kadang2 bila mak ayah aku gaduh, aku jadi pendamai..kadang2 klu mak ayah gaduh, aku jd org tengah tlg minta duit dr ayah..hik3.. kecik2 pn dh berjasa kpd keluarga..ada pengalaman berdiplomasi. ^_^

Masuk asrama, kesan kemiskinan tu aku dh tk rasa sgt dh, alhamdulillah..duk asrama sbb tk nmpak apa yg jd kt umah, tu sbb tk rasa kot..tp kadang2 time mkn best2, selalu jugak aku teringat mak ayah dan adik2 kat kampung, derang makan apa yer..memang selalu je aku nangis ingat mak ayah dan adik-adik kat kampun. btw, masa aku masuk asrama ni, kakak sulung aku dah kerja, so mungkin sbb ini juga kesan kemiskinan dah tak rasa sgt, kakak aku selalu tlg family walaupun gaji tk besar. kt asrama ni, sebb selalu ingt family, aku belajar sungguh2..aku nk jd org berguna. nk tlg family.

Masuk universiti, arwah ayah aku jual lembu utk support kewangan aku, belanja mula-mula masuk uni banyak juga guna duit. betul2 terkesan aku jdnya..isk3..mula2 masuk u, tkde biasiswa, so xde sumber kewangan, aku nk minta ngn mak mmg tak mungkin, nk minta ngn kakak, fikir byk kali sbb tknk susahkan dia..sudahnya mula2 masuk u berat aku turun 7kg..mana taknya, kt asrama mkn 6 kali sehari, kt uni makan sekali sehari, mlmnya mkn biskut atau megi jer...haih..time ni mmg kegilaan aku dah mula menjadi-jadi..ada masanya bila aku sorang2, aku jd fikir bukan2, jd fikir segala masalah dan kemiskinan aku, then aku menangis sorang2..bukan nangis sikit2. teruk la aku nangis, sampai kejang kaki dan tangan, sampai sesak nafas dan ada kala aku menjerit bawah bantal. tertekan!

Bertambah parah bila aku mengada2 berkenalan dgn seseorang. di khianati di kecewakan makin membuatkan aku gila. believe it or not, aku menangis seharian suntuk..mengamuk baling segala barang, bercakap sorang2, tidak peduli malam atau siang, yang aku tahu menangis dan menangis..aku juga byk kali pernah berniat utk bunuh diri..astagfirullahalazim...lama juga aku merana, menderita..kebetulan pula arwah ayah di sahkan sakit di kampung, sakit stroke..jauh dari mata buatkan aku risaukn keadaan ayah, keputusan peperiksaan aku pula makin mengecewakan, rasa di pulaukan oleh sahabat makin menambahkan tekanan aku. yer. aku pernah gila.

Alhamdulillah, tahun akhir di uni, aku cuba bangkit kembali..first time dlm hidup aku, aku beli buku motivasi, buku itu adalah La Tahzan: buku untuk memujuk diri sendiri..Alhamdulillah..aku mula bersikap positif kembali, result akedemik juga ada peningkatan dan aku dah tak menangis seorang diri lagi. aku kembali bergaul dengan sahabat dan manusia lain, dan syukur, keputusan yg aku ambil untuk kembali menetap di asrama adalah suatu keputusan yg bijak...aku kembali pulih perlahan2..

KINI.

Aku sudah menempuh alam baru, walaupun tanpa ayah yang aku cintai, tapi setidak2nya aku masih punyai ibu, anak buah dan adik2..aku hidup untuk mereka. Tiada lagi kemiskinan, tiada lagi masalah yg membelenggu so sepatutnya aku positif dan ceria2 selalu. aku tiada sebab utk bersedih dan aku tiada sebab untuk menangis. ya! aku tak patut menangis lagi kerana semua kesedihan dan kesakitan sudah pernah aku lalui dan aku ingin tinggalkan jauh2..aku ingin bahagia. aku ingin bahagia..aku ingin bahagia!

Apa definasi bahagia? ah~ itu tertakluk kpd individu masing2..apa2 pun, aku seboleh mungkin akan memanfaatkan peluang yg Tuhan berikan ini sebaik mungkin, aku tak mahu gila lagi. aku ingin bahagia. akhirat dan dunia. dan kerana aku pernah melalui saat2 yg getir dalam kehidupan, aku berharap agar tiada lagi insan lain melalui saat yg serupa. aku ingin membantu mereka melepasi titik hitam itu selagi yg aku mampu, krn aku pernah merasainya..perit. pedih!

Jangan menangis lagi Jijah..jangan bersedih lagi..teruskan memandang kehadapan, yakinlah kpd kekuasaan Tuhan. InsyaAllah, aku optimis.

Menyesal? tidak..kerana tanpa peristiwa yang lalu? tak mungkin aku menjadi seperti aku hari ini. Malah aku tidak malu mengaku betapa susahnya kehidupan aku selama ini. agar menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain. walau kita susah bagaimana sekalipun, ramai lagi orang yg lebih susah dari kita. walaupun aku rasa aku susah, susah lagi saudara2 ku di Palestine dan di seluruh dunia.. aku sepatutnya bersyukur, sentiasa bersyukur.

Tuhan anugerahkan dugaan itu kerana Dia tahu, aku mampu memikulnya. Maha suci Allah, kepada-Mu aku sujud dan berserah.

Life is just too short...do the right thing! the best among the rest..insyaAllah.

6 comments:

relax said...

salam kak niza.... heeee~~~ :D satu

motivasi yang baik nie.. :P . ^_^

AhmadNizamuddin said...

nak kena jadik gila dulu nih......

baru boleh jadik yang terbaik...

kesimpulannya, jadilah gila, baru jadik yang terbaik...

hehe...

apa aku buat nih.... ish33...

pencinta bahasa said...

salam..

satu sumber inspirasi yang sangat bagus kepada semua orang. Tiada alasan untuk tidak berjaya. Lebih-lebih lagi bagi yang hidup senang dan cukup serba-serbi.
semoga terus tabah dalam mengharungi hidup.

AsNiza said...

:: ikhwana..

w'salam... alhamdulillah jika bermanfaat.. semoga sentiasa optimis dlm apa jua yg dilakukan yer..^_^


:: mudin..

hik3..nak ke gila? kang gila terus tak baik2 guano pulok, haha~

tk perlu pun lagu tuh.. yg penting, dalam apa jua musibah yg melanda kita.. think positif dan jangan give up.. keep up moving.. ^^


:: alhamdulillah pencinta bahasa..betul, kite kena sentiasa bersyukur dgn apa yg kita miliki..

jika kita susah, ramai lg yg jauh lebih susah drp kita...

AhmadNizamuddin said...

uikk...

ahakss....

kalo berkesan dengan cara tuh, gila dulu lah...

gapo2 dio pom, berusoho la jadik hok terbaik...

hehe... insyaallah...

p/s: uikk...gane jadi mudin pulop, kehkeh2...mudin ko, tok mudin ko, ambo terima jah...asalkan, gembira di hati...bak kata aiman, aiman xkisah....

wallahu a'lam....

AsNiza said...

:: ahmadnizamuddin..

ehe.. panjang sangat namo demo.. kawe loraks2 tulih la pendek2 jah, jadi pulok serupo tok mudim, hik3..

aiman tak kesah kan, bagus2 ^_^